Thursday, 25 April 2013

Sebab ape jadi macam ni?




Pil kuda bawa mudarat

Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras
tanyadrxy@bharian.com.my


2010/09/18



DOKTOR, boleh saya tahu kesan penggunaan pil kuda oleh pelajar?

Ingin Tahu


SAUDARA, ramai pelajar mengambil pil kuda kerana ia dikatakan boleh meningkatkan prestasi pembelajaran terutama ketika musim peperiksaan. Ia dikatakan membolehkan seseorang pelajar berjaga sepanjang malam untuk belajar tanpa rasa letih dan mengantuk.


Selain dari itu, pil kuda diambil untuk meningkatkan prestasi dalam hubungan seks. Tetapi sebenarnya, ia adalah fakta yang tidak betul. Saya sendiri tidak pasti apa kandungan sebenar pil kuda, tetapi sebahagian besar kandungannya adalah methamphetamine. 

Methamphetamine adalah sejenis dadah psychostimulant atau dadah perangsang yang dilarang penggunaannya selain dari tujuan perubatan. Dadah ini akan memasuki otak dan menghasilkan tindakan yang menyebabkan terjadinya rembesan dopamine dan norepinephrine. 

Pengeluaran kedua-dua kimia ini dalam badan akan menyebabkan seseorang merasa sangat teruja (intense euphoria) dan menyebabkan seseorang merasakan beliau mempunyai tenaga berlebihan (enhancing effect on energy). 

Namun begitu, walaupun seseorang merasakan yang dengan tenaga berlebihan ini, dia boleh terus membaca, tetapi hakikat sebenarnya, tidak ada apa-apa ilmu yang diperoleh kerana apa yang dibaca tidak akan kekal dalam ingatannya.



Dari segi kesan seksual pula, ia akan menyebabkan seseorang itu merasakan yang dia mempunyai libido yang tinggi dan boleh melakukan hubungan seksual dalam masa yang panjang. 

Pil kuda boleh merencat proses ejakulasi dan seseorang yang mengambil pil ini tidak akan mendapat klimaks atau orgasma. Dengan itu, hubungan seks boleh diteruskan pada tempoh masa yang panjang. 

Bagaimanapun, kajian menunjukkan ia juga akan menyebabkan seseorang hilang pertimbangan. Ini seterusnya membawa kepada hubungan seksual yang tidak selamat, tidak memakai kondom, kadangkala boleh menjadi ganas dan kasar. 

Ada kes di mana berlaku kecederaan pada zakar, rectum dan vagina akibat perlakuan seksual di bawah pengaruh dadah ini. Kesan jangka masa panjang adalah mati pucuk atau erectile dysfunction dan kehilangan libido. 

Dadah ini juga boleh mempengaruhi fungsi pundi kencing. Kesan sampingannya adalah pundi kencing akan mengalami irritasi dan inflamasi. Akibatnya, seseorang itu akan merasa hendak membuang air kecil yang kerap. 

Dalam beberapa kes yang saya rawati, pesakit perlu ke tandas setiap 15 minit ke 30 minit. Proses pembuangan air kecil juga akan menjadi sakit dan pedih. Ada juga berlaku masalah pengeluaran air kecil yang tidak terkawal sehingga penderita perlu memakai pampers walaupun berusia baru awal 20-an. 

Kesan jangka masa panjang pada pundi kencing ialah pundi kencing akan menjadi berparut dan kapasitinya menjadi amat kecil .Rawatan untuk kes seperti ini adalah amat sukar dan mungkin memerlukan pembuangan pundi kencing secara pembedahan. 

Kesan seperti ini juga dapat dilihat dengan penggunaan dadah jenis ketamine yang semakin popular di kalangan remaja. Dadah ini juga adalah sejenis dadah yang boleh menimbulkan ketagihan dan symptom ’withdrawal” akan terjadi sekiranya dadah itu tidak diambil. 

Sekiranya tidak diambil, dadah ini juga akan menyebabkan seseorang mengalami anhedonia iatu tidak ada lagi perasaan gembira atau kenikmatan dalam hidup. 

Selain itu, ada beberapa lagi kesan sampingan akibat pengambilan pil kuda ini. Ini termasuk: 

·  Kerosakan pada gigi yang dikenali sebagai ‘meth mouth”. Ini terjadi akibat dari penurunan pengeluaran air liur, tabiat menggerudi gigi dan mengigit gigi secara tidak sengaja dan juga penjagaan gigi yang tidak teratur oleh penagih. Mereka juga kerap mengambil air yang berkabonat dan manis akibat dari perasaan dahaga yang terlampau kesan dari dadah ini.
·  Kesan psikologi seperti ganas, cepat marah (irritable), tidak boleh tidur (insomnia), tidak dapat rehat (restless), paranoia, halusinasi dan psikosis.
·  Kesan kardiovascular iaitu tekanan darah rendah, degupan jantung yang cepat dan pening (dizziness).
·  Kesan pada sistem saraf iaitu sakit kepala, sawan (convulsion), ketegangan otot dan menggeletar.
·  Kesan-kesan lain seperti hilang selera makan, penglihatan yang kabur, diarrhea, kulit menjadi kering dan kasar dan masalah jerawat.

·  Pada dos yang tinggi, pil kuda boleh membawa maut akibat serangan sakit jantung. 

Kepada pembaca yang masih mengamalkan pengambilan pil kuda atau sebarang pil yang dikatakan boleh menguatkan nafsu seks dan untuk persediaan sebelum peperiksaan, saya nasihatkan berhenti segera. 

Ini kerana ada pelbagai kesan sampingan yang timbul akibat dari pengambilan pil ini. Dari segi pandangan perubatan moden, masih tidak ada lagi pil yang boleh meningkatkan nafsu seks di pasaran yang selamat untuk digunakan dan tidak ada pil yang boleh membantu berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran.


Antara kesan lain yang teman dapat kesan adalah seperti berikut :-


dan...


dan ini...


dan seterus nya...


atau lagi teruk yang ini...kira ni dah sampai tahap kronik yang teramat sangat la ni..


tapi apa2 pun janganlah main dengan benda haram tu dan pakatan haram,sebab dua2 benda ni akan membawa kemudaratan yang amat dashyat sekali dalam kehidupan kita semua.Teman bagi kredi kat makcik bawah....


p:s//




Wednesday, 24 April 2013

GEMPAR!!! ' Awek Master Chef ' Masak Sambal Petai Tuang Arak ???

'Awek Master Chef ' Masak Sambal Petai Tuang Arak ???
Takkan ni pun salah UMNO???

Abih tu salah siapa? Salah Bapak dia lerr..si Nuar Al Jubb tu!!


Tuuuu diaa..PKR akan kata, biaq pii laa..
PAS kata apa?? Mana Ulamak PAS??

Baru je Eddy Awang kata pasal pil kuda dengan PKR..
laa ni, keluar pasal wine pulak..

Teman printscreen kan sebab teman tau confirm tak lama lagi fb ni delete gambar ni...member punya pasal,kan??
 


http://www.facebook.com/pages/Ceggo-BoardROOM/201122609923146

 Sumber : >>KLIK SINI<<


* Macam ni ke nak jadi Ahli Parlimen Malaysia?? pigi daaa...aqidah pi mana??

Tuesday, 23 April 2013

PENDEDAHAN SEBENAR CALON PARLIMEN LENGGONG

 


  
PENDEDAHAN CALON PAS SIRI 1
 

SEMOGA MEMBERI MANFAAT

Lagi kisah spender yang tak ingin kita lihat




Seluar Dalam Elvis Presley Akan Di lelong


Seluar dalam berwarna biru terang dan mempunyai sedikit kesan kotoran ini, telah dipakai oleh penyanyi legenda iaitu Elves Presley ketika mendiang mengadakan konsert pada tahun 1977, tahun mendiang meninggal. Seluar dalam ini diperolehi daripada bapa mendiang, iaitu Vernon Presley dan seluar dalam ini akan dilelong di Stockport, Cheshire. Bapa mendiang berminat untuk melelong seluar dalam milik mendiang untuk menyambut ulangtahun kematian mendiang Elvis Presley yang ke-35.




Dijangkakan seluar dalam Elvis ni mampu meraih hasil lelongan sehingga 10K pound sterling convert kepada RM (49,664.75) fuyooo...masyukkkk tuuuu....ade ke sesape yang dah hilang akal nak beli spender ni...eeii geli geleman teman di buatnye...berdiri bulu betis teman yob oiii..


Tapi  teman idak le heran dengan puak2 otak udang ni, pasai lelong melelong ni diaorang memang pakar, sebabnya dulu dia orang penah cakap yang kalau diaorang ni menang dalam PRU, dema akan lelong KLCC, Litar Sepang, sampaikan Putrajaya pun dema nak lelong, bagi dema semua tu membazir duit rakyat..konon nye la. Tapi sekarang ape dah jadi? dok sibuk berebut nak pegi Putrajaya, sikit2 nak tawan Putrajaya. Ape punya otak udang le korang semua ni, lepas tu dok bercakau sesama sendiri lak tu..satu kawasan Parlimen atau DUN dok ada 2 calon orang2 sendiri...wooiii malu la woiii drop water face sendiri. Ni semua gila kuasa nak dapatkan projek sana sini, rakyat yang merana.


Depa ni spesis yang suka melelong barang2 contohnyerrr...macam kat bawah ni...

Nota Anuar kepada Wan Azizah dilelong pada harga RM 50,000.00 
  
Topi nelayan Hadi Awang dilelong pada harga RM 17,000.00


Tongkat Ni Ajis dilelong pada harga RM 12,000.00




Agak2 kome le berapa harga benda terancam kat atas tu? teman tak tau le pulak dia ni peminat Elvis Presley,rock n roll jugak orang tua ni (tapi kat dalam video aritu bukan rock n roll lagi...dah macam stim roll je teman nengoknya)

Tapi kalau terjual le benda terancam kat atas tu, lepas ni unit amal PAS tak payah lagi dok usung tin milo ke hulu ke hilir dok mintak derma kat orang ramai masa ceramah diaorang, pasainye duit hasil lelongan benda terancam ni dah cukup untuk tampung  belanja masa PRU13 nanti..heheheheheheh....



So pada Aishah (janji manis mu) dengor lerr lagu kat bawah nii...bukannya apo, kalau kau monang la(tu pun kalu tak hilang deposit la)..eden raso2 la bertambah sawan laei jando yang sorang lagi tu..eden bukan nyo apo kesian kek dio, pasai tak jadi calon, cuma tunggu jadi calon bini jo kek lobai2 PAS tu derrr.
Layannnn...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...