Tuesday 16 September 2014

TEOG BENG HOCK MATI, MAKLUMAT RASUAH PUN MATI SEKALI??

SIAPA SEBELAH TBH YANG KERISAUAN ITU?

*jangan lupa siasat Ronnie Liu sekali. baru adil


Hari ini Kerajaan telah melakukan langkah mengejut apabila memberikan keadilan kepada keraguan keputusan terbuka mahkamah koroner dengan membuka semula kes untuk siasatan semula.


DAP terkejut! Ronnie LIu sangat-sangat terperanjat kerana dalam fikirannya kes Teoh Beng Hock sudah ditutup!



Kita jangan lupa dalam masa yang sama ada perlakuan rasuah yang mesti SPRM juga melengkapkan siasatannya. Kerana pembangkang hanya lihat satu pihak sahaja sebagaimana biasa. Hanya inginkan mana-mana yg berpihak kpd mereka sahaja.



Jangan buat benda Magic, dengan kematian TBH tiba-tiba semua maklumat yg didapati dari komputer dia turut mati.




Kenapa Ronie Liu tidak disiasat? Kenapa surat-surat arahan Ronnie Liu semasa menjadi Exco Selangor tidak disiasat dan tiada tindakan? 



Kerajaan Selangor sendiri pernah menyiasat Ronnie Liu dan Tee Boon Hock berkata “Dia memberitahu bahawa kesemua surat sokongan yang dia tandatangani untuk tujuan (sokongan) kontrak dilakukan atas arahan Liu,” (TMI) Benarkah Tee Boon Hock menyalahguna kepala surat Exco Ronnie Liu untuk mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan negeri kepada 16 kroni Ronnie Liu, atau Ronnie Liu sendiri yang memberi kebenaran? 



Bagaimana dengan Ean Yong Hian Wah? Dia bersihkah?



Adakah maklumat di dalam Laptop dan Handphone TBH tidak boleh dikemukakan ke Makamah kerana pemilik telah mati??? Ajaib Ajaib Ajaib, Magic Magic Magic.



Berikan kepada kami menyiasatnya, berikan HP dan No HP TBH kami tahulah nak buat macamana untuk dapatkan semula maklumat di dalamnya? Bukan susah pun, daripada membiarkan DAP asyik menyalahkan Kerajaan dan mencuci tangan sahaja, orang Cina pun mahu tahu kebenarannya? Orang Cina pun mahu tahu DAP cakap betul kah cakap kelentong? 




Amacam? Kami pun menerima banyak emel dari pembaca Cina mahu tahu perkara yang sebenarnya? Mereka pun ragu-ragu kepada DAP?

sumber: klik

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...