Sunday 24 August 2014

Taktik Pakatan Rakyat!!!

KONGRES NASIONAL KEADILAN KE-10, 2014
[Dalam Dewan]

Tarikh : 23/8/014, Sabtu.
Masa : 2.30 Petang - 5.15 Petang
Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam
Kehadiran : 300 [M: 60%, C: 10%, I: 10%, Sbh/Swk: 20%]

Pemimpin Utama (VIP) :
1. Anwar Ibrahim, Ketua Umum
2. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden
3. Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden
4. Tian Chua, Naib Presiden.
5. Shamsul Iskandar, Naib Presiden
6. Rafizi Ramli, Naib Presiden
7. Nik Nadzmi, Ketua AMK

Perbahasan Usul :

Usul Politik
Mohd Hizwan Ahmad, Wakil Negeri Johor

1. Memperkukuh Latihan. Wakil Negeri Johor ini mengusulkan agar PKR memberi fokus kepada latihan jentera parti diperingkat akar umbi dan jentera parti diperingkat cabang perlu diberi keutamaan.

2. Membudaya Permuafakatan. Wakil Johor ini merujuk pada krisis Menteri Besar Selangor, justeru beliau menyeru anggota Pakatan Rakyat menolak persamaan kecil dengan UMNO, sebaliknya menerima sedikit perbezaan dalam Pakatan Rakyat berlandaskan matlamat yang sama untuk iaitu menumbangkan Barisan Nasional.

3. Mengurus Propaganda. Wakil Negeri Johor ini menempelak pimpinan Pakatan Rakyat yang lebih gemar menggunakan saluran yang salah iaitu media arus perdana milik Barisan Nasional untuk meluahkan perasaan dan mendapatkan maklumat yang salah. Ini akan memberi ruang kepada Barisan Nasional untuk menyerang dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

4. Takluki Sabah Dan Sabah. Wakil Negeri Johor ini mengambil contoh Negeri Johor yang dimenangi oleh Barisan Nasional dengan majoriti puluhan ribu di kerusi Parlimen dan DUN Johor, namun pada PRU12 Pakatan Rakyat berjaya menembusi Johor dan pada PRU13 Pakatan Rakyat menang di kubu-kubu kuat UMNO sepertimana Batu Pahat.

5. Memerangi Undang-Undang Zalim. Wakil Negeri Johor ini menjadikan Akta Hasutan untuk meghentam Barisan Nasional dengan menjadikan kes N. Surendran Peguambela Anwar Ibrahim yang kononnya dianiayai. Beliau juga mendakwa Anwar Ibrahim telah dianiayai.

Wakil Negeri Sabah

6. Tampil menyokong usul politik, Wakil Negeri Sabah ini menggesa agar parti memperkasa latihan kepada jentera parti diperingkat cabang-cabang. Beliau juga menyeru agar parti memperkukuh permuafakatan dan beliau berpendapat, jika permuafakatan menjadi pegangan, krisis Menteri Besar Selangor tidak akan berlaku.

Tuan Imran Abdul Hamid, Wakil Negeri Perak

7. Menyokong usul politik, Wakil Negeri Perak ini menggesa agar parti menerapkan idealisma perjuangan keadilan. Beliau menuduh Barisan Nasional menjadikan Lahad Datu sebagai drama politik Barisan Nasional yang sengaja dirancang berlaku hanya tiga bulan sebelum PRU13 yang lalu. Justeru, beliau mencadangkan agar kerajaan membubarkan ESCOM yang beliau dakwa sebagai agenda politik Barisan Nasional untuk meraih sokongan rakyat Sabah.

Usul Ekonomi
Ong Kim Weng, Wakil Negeri Pulau Pinang.

1. Menolak Pemansuhan Subsidi. Wakil Negeri Pulau Pinang ini menolak cadangan Kerajaan Barisan Nasional menarik subsidi petrol dan diesel yang menjejaskan rakyat berpendapatan rendah terutamanya. Beliau juga menolak cadangan Kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan pemberian subsidi petrol dan diesel secara terpilih kerana orang kaya pun berhak mendapat subsidi, bukannya hanya rakyat berpendapatan rendah sahaja.

2. Menentang Cukai GST. Wakil Negeri Pulau Pinang ini mengecam Kerajaan Barisan Nasional kerana beliau berpendapat bahawa pelaksanaan cukai GST akan menyebabkan kenaikan harga barang yang akan menjejaskan seluruh rakyat negara.

Saudari Afni Yusof, Wakil Srikandi.
3. Beliau yang bangkit menyokong usul ekonomi, sewenang-wenangnya menuduh kononnya dasar-dasar ekonomi Barisan Nasional memiskinkan rakyat. Dasar ekonomi Barisan Nasional mewujudkan jurang pendapatan rakyat negara ini, orang kaya semakin kaya, rakyat miskin semakin miskin sebaliknya UMNO mengkayakan keluarga dan kroni. Kenaikan harga barang telah membebankan orang muda yang baru membina kehidupan.

Usul Antarabangsa.
Dr. Hafiff Baharuddin, Wakil AMK.

1. Usul Menyokong Palestin. Wakil AMK ini menyatakan ikrar Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat negara ini menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengecam keganasan oleh Israel.

2. Sebaliknya Dr. Hafiff mengambil lebih separuh daripada masa perbahasan untuk menghentam Barisan Nasional yang kononnya telah menzalimi Anwar Ibrahim melalui pertuduhan liwat terhadap Saiful Bukhari yang beliau sifatkan tidak masuk akal. Dr. Hafiff melaungkan ikrar, jika Barisan Nasional memenjarakan Anwar Ibrahim buat kali kedua, Angkatan Muda Keadilan akan menggerakkan kebangkitkan rakyat negara ini untuk menentang Barisan Nasional.

Azlan Che Mat, Wakil Negeri Terengganu
3. Beliau yang tampil menyokong usul antarabangsa, langsung menyeleweng dari tajuk perbahasan apabila menghentam PAS Negeri Terengganu kerana sering menimbulkan pertelingkahan dengan PKR Negeri Terengganu sepertimana pada PRU13 yang lalu. Justeru, beliau menggesa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyusun semula kepimpinan di Terengganu untuk berhadapan dengan UMNO pada pilihanraya akan datang.

Usul Pendidikan
Sim Tze Sin, Pembahas Khas.

1. Merakyatkan Pendidikan Tinggi. Pembahas ini menggambarkan seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional tidak berlaku adil dalam melaksanakan agenda pendidikan nasional dengan dakwaan kononnya ada pelajar terbaik tetapi tidak mendapat peluang melanjutkan pelajaran di universiti terbaik.

2. Pemberian Biasiswa Secara Adil. Pembahas ini juga membayangkan seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional tidak berlaku adil dalam pemberian biasiswa kerajaan kononnya tidak diagihkan secara adil kerana ramai pelajar cemerlang tidak mendapat biasiswa sebaliknya pelajar yang hanya mendapat keputusan sederhana cemerlang diberikan biasiswa. Ini tidak adil.

3. Justeru, pembahas ini mendesak Kerajaan Barisan Nasional melakukan rombakan secara menyeluruh dasar dan sistem pendidikan negara perlu dipertingkatkan kualitinya. Beliau juga menggesa Kerajaan Barisan Nasional menyediakan bantuan kewangan yang tidak membebankan pelajar bukan seperti PTPTN sekarang. Beliau juga menegaskan, agar kursus pengajian mestilah selari dengan bidang kerjaya yang diminati dan mengikut kehendak pasaran kerja.

Amar Ghazali, Wakil Negeri Perlis

4. Beliau yang tampil menyokong usul pendidikan, mendakwa kononnya mahasiswa dan pensyarah dikongkong Barisan Nasional, sambil menggesa agar meletakkan induvidu yang memiliki kelayakan akademik terbaik untuk memegang jawatan tertinggi di universiti dan bukan atas dasar parti atau kerana mereka menyokong Barisan Nasional semata-mata.

Ulasan :
1. Pencadang usul dan penyokong usul menggunakan pentas Kongres Nasional Keadilan petang ini untuk memusatkan serangan kepada Barisan Nasional seolah-olah ini adalah pentas ceramah umum.

2. Namun, kehadiran perwakilan yang kurang memberangsang sedikit sebanyak menjejaskan kewibawaan PKR dan Anwar Ibrahim khususnya kerana gagal menghadirkan impaks sokongan ahli parti secara menyeluruh berikutan krisis Menteri Besar Selangor serta disumbang oleh ketidakpuasan hati sebahagian ahli yang mempertikaikan pemilihan parti baru-baru ini.

24 Ogos 2014, Shah Alam @Kongres PKR 2014

9.45 pagi - Ucapan penggulungan seterusnya oleh  William Leong, Bendahari Agung  Parti Keadilan. Di dalam ucapannya, William menegaskan  wang menjadi masalah utama dalam PKR dan sehingga kini masih ada Cabang-Cabang di seluruh negara yang masih tidak menyelesaikan

N40 Kota Anggerik
23.8.2014 Sabtu - 9.10pm
Dewan MPP Zon 5 Sek.16 Shah Alam.

Bicara Pimpinan Bersama YB Husam Musa Naib Presiden Pas

Ulasan;
1.Memperjelaskan senario politik
   yang berlaku di Selangor.

2.Memperakui segala krisis politik
   berikutan segala kelemahan MB
   Selangor yang sukar ditangani
   dan sikap beliau yang engkar
   dengan nasihat dan pandangan
   pucuk pimpinan.

3.Menyatakan agenda Pas yang
   besar untuk menjadikan sebuah
   parti nasional.

4.Berharap agar TSKI akur dengan
   saranan untuk melepaskan jaw
   atan kerusi MB..

5.Menyatakan pendirian tidak akan
   bergabung dengan Umno.

6.Menyokong pandangan serta kenyataan pucuk pimpinan bagi meletakkan DS Wan Azizah sebagai MB Selangor beralaskan alasan sejarah negara Islam lampau.dan mendakwa hadis dan ayat quran ditujukan kepada satu sejarah di Parsi.

Hadir:80
Hadirin luar 43%
            dalam:57%

 24 Ogos 2014, Shah Alam @Kongres PKR 2014

9.45 pagi - Naib Presiden yang baru Rafizi Ramli mengambil tempat dalam ucapan penggulungan seterusnya.

Menurut Rafizi, banyak perkara berlaku dalam masa 8 bulan yang lepas dengan pelbagai isu terutamanya isu peralihan Menteri Besar Selangor.

Dalam masa 8 bulan juga berbagai tentangan hebat diterima oleh PKR dengan serangan di pelbagai sudut terutama serangan ke atas Ketua Umum.

Rafizi juga memaklumkan bahawa buat pertama kalinya Kongres tidak mempersoal peranan Menteri Besar di Selangor dan inilah keputusan yang amat baik bagi parti (merujuk kepada pemecatan Tan Sri Khalid oleh PKR).

Rafizi menegaskan jika ada sesiapa anggota parti yang menyerang Ketua Umum di ibaratkan seperti bersekongkol dengan musuh (UMNO/BN) dan perlu tinggalkan parti (PKR) jika berterusan menyerang kepimpinan Parti.

Isu Nepotisme dalam parti (PKR) adalah topik utama perbualan masyarakat termasuk ahli parti dan beliau mengambil satu sejarah dalam kepimpinan Mahatma Gandhi dan keluarganya.

Isu MB Selangor masih belum selesai, masih ada ADUN PAS yang belum menandatangani surat akuan menyokong Das Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru.

Pada hari esok, Tan Sri Khalid akan mohon mengadap Tuanku Sultan Selangor dan kedengaran ura-ura Tan Sri Khalid akan mencadangkan pembubaran DUN Selangor. Beliau mengingatkan Tan Sri Khalid jangan cuba untuk menidakkan mandat rakyat dan sudah-sudahlah serta berundur secara hormat.

Di akhirnya, beliau menyeru seluruh jentera bersiap sedia dalam sebarang kemungkinan kerana UMNO/BN mahu menguburkan PKR. Dan janganlah pula ada ahli parti menyerang parti secara terang-terangan.

24 Ogos 2014, Shah Alam @Kongres PKR 2014

10.25 pagi - Shamsul Iskandar, Naib Presiden PKR yang baru seterusnya mengambil tempat dalam sessi penggulungan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang memberi mandat kepada beliau dalam memegang jawatan Naib Presiden parti dan terima kasih kepada "orang lama" yang memberi peluang kepada generasi baru.

Keadilan sebuah parti yang adil mengambil kira pemecatan Tan Sri Khalid adalah satu tindakan yang tepat oleh kerana banyak isu berkaitan Tan Sri Khalid seperti bersekongkol dengan pemimpin UMNO/BN.

Shamsul Iskandar turut memuji Ketua Umum sebagai seorang yang telah berjaya mengangkat martabat negara hingga ke peringkat antarabangsa.

Shamsul turut menyatakan, banyak perkara dan kejayaan telah di kecapi oleh parti seperti menjatuhkan Tun Mahathir dan mengurangkan undi popular terhadap DS Najib (Perdana Menteri)

Di penghujung penggulungannya, Shamsul mengajak semua perwakilan menghayati sebuah tayangan video berdurasi 3 minit tentang bagaimana kepayahan seorang perwira berjuang menentang kezaliman dalam meniti kejayaan di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...