Thursday 4 September 2014

Istana Hantar Surat Baharu Minta PKR Calon Lebih 2 Nama



PKR menerima surat daripada pihak Istana sebentar tadi memperingatkan agar lebih dua nama dikemukakan kepada Sultan Selangor untuk dicalon sebagai menteri besar.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan media memaklumkan parti itu menerima surat jawapan dari pihak istana berhubung isu pelantikan menteri besar yang baharu.

Surat berkenaan mengesahkan istana menerima surat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah Adun Selangor yang menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar baharu.

Bagaimanapun, surat istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada Sultan Selangor.

PKR sebelum ini hanya menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, begitu juga dengan sekutu mereka DAP.

Hanya PAS dikatakan menghantar nama Wan Azizah dan Mohamad Azmin Ali.

Berikut kenyataan media dikeluarkan PKR sebentar tadi.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat


# jangan nak buat degil membabi buta lagi nak hantar satu nama jugak!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...