Tuesday 2 September 2014

Lagi 9 jenazah tiba




ANGGOTA pengiring Tentera Diraja Malaysia yang lengkap berseragam putih mengiringi keranda jenazah ke kenderaan jenazah dengan penuh adat istiadat ketenteraan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini. - Foto Effendy Rashid

Pesawat komersial MH19 yang membawa sembilan 9 jenazah mangsa nahas MH17 tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya jam 8.30 pagi selepas selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 6.37 pagi tadi.

Ketibaan sembilan jenazah - tujuh rakyat Malaysia dan dua warga Belanda itu - akan disambut dalam satu Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17.

Sembilan jenazah itu termasuk:
  • Dua juruterbang pesawat MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong.
  • Subashni J Retnam, Kaelamayajay Goes, Paul Goes, Sanjid Singh Sadhu (anak kapal - abu mayat), Mohammad Firdaus Abdul Rahim (bantu juru terbang), Loh Yan Hwa (abu mayat) dan Fun Shun Po (abu mayat)

Lima jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan dan tempat persemadian menggunakan kenderaan jenazah manakala empat jenazah lagi akan diterbangkan menggunakan dua buah helikopter EC725.

Dua jenazah akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala masing-masing satu jenazah ke Bukit Mertajam dan Teluk Intan.


Bagi penerbangan ke Bukit Mertajam, jenazah terlebih dahulu dibawa ke Taman Skyline, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dengan kenderaan jenazah sebelum diterbangkan ke Bukit Mertajam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...