Tuesday, 9 May 2017

Bila DAP Mahu Bertindak

Pemilik Banglo Disneyland Sudah Digantung PKR, DAP Bila Hendak Gantung Pemilik Banglo Pinhorn

GADUH sesama sendiri dalam pakatan pembangkang memang amat sinonim dari dahulu lagi hinggalah sekarang. Gaduh sebab rebut kerusi, gaduh rebut jawatan dan gaduh rebut harta.

Terbaru, apabila timbulnya kes rasuah dan salahguna kuasa Ketua AMK Ampang, Adam Rosly, tampil beberapa pemimpin pro Azmin menentang dan membela anak muda itu. 

Presiden PKR mengambil keputusan gantung Adam Rosly, keputusan ini bangkit kemarahan kem pro Azmin. Rafizi pula diserang oleh kem Azmin  Pergaduhan ini telah mengiyakan wujudnya dua kem dalam PKR.

Satu pihak cuba untuk mempertahankan Adam Rosly, dan ia dilihat di bawah pengaruh Timbalan Presiden Azmin Ali. Manakala satu kem lagi cuba untuk 'membuang' Adam Rosly yakni dari pihak pro Presiden parti. Semuanya berpunca dari pemilik banglo Disneyland Ampang tersebut.

Itu cerita dalam PKR. Sama juga apa yang telah berlaku dalam DAP, iaitu parti yang menguasai Pakatan Harapan.

Apabila timbulnya isu banglo Pinhorn milik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang, berlaku juga sengketa yang amat dahsyat dalam parti cauvinis itu. Wujud juga dua kem iaitu yang mempertahankan tindakan salah guna kuasa Guan Eng itu dan yang menentang tindakan korupsi tersebut.

Ada suara suara gesa Guan Eng letak jawatan setelah kes tersebut sudah dibawa ke mahkamah dan Guan Eng berkemungkinan berhadapan hukuman penjara.

Namun DAP bertindak kejam. Lim Kit Siang selaku penguasa terbesar dalam parti itu telah mengamalkan kuasa diktatornya untuk memecat kebanyakan pemimpin parti yang ingkar dengan haluan 'Legasi Lim'.

Ini menyebabkan ramai pemimpin DAP peringkat setempat dan negeri tidak mampu bertahan. Lalu mereka keluar parti sedikit demi sedikit sepertimana yang  berlaku di Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Sarawak, Sabah dan lain-lain.

Soalnya sekarang, bila pula DAP mahu menggantung tugas atau dalam bahasa lebih baik memberi cuti kepada pemilik banglo Pinhorn ini? Sedangkan dia telah terbukti melakukan kesalahan korupsi yang paling DAP benci.

Adakah DAP sekadar 'memilih bulu' dalam menghukum pemimpin sendiri melakukan salah? Jika kesalahan itu dilakukan oleh anak penguasa parti, maka ia tidak perlu menerima hukuman parti?

Sebaliknya, jika kesalahan itu dilakukan oleh mereka yang tidak kaitan dengan 'Legasi Lim', maka dengan mudah mereka perlu dihukum?

Apa yang nyata, pergaduhan dalaman dalam DAP sebenarnya lebih serius dan amat teruk berbanding parti-parti lain dalam pembangkang. Namun, pemimpin DAP bersikap kejam untuk menutup segala kelemahan mereka.

'Legasi Lim' tidak sesekali akan menghiraukan tangisan ahli atau mana-mana pemimpin mereka yang berada dalam masalah, yang penting bagi mereka adalah kuasa. Dan yang penting anak bini 'Legasi Lim' patut terus dipertahankan walau pun mereka terbukti bersalah.

Inilah cerminan parti yang menguasai Pakatan Harapan. Apapun kita patut terus mencabar 'parti demokratik' ini supaya bersifat demokrasi dalam parti sendiri. Pecat atau beri cuti kepada pemilik banglo Pinhorn jika DAP benar benar anti pada rasuah. Bila DAP mahu bertindak?


Tulisan :
Beruang Biru
BB417, Isnin
8 Mei 2017


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...