Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Wednesday, 15 May 2013

SENARAI MENTERI KABINET BARU KERAJAAN BARISAN NASIONAL 2013

 

Ni yang teman dengor dan dapat cerita la yer..
 
Senarai Menteri Kabinet Baru Kerajaan Barisan Nasional 2013
Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak


Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin
 

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan


Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed
 

Menteri Pelajaran
Datuk Seri Idris Jusoh
 

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin
 

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
 

Menteri Pelancongan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
 

Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman
 

Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel
 

Menteri Kesihatan
Datuk Wee Ka Siong
 

Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek
 

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S. Subramaniam
 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar
 

Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
 

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal
 

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof
 

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas
 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui
 

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid
 

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum
 

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Ong Ka Chuan
 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon
 

Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin
 

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani 


Teman nak pesan pada Pak Menteri yang dilantik nanti;
  • Sentiasa "Dahulukan Rakyat" tanpa mengira agama, bangsa dan politik. Biar puak pembangkang nganga.
  • Berkhidmatlah untuk Negara Malaysia ini dengan penuh tanggungjawab, "Pencapaian Diutamakan". 
  • Semarakkan perpaduan kaum dalam Malaysia, tanpa mengira bidang / portfolio masing-masing.
  • Paling penting, jaga kesihatan, makan supplement + vitamin, sebab tugas mencabar tambah pulak kalau tak mahu ada PRK (Pilihanraya Kecil)..hihihi...


*Akhirnya KJ dapat jugak jadi menteri? 
Apapun tunggu perkenan Yang DiPertuan Agong dulu yop!!!

Thursday, 25 April 2013

Sebab ape jadi macam ni?




Pil kuda bawa mudarat

Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras
tanyadrxy@bharian.com.my


2010/09/18



DOKTOR, boleh saya tahu kesan penggunaan pil kuda oleh pelajar?

Ingin Tahu


SAUDARA, ramai pelajar mengambil pil kuda kerana ia dikatakan boleh meningkatkan prestasi pembelajaran terutama ketika musim peperiksaan. Ia dikatakan membolehkan seseorang pelajar berjaga sepanjang malam untuk belajar tanpa rasa letih dan mengantuk.


Selain dari itu, pil kuda diambil untuk meningkatkan prestasi dalam hubungan seks. Tetapi sebenarnya, ia adalah fakta yang tidak betul. Saya sendiri tidak pasti apa kandungan sebenar pil kuda, tetapi sebahagian besar kandungannya adalah methamphetamine. 

Methamphetamine adalah sejenis dadah psychostimulant atau dadah perangsang yang dilarang penggunaannya selain dari tujuan perubatan. Dadah ini akan memasuki otak dan menghasilkan tindakan yang menyebabkan terjadinya rembesan dopamine dan norepinephrine. 

Pengeluaran kedua-dua kimia ini dalam badan akan menyebabkan seseorang merasa sangat teruja (intense euphoria) dan menyebabkan seseorang merasakan beliau mempunyai tenaga berlebihan (enhancing effect on energy). 

Namun begitu, walaupun seseorang merasakan yang dengan tenaga berlebihan ini, dia boleh terus membaca, tetapi hakikat sebenarnya, tidak ada apa-apa ilmu yang diperoleh kerana apa yang dibaca tidak akan kekal dalam ingatannya.



Dari segi kesan seksual pula, ia akan menyebabkan seseorang itu merasakan yang dia mempunyai libido yang tinggi dan boleh melakukan hubungan seksual dalam masa yang panjang. 

Pil kuda boleh merencat proses ejakulasi dan seseorang yang mengambil pil ini tidak akan mendapat klimaks atau orgasma. Dengan itu, hubungan seks boleh diteruskan pada tempoh masa yang panjang. 

Bagaimanapun, kajian menunjukkan ia juga akan menyebabkan seseorang hilang pertimbangan. Ini seterusnya membawa kepada hubungan seksual yang tidak selamat, tidak memakai kondom, kadangkala boleh menjadi ganas dan kasar. 

Ada kes di mana berlaku kecederaan pada zakar, rectum dan vagina akibat perlakuan seksual di bawah pengaruh dadah ini. Kesan jangka masa panjang adalah mati pucuk atau erectile dysfunction dan kehilangan libido. 

Dadah ini juga boleh mempengaruhi fungsi pundi kencing. Kesan sampingannya adalah pundi kencing akan mengalami irritasi dan inflamasi. Akibatnya, seseorang itu akan merasa hendak membuang air kecil yang kerap. 

Dalam beberapa kes yang saya rawati, pesakit perlu ke tandas setiap 15 minit ke 30 minit. Proses pembuangan air kecil juga akan menjadi sakit dan pedih. Ada juga berlaku masalah pengeluaran air kecil yang tidak terkawal sehingga penderita perlu memakai pampers walaupun berusia baru awal 20-an. 

Kesan jangka masa panjang pada pundi kencing ialah pundi kencing akan menjadi berparut dan kapasitinya menjadi amat kecil .Rawatan untuk kes seperti ini adalah amat sukar dan mungkin memerlukan pembuangan pundi kencing secara pembedahan. 

Kesan seperti ini juga dapat dilihat dengan penggunaan dadah jenis ketamine yang semakin popular di kalangan remaja. Dadah ini juga adalah sejenis dadah yang boleh menimbulkan ketagihan dan symptom ’withdrawal” akan terjadi sekiranya dadah itu tidak diambil. 

Sekiranya tidak diambil, dadah ini juga akan menyebabkan seseorang mengalami anhedonia iatu tidak ada lagi perasaan gembira atau kenikmatan dalam hidup. 

Selain itu, ada beberapa lagi kesan sampingan akibat pengambilan pil kuda ini. Ini termasuk: 

·  Kerosakan pada gigi yang dikenali sebagai ‘meth mouth”. Ini terjadi akibat dari penurunan pengeluaran air liur, tabiat menggerudi gigi dan mengigit gigi secara tidak sengaja dan juga penjagaan gigi yang tidak teratur oleh penagih. Mereka juga kerap mengambil air yang berkabonat dan manis akibat dari perasaan dahaga yang terlampau kesan dari dadah ini.
·  Kesan psikologi seperti ganas, cepat marah (irritable), tidak boleh tidur (insomnia), tidak dapat rehat (restless), paranoia, halusinasi dan psikosis.
·  Kesan kardiovascular iaitu tekanan darah rendah, degupan jantung yang cepat dan pening (dizziness).
·  Kesan pada sistem saraf iaitu sakit kepala, sawan (convulsion), ketegangan otot dan menggeletar.
·  Kesan-kesan lain seperti hilang selera makan, penglihatan yang kabur, diarrhea, kulit menjadi kering dan kasar dan masalah jerawat.

·  Pada dos yang tinggi, pil kuda boleh membawa maut akibat serangan sakit jantung. 

Kepada pembaca yang masih mengamalkan pengambilan pil kuda atau sebarang pil yang dikatakan boleh menguatkan nafsu seks dan untuk persediaan sebelum peperiksaan, saya nasihatkan berhenti segera. 

Ini kerana ada pelbagai kesan sampingan yang timbul akibat dari pengambilan pil ini. Dari segi pandangan perubatan moden, masih tidak ada lagi pil yang boleh meningkatkan nafsu seks di pasaran yang selamat untuk digunakan dan tidak ada pil yang boleh membantu berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran.


Antara kesan lain yang teman dapat kesan adalah seperti berikut :-


dan...


dan ini...


dan seterus nya...


atau lagi teruk yang ini...kira ni dah sampai tahap kronik yang teramat sangat la ni..


tapi apa2 pun janganlah main dengan benda haram tu dan pakatan haram,sebab dua2 benda ni akan membawa kemudaratan yang amat dashyat sekali dalam kehidupan kita semua.Teman bagi kredi kat makcik bawah....


p:s//




Monday, 22 April 2013

SPR!!! You Ulang I Saman!!!

RAMAI YANG DAH BAGI AMARAN KAT SPR GHUPENYER..

TEMAN NAK JOIN LAH..CEHH!!!


Sumber : www.spr.gov.my

Keputusan piliharaya 2008 telah menyaksikan dua negeri ini jatuh ke tangan pembangkang. Sekiranya diperhatikan dari carta diatas kemenangan sebenarnya memihak kepada BARISAN NASIONAL.

BARISAN NASIONAL TELAH MEMENANGI 28 KERUSI DI PERAK 
 DAN 20 KERUSI DI SELANGOR!!!
Jumlah kerusi yang dimenangi lebih besar dari parti pembangkang yang bertanding pada tahun itu.

Kesilapan pegawai SPR yang dipertanggungjawabkan mengendalikan proses pengiraan undi telah mengisytiharkan PAS, DAP, PKR sebagai satu PAKATAN yang sah dan telah mengesahkan keputusan tersebut. Kemenangan ini membolehkan mereka menubuhkan kerajaan yang baru.

Umum mengetahui PAKATAN RAKYAT bukan satu pertubuhan yang sah dan tidak berdaftar dengan ROS. Mereka bertanding atas kapisiti parti masing masing dan membuat satu persefahaman untuk menentang BARISAN NASIONAL.

Pada PILIHANRAYA UMUM 2013 ini mereka masih membentuk satu persefahaman untuk bertanding menentang BARISAN NASIONAL dengan menggunakan simbol parti masing masing.

Memandangkan PAKATAN RAKYAT masih belum didaftarkan pengiraan undi dan pengisytihan kemenangan haruslah berpandukan parti yang ditandingi secara berasingan bukan sebagai satu pertubuhan.

Pihak SPR dinasihatkan agar lebih berhati hati dalam menguruskan PRU2013 dan tidak mengulangi KESILAPAN MEREKA pada PRU 2008 yang lalu.
Sumber : >>KAT SINI<< 
 
* Teman bagi warning kat SPR macam ni jer, 

Friday, 5 April 2013

SPR : Tarikh Mengundi PRU 13 Akan Ditentukan Pada Rabu 10 April 2013



Ater, acaner tu kalau dah SPR kate gini :

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada Rabu depan bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). 

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat SPR di sini itu, akan turut menetapkan tarikh pengundian awal serta menentukan Daftar Pemilih bagi PRU-13.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi. 
SUMBER: BERITA HARIAN

So, apa yang teman dah post haritu, http://besorsebelah.blogspot.com/2013/04/tarikh-mengundi-pru13-pada-27-haribulan.html  mungkin akan berubah ler yer.

*Kita hanya merancang, Allah S.W.T Yang Maha Menentukan..

 

Wednesday, 3 April 2013

Tarikh Mengundi PRU13 Pada 27 Haribulan?? Dah Ditetapkan Sejak 1955??

Berikut tarikh-tarikh penting yang anda kena ingat sepanjang April 2013 ini: 
3 APRIL 2013 (RABU)
PARLIMEN BUBAR 

6 APRIL  2013 (SABTU)  
PELANCARAN MANIFESTO PILIHAN RAYA 

8 APRIL 2013 (ISNIN) 
SPR BERMESYUARAT 

14 APRIL 2013 (AHAD) 
PENAMAAN CALON

27 APRIL 2013 (SABTU) 
TARIKH PENGUNDIAN

27 haribulan tu dah ditetapkan sejak PRU pertama pada tahun 1955 ??? Kalo kome idak percaye, tengok video ni.
 >>SUMBER<<

*Ia mungkin satu 'kebetulan' yang InsyaAllah akan membawa kepada satu 'kemenangan' mutlak kepada BARISAN NASIONAL. AMINN..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...