Friday 29 August 2014

VIDEO PPS: LGE cabar Ketua Polis Negara


Lim Guan Eng dan regim DAP Pulau Pinang hari ini dengan angkuh mencabar Ketua Polis Negara yang dilantik oleh DYMYDP Agong bahawa pertubuhan haram PPS adalah sah.
Pihak KDN telah membuat kenyataan bahawa mana mana kerajaan negeri tidak boleh menubuhkan pasukan keselamatan kerana ia dibawah kerajaan persekutuan.

GEORGE TOWN, 28 Ogos: Kerajaan tidak membenarkan mana-mana negeri menubuhkan pasukan keselamatan mereka sendiri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang ada di negara ini adalah mencukupi untuk menjalankan penguatkuasaan dan menjaga keselamatan semua negeri.
“Bayangkan jika kita benarkan Pulau Pinang buat (pasukan keselamatan) sendiri, semua negeri juga nak tubuhkan siap dengan pemakaian pangkat dan sebagainya, negara akan penuh dengan pasukan keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

Lim Guan Eng bukan saja mencabar pihak kerajaan persekutuan malah mempertahankan pertubuhan haram yang terbukti berkelakuan ganas memukul orang awam dan juga wartawan.
Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah regim DAP Pulau Pinang ini juga berkata Ketua Polis Negara tidak waras dan bertindak sewenang wenang.Apabila beliau mencabar Ketua Polis bermakna beliau juga mencabar YDP Agong kerana Agong lah yang melantik KPN.


Pertahan pertubuhan haram,LGE Istihar Perang ! sumber di sini








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...