Tuesday 12 August 2014

Sultan perkenan Khalid jadi MB ---> buat Anwar makin mabuk!



SHAH ALAM 11 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus kekal sebagai Menteri Besar walaupun telah dipecat keahliannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sabtu lalu.

Perkenan baginda itu diumumkan sendiri oleh Abdul Khalid dalam sidang akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini hari ini selepas Dewan Diraja Selangor mengadakan mesyuarat hampir empat jam di Istana Alam Shah, Klang bagi membincangkan kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut Abdul Khalid, dalam mesyuarat itu, Sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasan beliau ketika menghadap baginda mengenai statusnya yang ketika ini masih lagi memperoleh kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) walaupun menjadi wakil rakyat Bebas.

"Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Sultan Selangor) telah bertanyakan sama ada saya masih lagi memperoleh kepercayaan majoriti ADUN. Saya telah menjelaskan (kepada baginda) di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperoleh kepercayaan majoriti ADUN.

"Sehubungan itu, baginda berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan baginda selanjutnya telah memperkenankan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

"Maka, sehingga ada perkembangan terbaharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar dan menjalankan tugas seperti biasa," katanya.

Ditanya mengenai status barisan ahli susulan daripada keputusan hari ini, Abdul Khalid memberitahu, berdasarkan Artikel 53(2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, beliau berhak menasihati baginda untuk melantik sekurang-kurangnya empat atau tidak lebih daripada 10 orang ADUN sebagai exco.
Buat masa ini jelas Abdul Khalid, empat exco kerajaan negeri daripada Pas sedia ada telah mengumumkan menerusi media menyokong kepemimpinan beliau sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, beliau sedia mengkaji semula kedudukan enam lagi ahli exco iaitu masing-masing tiga daripada PKR dan DAP.

"Untuk menjalankan pentadbiran negeri dan mesyuarat exco, sekurang-kurangnya perlu ada empat anggota exco. Buat masa ini empat ahli exco daripada Pas bersama-sama dalam kerajaan negeri di bawah kepemimpinan saya. Oleh itu saya boleh teruskan mengadakan mesyuarat exco.

"Sekiranya ada perubahan anggota exco, saya akan cadangkannya kepada Sultan Selangor, namun buat masa ini, saya akan jumpa setiap daripada mereka terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada mereka menyokong saya atau tidak.

"Sekiranya mereka merasakan tiada lagi kepercayaan terhadap saya sebagai Menteri Besar, adalah lebih baik mereka tidak lagi menjadi exco," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Abdul Khalid ketika ditanya sama ada beliau mengadakan perbincangan dengan Sultan Selangor mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau menjelaskan, perkara tersebut tidak dibangkitkan.

Malah katanya, baginda juga tidak menerima apa-apa laporan setakat ini mengenai usul undi tidak percaya terhadapnya.

"Untuk undi tidak percaya terhadap saya, proses mengikut tatacara undang-undang perlu dilakukan iaitu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Jika ADUN memutuskan tiada majoriti sokongan terhadap saya, saya perlu membawa keputusan tersebut kepada Sultan Selangor dan saya nasihatkan baginda mengenai apa-apa perkara yang perlu dibuat pada masa itu. Mengenai pembubaran DUN, siapa sebenarnya yang inginkan perkara itu dilakukan, bukan saya," ujarnya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

.
.
.
.
.
.
.
.

khalid masih jd MB.. anwar dah jadi gini

http://mymassa.blogspot.com/

..kesian..





































No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...