Thursday 25 April 2013

Sebab ape jadi macam ni?




Pil kuda bawa mudarat

Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras
tanyadrxy@bharian.com.my


2010/09/18



DOKTOR, boleh saya tahu kesan penggunaan pil kuda oleh pelajar?

Ingin Tahu


SAUDARA, ramai pelajar mengambil pil kuda kerana ia dikatakan boleh meningkatkan prestasi pembelajaran terutama ketika musim peperiksaan. Ia dikatakan membolehkan seseorang pelajar berjaga sepanjang malam untuk belajar tanpa rasa letih dan mengantuk.


Selain dari itu, pil kuda diambil untuk meningkatkan prestasi dalam hubungan seks. Tetapi sebenarnya, ia adalah fakta yang tidak betul. Saya sendiri tidak pasti apa kandungan sebenar pil kuda, tetapi sebahagian besar kandungannya adalah methamphetamine. 

Methamphetamine adalah sejenis dadah psychostimulant atau dadah perangsang yang dilarang penggunaannya selain dari tujuan perubatan. Dadah ini akan memasuki otak dan menghasilkan tindakan yang menyebabkan terjadinya rembesan dopamine dan norepinephrine. 

Pengeluaran kedua-dua kimia ini dalam badan akan menyebabkan seseorang merasa sangat teruja (intense euphoria) dan menyebabkan seseorang merasakan beliau mempunyai tenaga berlebihan (enhancing effect on energy). 

Namun begitu, walaupun seseorang merasakan yang dengan tenaga berlebihan ini, dia boleh terus membaca, tetapi hakikat sebenarnya, tidak ada apa-apa ilmu yang diperoleh kerana apa yang dibaca tidak akan kekal dalam ingatannya.



Dari segi kesan seksual pula, ia akan menyebabkan seseorang itu merasakan yang dia mempunyai libido yang tinggi dan boleh melakukan hubungan seksual dalam masa yang panjang. 

Pil kuda boleh merencat proses ejakulasi dan seseorang yang mengambil pil ini tidak akan mendapat klimaks atau orgasma. Dengan itu, hubungan seks boleh diteruskan pada tempoh masa yang panjang. 

Bagaimanapun, kajian menunjukkan ia juga akan menyebabkan seseorang hilang pertimbangan. Ini seterusnya membawa kepada hubungan seksual yang tidak selamat, tidak memakai kondom, kadangkala boleh menjadi ganas dan kasar. 

Ada kes di mana berlaku kecederaan pada zakar, rectum dan vagina akibat perlakuan seksual di bawah pengaruh dadah ini. Kesan jangka masa panjang adalah mati pucuk atau erectile dysfunction dan kehilangan libido. 

Dadah ini juga boleh mempengaruhi fungsi pundi kencing. Kesan sampingannya adalah pundi kencing akan mengalami irritasi dan inflamasi. Akibatnya, seseorang itu akan merasa hendak membuang air kecil yang kerap. 

Dalam beberapa kes yang saya rawati, pesakit perlu ke tandas setiap 15 minit ke 30 minit. Proses pembuangan air kecil juga akan menjadi sakit dan pedih. Ada juga berlaku masalah pengeluaran air kecil yang tidak terkawal sehingga penderita perlu memakai pampers walaupun berusia baru awal 20-an. 

Kesan jangka masa panjang pada pundi kencing ialah pundi kencing akan menjadi berparut dan kapasitinya menjadi amat kecil .Rawatan untuk kes seperti ini adalah amat sukar dan mungkin memerlukan pembuangan pundi kencing secara pembedahan. 

Kesan seperti ini juga dapat dilihat dengan penggunaan dadah jenis ketamine yang semakin popular di kalangan remaja. Dadah ini juga adalah sejenis dadah yang boleh menimbulkan ketagihan dan symptom ’withdrawal” akan terjadi sekiranya dadah itu tidak diambil. 

Sekiranya tidak diambil, dadah ini juga akan menyebabkan seseorang mengalami anhedonia iatu tidak ada lagi perasaan gembira atau kenikmatan dalam hidup. 

Selain itu, ada beberapa lagi kesan sampingan akibat pengambilan pil kuda ini. Ini termasuk: 

·  Kerosakan pada gigi yang dikenali sebagai ‘meth mouth”. Ini terjadi akibat dari penurunan pengeluaran air liur, tabiat menggerudi gigi dan mengigit gigi secara tidak sengaja dan juga penjagaan gigi yang tidak teratur oleh penagih. Mereka juga kerap mengambil air yang berkabonat dan manis akibat dari perasaan dahaga yang terlampau kesan dari dadah ini.
·  Kesan psikologi seperti ganas, cepat marah (irritable), tidak boleh tidur (insomnia), tidak dapat rehat (restless), paranoia, halusinasi dan psikosis.
·  Kesan kardiovascular iaitu tekanan darah rendah, degupan jantung yang cepat dan pening (dizziness).
·  Kesan pada sistem saraf iaitu sakit kepala, sawan (convulsion), ketegangan otot dan menggeletar.
·  Kesan-kesan lain seperti hilang selera makan, penglihatan yang kabur, diarrhea, kulit menjadi kering dan kasar dan masalah jerawat.

·  Pada dos yang tinggi, pil kuda boleh membawa maut akibat serangan sakit jantung. 

Kepada pembaca yang masih mengamalkan pengambilan pil kuda atau sebarang pil yang dikatakan boleh menguatkan nafsu seks dan untuk persediaan sebelum peperiksaan, saya nasihatkan berhenti segera. 

Ini kerana ada pelbagai kesan sampingan yang timbul akibat dari pengambilan pil ini. Dari segi pandangan perubatan moden, masih tidak ada lagi pil yang boleh meningkatkan nafsu seks di pasaran yang selamat untuk digunakan dan tidak ada pil yang boleh membantu berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran.


Antara kesan lain yang teman dapat kesan adalah seperti berikut :-


dan...


dan ini...


dan seterus nya...


atau lagi teruk yang ini...kira ni dah sampai tahap kronik yang teramat sangat la ni..


tapi apa2 pun janganlah main dengan benda haram tu dan pakatan haram,sebab dua2 benda ni akan membawa kemudaratan yang amat dashyat sekali dalam kehidupan kita semua.Teman bagi kredi kat makcik bawah....


p:s//




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...