Thursday 18 September 2014

PRK PENGKALAN KUBOR: ORANG BODOH MEMANG SUKA MENGHASUT



Adun Meranti Datuk Nasurudin Daud dalam ceramahnya di Simpangan Pengkalan Kubur telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan apabila menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia menyalurkan bayaran Royalti kepada Kerajaan Thailand melalui urusniaga minyak dan gas , yang kemudianya digunakan untuk membunuh umat islam di thailand untuk mencetuskan kebencian rakyat kepada kerajaan, sekaligus boleh membuatkan suasana tegang dalam hubungan antarabangsa Malaysia Thailand, dan adalah suatu fitnah besar bila menyatakan royalti dibayar kepada Thailand, kerana terdapat persetujuan bersama di kawasan carigali minyak di JDA dan ia dikawalselia oleh MTJDA bawah perundangan Akta MTJD dan Petronas disitu hanya bertindak sebagai kontraktor sahaja..." - 15/09/2014

Walaupun beberapa amaran telah diberikan oleh PAS sendiri kepada Tok Pa dan BN agar tidak membangkitkan isu Royalti dalam kempen PRK Pengkalan Kubor, namun jika puak mereka sendiri yang engkar, ia tidak menjadi masalah. Bahkan, bukan sahaja penipuan royalti ini terus dilakukan tanpa rasa bersalah, ADUN Meranti boleh pula mempergunakannya sehingga ke peringkat menghasut. 


Walhal sebenarnya Isu ROYALTI ini secara JELAS dan dengan MUDAH dapat diperjelaskan hanya dengan satu gambar di bawah ini:


Kami cukup pelik mengapa golongan Anwarinas PAS ini sanggup melakukan apa sahaja demi untuk satu undi. Mereka jelas sekali tidak mengambil kira yang ianya boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan Negara serta rakyat secara keseluruhannya. Jelas sekali golongan ini begitu dahagakan kuasa walaupun terpaksa menggadaikan maruah negara sendiri.

Kami sedar yang PAS sanggup bekerjasama dengan SYAITAN demi untuk menumbangkan UMNO, namun pengundi PRK Pengkalan Kubor pasti lebih bijaksana untuk menilai sendiri bagaimanakah jenis pemimpin yang calon mereka sedang bersekongkol dan bertahalluf siyasi kini. 

Adakah kita semua sudah bersedia untuk duduk di bawah pemimpin yang hanya pentingkan kuasa dan bencikan NEGARA sendiri?!!



SUMBER: KLIK


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...