Tuesday 9 September 2014

Majlis peguam dan Saifudin abdullah makin melampau umpama beruk


Komentar YB Datuk A. Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen dari Kota Belud, Sabah ke atas bekas Ahli Parlimen Temerloh yang tewas, Datuk Saifuddin Abdullah sangat menyentuh minda patriotik saya. Kami sama-sama dari Sabah dan terserlah bahawa Datuk Rahman Dahlan memiliki semangat patriotik dan kasih kepada negara yang lebih tinggi berbanding Datuk Saifudin Abdullah.

Kalaulah orang Sabah lebih hebat jati dirinya kepada Malaysia, berbanding mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu, anda boleh bayangkan betapa malu malah bencinya kami kepada orang seperti ini. Menyeru orang berpatriotik diri sendiri tidak nampak, kerana bagi saya jika kamu tidak boleh berfikiran sebagai seorang negarawan(bertatanegara), tidak jelas nilai ‘national interest’ malah seperti kebudak-budakan yang baharu memanjat tangga simpati politik, orang Sabah kata kamu jenis orang ‘tiada skul’ (tiada sekolah).

Sejak kebelakangan ini, semua orang tahu bahawa Majlis Peguam sering menyokong apa yang kita lihat seperti perjuangan kebebasan mutlak, kebebasan human right, kebebasan menukar agama, kebebasan amalan lgbt dan sebagainya. Mereka seperti Berok mendapat Bunga bilamana mendahului Kerajaan kononnya merekalah yang diamanahkan menyiapkan draf undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan dan mengaku pula telah diserahkan kepada Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Nancy Shukri. Si Saifudin Abdullah pula tumpang semangkok hidung tak muncung pipi tersorong-sorong!

Majlis Peguam bagaikan si Kudung mendapat Cincin kerana tidak tahu malu. Mereka berbangga-bangga dengan draf mereka itu, lalu menghebahkannya di laman web mereka kononnya draf Undang-Undang Keharmonian Nasional yang mereka drafkan adalah yang terakhir dan kononnya akan menjadi Rang Undang-Undang yang akan digunapakai oleh pihak Kerajaan. Persoalannya, sejak bila kerajaan memberi mereka elaun dan tugasan untuk menyediakan Rang Undang-Undang? Apa perbezaan Draf dengan Rang? 

KERAJAAN NAFI
Dalam hal ini, YAB TPM TS Muhyiddin berkata beliau belum pun membaca Draf undang-undang yang dikemukakan Majlis Peguam. 

Lihatlah Majlis Peguam betul-betul tidak ada rasa malu malah menghebahkan kepada rakyat kononnya mereka diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk menghapuskan Akta Hasutan walhal TPM sendiri menafikannya.

Malah, YAB TS Muhyiddin Yassin menasihatkan rakyat agar tidak terkeliru atau terpengaruh dengan cadangan yang dikemukakan itu kerana ia bukan Draf undang-undang yang dimuktamadkan oleh kerajaan. 

"Draf undang-undang kerajaan hanya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara berpandu pandangan kabinet selepas mengambil kira pandangan semua pihak".  

"Buat masa ini belum ada sebarang keputusan muktamad daripada kerajaan sama ada untuk menghapuskan akta itu dan diganti dengan akta baharu atau meminda akta sedia ada," kata TS Muhyidin Yassin.

Tetapi bagi kita, tiada yang menghairankan kepada Majlis Peguam ini kerana mereka telah sekian lama menunjukkan jati diri mereka pro kepada pembangkang. Sudahkah kamu membaca tulisan Tun Abdul Hamid Mohamad di sini, mantan Ketua Hakim Negara betapa jelek dan buruknya sikap Majlis Peguam yang mempergunakannya untuk mengiakan tindakan mereka suatu masa dahulu.

Ada orang berkata kepada saya, Majlis Peguam ini kelihatannya semua terpelajar tapi mereka sebenarnya sangat bodoh kerana tidak memiliki pemikiran national interest. Samalah juga seperti Datuk Saifudin Abdullah kelihatan sangat bodoh dengan pandangan-pandangan kontranya kepada kerajaan.


AKTA HASUTAN DI SINGAPURA


PEGUAM-PEGUAM SINGAPURA

Peguam-peguam di Singapura nampaknya lebih bijak kerana mempertahankan kerajaan mereka supaya mengekalkan Akta Hasutan dan ISA untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara Singapura. Mereka lebih bersifat negarawan, faham hidup bertatanegara dan faham konsep keutamaan kepada negara. Kebodohan sesetengah peguam dalam Majlis Peguam Malaysia ialah mereka tidak dapat membezakan antara kepentingan negara dengan kemahuan politik.

Kesimpulannyamudah, Kerajaan tidak patut mengambil pandangan mereka yang tidak ada national interest, buta sejarah dan lebih memenuhi kepentingan parti pembangkang. Sebaliknya, kerajaan  lebih baik mendengar pandangan-pandangan daripada pakar-pakar perundangan dan sejarah negara yang lebih berkaliber, patriotik dan dan memiliki jati diri yang jelas kepada negara.

Sebagai orang Sabah, saya sangat malu mempunyai seseorang seperti Datuk Saifudin Abdullah di dalam Malaysia. Saya sarankan Datuk Saifudin Abdullah dihantar ke Kursus Perdana anjuran mana-mana agensi/NGO untuk mendalami world view yang betul mengenai kepentingan Akta Hasutan kepada negara. Kursus-kursus mengenai konsep mengutamakan kepentingan negara juga boleh diikuti di pusat kenegaraan China, Jepun dan Korea.

Kebodohan sesetengah pihak di dalam Majlis Peguam, juga Datuk Saifudin Abdullah kerana dia seolah-olah tidak mengetahui bahawa Akta Hasutan bukannya mengenai institusi diraja dan kedudukan istimewa Melayu atau mempertahankan mana-mana kerajaan. 

Akta Hasutan ini sangat jelas untuk mencegah dan mengawal rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India dan sebagainya supaya tidak berlaku lagi tragedi seperti rusuhan 13 Mei 1969. Akta Hasutan tidak juga digunakan kepada mana-mana agama dan kepercayaan mereka. Sesiapa sahaja yang didapati memulakan niat untuk merosakkan keamanan negara dan keselamatan rakyat Malaysia, maka Akta Hasutan adalah jawapan yang paling tepat selepas ketiadaan ISA. Ianya jelas adalah langkah-langkah pencegahan.

MAJLIS PEGUAM ATAU SAIFUDDIN?


TIDAK TAHU MALU

Benar kata Datuk A. Rahman Dahlan bahawa perbuatan Datuk Saifuddin Abdullah yang berkata bahawa Draf Undang-Undang Harmoni Nasional yang ditulis oleh Majlis Konsultatif Perpaduan Negara (NUCC) dengan bantuan Majlis Peguam kononnya bakal menggantikan Akta Hasutan sebagai perbuatan tidak masuk akal. 

Datuk Saifudin Abdullah dan Majlis Peguam bukan sahaja mendedahkan sesuatu yang belum pun dibincangkan di peringkat kerajaan malahan telah mendahului suara rasmi kerajaan. Barangkali kerana Saifudin tidak pernah menjadi Menteri Penuh yang tidak perlu menghadiri mesyuarat Kabinet maka dia menunjukkan kebodohannya yang sebenar.

Betul kata Datuk A. Rahman Dahlan, siapa dia Saifuddin Abdullah dan Majlis Peguam dan NUCC untuk mengumumkan kandungan draf itu kepada umum?

Mereka hanya diberi mandat untuk menerima, mendengar dan membincangkan cadangan-cadangan dan buah fikiran pihak-pihak yang berkepentingan dalam perbincangan tertutup dan selepas itu, mereka dikehendaki untuk menyerahkan rumusan mereka kepada pihak kerajaan untuk diteliti, diperhalusi dan dibincang. 

Sungguh Nampak kebodohan Datuk Saifudin Abdulllah apabila mengatakan bahawa Draf Undang-Undang yang ditulis oleh NUCC dan Majis Peguam itu adalah dokumen Draf Undang-Undang yang akan diangkat ke parlimen. Kerajaan tidak akan berbuat begitu kerana kerajaan akan juga mendengar pandangan daripada pihak selain dari NUCC mengenai cadangan Akta Harmoni Nasional ini sebelum membuat keputusan rasmi.

Selepas itu barulah, pihak Peguam Negara akan menDraf Rang Undang-Undang itu untuk diangkat ke mesyuarat kabinet dan selepas itu dibawa ke parlimen untuk dibahas dan diundi. Jika Rang Undang-Undang Harmoni Nasional belum lagi dibentang dalam mesyuarat kabinet, mengapa Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam serta NUCC pandai-pandai membicarakan isi kandungan deraf rang undang-undang mereka itu di dalam media. Inilah yang dikatakan seperti Berok mendapat Bunga, tidak tahu malu.
Saya bersetuju bahawa tindakan Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam tidak adil dan salah dari segi prosedur. Ianya akan mengelirukan rakyat dan boleh dianggap tidak beretika kerana mereka tidak mempunyai mandat untuk meluahkan isi kandungan cadangan mereka itu kepada umum melalui media massa. 

Oleh itu, kepada Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam berhentilah merujuk kononnya cadangan mereka itu sebagai dokumen terakhir yang akan diangkat ke parlimen. Yang akan menentukan bentuk terakhir dokumen rang undang-undang itu ialah Jemaah Menteri. Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam tidak boleh mendahului kabinet Malaysia.

Datuk Saifudin, sedar dirilah kamu, bahawa kamu bukan Menteri juga bukan siapa-siapa pun? Kamu patut bersimpati dengan tragedi yang sedang menimpa isteri DS Anwar Ibrahim di Selangor, berilah cadangan kamu dalam isu itu? Kamu sedarilah kamu tewas kerana rakyat sudah tidak mahukan kamu lagi, kamu sudah outdated, janganlah kamu anggap diri kamu sebagai pemimpin transformasi yang lebih sudu daripada kuah!

Kepada Majllis Peguam, kamu kembalilah kepada tugas asal kamu, silalah tadbir dan urus peguam-peguam supaya mereka mematuhi etika guaman. Sedarlah bahawa kamu sebagai Majlis Peguam tidak ada pun dalam mana-mana peruntukan penubuhan kamu bertanggungjawab untuk membuat undang-undang negara.Janganlah kamu menjadi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

ABU AS-SYIFA'
KOTA KINABALU, SA



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...