Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak rungutan timbul disebabkan tindakan kerajaan negeri melengahkan kelulusan projek berkenaan.

Dalam hal ini, katanya, agensi seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan JKP Sdn. Bhd. menjadi mangsa apabila seolah-olah disekat daripada menjalankan projek untuk rakyat.

“Alasan tiga daripada 15 cadangan projek berkenaan masih mempunyai masalah setinggan tidak masuk akal melainkan kerajaan negeri takut pada bayang-bayang sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kemelut pembinaan rumah rakyat membabitkan kerajaan negeri yang dilihat sengaja melengah-lengahkan kelulusan sehingga mengabaikan kepentingan rakyat negeri ini.

Rahmad berkata, tindakan yang dilakukan kerajaan Pulau Pinang itu seolah-olah mahu menghukum orang Melayu kerana majoriti rumah mampu milik dan kos rendah yang mahu dibina disasarkan kepada kaum tersebut.

Menurutnya, jika kerajaan negeri mempunyai sifat simpati terhadap pembangunan untuk orang Melayu di negeri ini, soal kelulusan pelan projek tidak sepatutnya menjadi isu.

“Kelulusan pelan kebenaran merancang dan pelan bangunan wajib diluluskan jika semua keperluan teknikal dipatuhi, bukannya bertindak `mendera’ disebabkan projek berkenaan diusahakan agensi Kerajaan Pusat,” katanya.

jangan sampai berumah di atas pokok!