Monday 21 April 2014

MENDOAKAN KEAMPUNAN BAGI BUKAN BERAGAMA ISLAM HUKUMNYA HARAM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah: “Wahai orang-orang kafir, Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.

Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku”.

( Surah Al Kafirun )

                     HUKUM HARAM


Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT
SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT
adalah DIHARAMKAN.

Imam An-Nawawi menyebut :

وأما الصلاة على الكافر، والدعاء لھ بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع
Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari
teks Al-Quran dan ijma' ulama ( Al-Majmu')

April 20, 2014











Thursday 10 April 2014

PEKERJA CINA HONG LEONG HINA ORANG MELAYU

PEKERJA CINA HONG LEONG HINA ORANG MELAYU


Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan Hong Leong Bank, Taman Sri Tebrau, Johor Baharu berhubung perangai RASIS yang diherdik oleh seorang pegawai bank tersebut.

Pegawai bank tersebut adalah seorang wanita bernama LIAU CHOW WAN yangmerupakan Manager Head of Department Hong Leong Bank.

Dalam kes ini, kakitangan berbangsa Melayu itu telah menerima satu notis untuk berpindah ke Hong Leong Bank Berhad di Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan. Kakitangan berbangsa Melayu itu yang berusia 46 tahun yang hanya merupakan seorang kerani di bank tersebut, telah merayu dan memohon ehsan kerana telah bekerja di cawangan tersebut selama lebih 28 tahun.

Bagaimanapun, LIAU CHOW WAN terus mengherdik kerani Melayu itu dengan kata-kata berikut:

"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"

Perangai perkauman yang diamalkan oleh KEBANYAKAN PEGAWAI BANK HONG LEONG bukanlah perkara baru. Sebelum ini HONG LEONG BANK turut menyekat, menahan dan menghalang pekerja-pekerja beragama Islamnya daripada menunaikan solat dengan pelbagai alasan, termasuklah tidak menyediakan ruang untuk bersolat. Solat dikatakan sebagai membuang masa!

Laporan polis telah dibuat oleh kerani tersebut kerana sentimen perkauman yang cukup menebal di kalangan pegawai bank HONG LEONG yang hampir keseluruhannya berbangsa Cina dengan Melayu dan India kebanyakannya hanyalah pegawai atau kakitangan bawahan.

Jan 2014, satu kes yang serupa juga berlaku melibatkan Hong Leong Bank juga di Batu Pahat.

HONG LEONG BANK, bank Cina yer? Bank Melayu bank bodoh, yer?

Sumber :  klik

Friday 4 April 2014

HUKUM HUDUD KE PARLIMEN - PAS SELANGOR PUJI LANGKAH PAS KELANTAN

PAS SELANGOR SOKONG LAKSANA HUDUD HASIL KERJASAMA MB DENGAN PM


PAS Selangor menyokong langkah kerajaan Kelantan untuk membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, PAS Selangor turut menyambut baik hasrat kerajaan Persekutuan mahu membantu hasrat kerajaan Kelantan tersebut.
“PAS Selangor berharap pembentangan rang undang-undang ini akan mendapat laluan baik untuk diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat bagi memberi kuasa kepada kerajaan Kelantan melaksanakan enakmen tersebut.
“PAS Selangor yakin kerajaan Kelantan jika diberi peluang menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, maka negeri Kelantan akan menjadi contoh terbaik negeri yang dapat menyelesaikan masalah gejala sosial dan mendapat keberkatan Allah S.W.T,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bahawa kerajaan negeri akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.
Rang undang-undang itu akan dibawa ke sidang Parlimen bagi mendapatkan kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Kata Ahmad, sebahagian besar jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera, dan membunuh di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan sebagaimana diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code).
Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini bagaimanapun menegaskan, DAP bertegas membantah rancangan kerajaan Kelantan tersebut dengan mendakwa hukum hudud tidak sesuai diamalkan pada zaman sekarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...