Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

Thursday, 12 February 2015

Mursyidul Am PAS: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia




ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥَ
Al-fatihah
ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢِ •
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞





Suasana di depan kediaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebentar tadi
SUMBER: pas pusat



KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar selama 23 tahun. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.

Anak Allahyarham, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada petang tadi memaklumkan tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan pada ulsernya, pada Rabu dan doktor ketika itu sedang berusaha untuk menstabilkan keadaannya.

"Doakan semoga ayahanda sihat kembali," tulisnya dalam kenyataan itu.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian pada 1 Januari lepas kerana mengidap kanser prostat.

Friday, 3 May 2013

GEMPAR!!! Persoalan Pengakuan Mr.Stopapender a.k.a Mustafa Ali Mengenai Skandal Seks

Pak Mus ooo Pak Mus..

Teman tertunggu-tunggu jugak ape pengakuan Mr.Stopa a.k.a Pak Mus nih..dah lewat petang masih belum ada sebarang cerita...

Macam-macam andaian boleh dibuat:

1 - Betul ke isteri muda?

2 - Dah nikah kat Golok sebelum rakaman dibuat ke?

3 - Sijil nikah tu hilang ke? Buat baru atau baru buat?
 
4 - Ambik masa lama baru nak buat pengakuan sebab nak pujuk bini pertama yang masih marah ke? 

5 - Dah dapat sokongan dari Haji Hadi dan Nik Aziz kata Pak Mus sakit lutut, terus rasa selamat ke? 

6 - Nik Aziz dah maafkan, dosa hilang ke?

7 - Malu sebab beraksi 'kureng hebat' daripada Anwar Ibrahim ke?

8 - Memang nak spin kata ini UMNO/ BN yang tolong rakam ke?

9 - Isteri muda ni sexy tak pakai tudung, rambut blond, baju dan jeans ketat metat sebab nak guna sebagai sokongan wanita erdogan kepada PAS pulak ke?

10 - Bagi duit masa tu sebab servis time tu bagus ke?

11 - Kebetulan pulak ada duit dalam sampul putih dalam beg, guna dulu tapi dah ganti balik ke?

12 - Tak nak buat sumpah macam Saiful Bukhari buat, macam PM Najib buat, macam Datuk "T" buat sebab tak percaya dengan sumpah ke? Atau takut dilaknat?

*Pak Mus...ooo Pak Mus..teman tanya je.. 
Kalau buat sidang media jangan tiru ayat soalan teman tu yer.hehe..

Saturday, 27 April 2013

Islam dan Kebangsaan apa kaitannya?


Islam dan Kebangsaan: Nik Aziz semakin meracau


Mungkin demam panasnya semakin tinggi tempias bahang PRU 13. Dalam ceramahnya yang terbaru Tok Guru PAS ini  mendakwa sembahyang orang UMNO tak ada pahala pula.


"UMNO tolak Islam,tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam."



"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," 





Sepatutnya  ‘ahli-ahli akedemik’ yang ‘cerdik’ dalam PAS sudah lama "sekolahkan" Nik Aziz supaya jangan bercakap sesuatu yang beliau tidak faham. Tahukah dia erti ‘kebangsaan’ yang jadi modal dia menghentam UMNO?  Memang patutlah rakan baik beliau (semasa dalam PAS),  Mohd. Nor Idris menempelaknya semasa PR Galas dulu “Nik Aziz, mu tobat dulu sebelum mu mapoh…”

Mengikut Kamus Dewan: Kebangsaan  1. yg berkaitan dgn negara secara keseluruhan, nasional: Semangat  2. dipilih utk melambangkan keperibadian sesebuah negara spt bahasa, pakaian, dsb: pakaian ~; bunga ~; bahasa ~; 3. yg dicipta khas utk dinyanyikan sbg menyatakan taat setia kpd negara: lagu ~; Kamus Dewan Edisi Keempat
Semangat kebangsaan - semangat cinta terhadap bangsa dan negara dan sanggup berjuang utknya.

Sebenarnya telah terbukti UMNO mengangkat kedua-duanya sekali, Islam dan Kebangsaan. Jika dilihat kepada Perkara 3.3 asas dan tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam dan ayat dalam perlembagaan UMNO ini langsung tidak terdapat dalam perlembagaan Pas yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam.

Nik Aziz tak faham yang Kebangsaan dan Islam perlu seimbang.  Hubbul watan minal iman bukankah bermaksud sayangkan tanah air sebahagian dari iman?

Tanpa semangat kebangsaan, semangat cinta terhadap bangsa dan negara dan sanggup berjuang  adakah kita akan dapat meneruskan amal ibadat dengan selesa?  Sejarah penindasan terhadap umat Islam telah berlaku di seluruh dunia dan sesiapa yang tidak mengetahui sejarah akan melakukan kesilapan yang berulang-ulang . Contoh terakhir adalah yang berlaku di Myanmar. Oleh kerana masyarakat Islam tidak berkuasa menentukan hak sebagai penganut Islam, mereka ditindas oleh penganut agama lain. Sebab atau alasannya sangat mudah, kerana mereka tidak berkuasa langsung di Myanmar.

Dalam banyak sejarah kebangsaan atau nasionalisme, sejarah penubuhan negara Pakistan mungkin boleh membuka mata kita. Nasionalis seperti *Choudhry Rahmat Ali telah merintis penubuhan Pakistan untuk umat Islam yang berselerak di India yang akhirnya dapat bersatu di negara ini dan memperkasakan syiar Islam. Jika mereka masih di bawah kuasa kerajaan India bolehkah mereka  menegakkan syiar Islam? Apakah Nik Aziz lupa tentang penghinaan kepada umat islam di India apabila Masjid Babri dibakar?

Realiti kehidupan tidak dapat menolak kepentingan duniawi. Rasulullah SAW pernah bersabda: Beramallah seperti akan mati esok hari dan bekerjalah seperti akan hidup seribu tahun lagi.  Dan seribu tahun hidup membawa maksud tersirat bahawa manusia tertakluk kepada hukum fitrah manusia: perlu makan minum, pakaian dan tempat tinggal  dalam suasana yang sejahtera. Soalannya: adakah kita boleh hidup sejahtera tanpa negara sendiri yang kita menentukan hala tujunya?

*Choudhry Rahmat Ali (Urdu: چودھری رحمت علی‎) (16 November 1895 – February 1951) was a Pakistani  Muslim nationalist who was one of the earliest proponents of the creation of the state ofPakistan. He is credited with creating the name "Pakistan" for a separate Muslim homeland in South Asia and is generally known as the founder of the movement for its creation. He is best known as the author of a famous 1933 pamphlet titled "Now or Never; Are We to Live or Perish Forever", also known as the Pakistan Declaration. The pamphlet started with a famous statement: "At this solemn hour in the history of India, when British and Indian statesmen are laying the foundations of a Federal Constitution for that land, we address this appeal to you, in the name of our common heritage, on behalf of our thirty million Muslim brethren who live in PAKSTAN – by which we mean the five Northern units of India, Viz: Punjab, North-West Frontier Province (Afghan Province), Kashmir, Sind and Baluchistan."






Dalam penyelidikan yang dijalankan, Arkib Negara telah menemui dokumen yang ditandatangani oleh seorang yang bernama Encik Mohamed bin Hamzah dihantar kepada 'Clerk of Councils' , The Council Chamber, Kuala Lumpur, memajukan cadangan rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Salinan lakaran Bendera Persekutuan Tanah Melayu juga telah diperolehi dari koleksi fail Jabatan Kerja Raya, Johor yang ditandatangani oleh Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Tandatangan yang terdapat di dalam surat di atas dan tandatangan pada lakaran bendera adalah sama.


Berdasarkan kepada penemuan ini, besar kemungkinan bahawa pencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu itu ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah.


Kini kita perhatikan pula lihat pula prinsip-prinsip rukun negara yang mungkin segelintir dari kita tidak mengetahui secara lengkap dan  menyeluruh :-

a)Kepercayaan kepada Tuhan
  • agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.
  • rakyat yang beragama mudah diurus.
  • perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.

b)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

  • semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.
  • Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.
  • Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
  • penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

c)Keluhuran Perlembagaan

  • perlembagaan merupakan undang-undang utama
  • perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul
  • rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

d)Kedaulatan Undang-Undang

  • rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
  • rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.
  • rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

e)Kesopanan Dan Kesusilaan

  • rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.
  • ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.
  • amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati. 

     Kita lihat pula apa yang dikatakan oleh mantan MB Perak di dalam sidang DUN


    Apa punya sengal la si Nizar lambai aka sang kelembai nii...patut la 11 bulan je jadi MB Perak...

    Kita tonton pulak video kat bawah ni...Nizar ni jadi MB pun pasai sifat ihsan dari Sultan Perak kalau tak...jadi batang kayu le kau..


 

Monday, 18 March 2013

PENDEDAHAN TERGEMPAR!!! PAS Dah Berpecah?? (Part 1)

BERITA PENEMUAN TERGEMPAR!!!

Di Johor dan Selangor dah ada terkibarnya bendera macam ni:

Bendera macam bendera PAS, tapi bukan PAS. Abistu bendera ape?

Di Klang, dah terkibar atas tiang, bersekali dengan bendera PAS. Boleh  >>KLIK SINI<<


Rupa-rupanya kat negeri teman pun dah ade..kat Tapah. tuuu diaaa...depan KFC Tapah.


Nak lagi gempaq, dah pernah ada sidang media punn..untuk PRU ke 13 nanti..
Nama Parti : Parti Berjasa.


Apa dah jadi dengan parti PAS yang sebenar?? Kenapa Parti Berjasa tiba-tiba muncul??
InsyaAllah kalau ada masa teman sambung entri ni.

VIDEO PANASS!!! Kalau Tok Guru Kaki Pungkoq Pun, Kita Nak Dengar Ke Kuliah Subuh/Maghrib???



Nampaknye PorkNikAjis nie dah percaya yang Anwar ni memang kaki perempuan, kaki liwat dan terbaru - lelaki gay @ homoseks. (yerkkk!!)

Ini video komen PorkNikAjis bila  'gambar macam Nuar tp Nuar kata bukan dia' :

"Anwar budak cerdik, Anwar ni budak cerdik, payah kalau Umno tak singkir dia, ni cara pemimpin Umno dia semata-mata, kita orang politik ni mesti kita lawan hujah, bukan lawan peribadi, kalau Anwar tu tempang sekalipun dah dia tu cerdik, terima dialah".

Bagaimanapun tanpa disedari Nik Aziz mula menerima kenyataan dimana Anwar seorang homoseksual, biarpun penerimaan itu tidak dinyatakan secara jelas, tapi ia sudah cukup dengan memberi perumpamaan "kalau Anwar tu tempang sekalipun dah dia tu cerdik, terima dialah"
.



Kalau macam tu, walaupun Tok Guru kaki pungkoq, kaki betina sekalipun, kita masih boleh terima lah? boleh dengar kuliah / nasihat Tok Guru yang macam tu??

Kalau macam tu punya PorkNikAjis komen, bermakna Mursyidul Am PAS ni pun sekarang dah sebaris dengan mamat yang komen macam ni :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPH2wLD7YDfkdMzMfqLmY2xhyphenhyphenHoMix0QfUMdMIcKrejwKNWEPbcWrUQYu0o6dbEV5kVYmkwuVPXWQH5oFfcHyIeXTtlGjv61fp1xQaC2gIcKuOGCE8NkjVNmf6mtP561V0f674La0os-Q/s640/Khalid+Ismath++%E2%80%98Saya+Tak+Kisah+Pemimpin+Saya+LGBT%E2%80%99.jpg
Tahniah la atas 'perubahan drastik aqidah' PorkNikAjis yerr...

Lagi satu teman nak ngabor, PorkNikAjis dah boleh percaya 'video / gambar' walaupun itu 'besi'? So, kita tunggu Mr.Eddy Awang pulak komen apa..tungguuu...



*Nauzubillah..macam ni punya manusia pun ada ke? semata-mata politik, Islam tergadai..

Friday, 22 February 2013

EKSKLUSIF!!! Rating Siaran 'Soal Jawab' YB Ustaz Nasharuddin 4.3 juta Penonton!!!


Siaran rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual terbitan TV3, rancangan ‘Soal Jawab’ yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada parti PAS sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 yang lalu seperti tidak disangka berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi dalam Siri Rancangan Temubual televisyen di Malaysia pada tahun 2013 setakat ini.

Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi siri Rancangan Temubual di Malaysia, apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).

Secara purata, rancangan berbentuk temubual atau bual bicara hanya mencatatkan rekod 300,000 penonton sahaja. Namun atas faktor kekuatan tetamu undangan pada 6 Februari lalu, iaitu Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang baru sahaja digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS oleh pimpinan tertinggi PAS pada 14 Januari 2013, jumlah penonton yang menonton rancangan tersebut meningkat mendadak sebanyak 4 juta kepada 4.3 juta penonton.

Secara kesimpulannya, kadar tontonan keseluruhan rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 4 juta penonton, iaitu hampir ‘sebaris’ dengan jumlah penonton Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27 yang telah diadakan pada 6 Januari 2013 lalu iaitu sebanyak 6 juta penonton.

Fenomena ini dilihat sebagai satu keadaan di mana medium televisyen di Malaysia telah dibuka luas untuk pemimpin politik berbicara mengenai kempen-kempen menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi. Kemunculan tetamu undangan pada hari tersebut tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya amat dinantikan oleh penganalisis dan pengikut politik tanahair yang sarat dengan isu semasa dan sensitif, seperti isu perpaduan kaum Melayu Islam di Malaysia, isu penggunaan Kalimah Allah, isu keakraban beliau bersama Perdana Menteri Malaysia dan isu kemasukan beliau ke dalam UMNO. Bukan sahaja melalui kaca televisyen, pendedahan oleh Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin pada malam itu juga dipancarkan menerusi laman web rasmi TV3 dan di laman web tonton.com.my .

Jumlah audience yang menonton secara online pula mencecah 95,312, juga menjadikannya satu rekod baru tontonan Siri Rancangan Temubual melalui online di Malaysia. Ditambah dengan adanya kemudahan internet mudah alih dan smartphone, tontonan secara ‘live streaming’ mencapai angka tertingginya pada permulaan rancangan tersebut, iaitu tepat pada jam 10.03 malam dengan 18,598 hits berbanding hanya 6,109 pada penghujung rancangan. Malaysia mencatatkan tontonan online tertinggi sebanyak sebanyak 98,435 tontonan, diikuti negara-negara lain seperti United Kingdom (4,542), Arab Saudi (3,431), Amerika Syarikat (3,068), Australia (2,956), Singapura (2,158), Indonesia (1,132) dan Brunei (1,009).

Bacaan tontonan yang dibuat ini tidak termasuk dengan jumlah siaran yang telah direkodkan oleh pengguna stesen televisyen berbayar Astro melalui dekoder Astro dan tontonan rakaman yang telah dimuatnaik ke laman web di internet, terutamanya Youtube dan blog-blog yang berunsurkan politik.

Rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah membawa satu dimensi baru dalam penyiarannya yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai tetamu undangan yang datangnya dari pihak pembangkang di Malaysia. Siaran bertemakan "Nasharuddin - Berjuang Dalam Kontroversi" ditayangkan selama satu jam tersebut dilihat memberi satu impak negatif kepada barisan parti pembangkang, khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke 13, apabila banyak pendedahan dibuat oleh tetamu tersebut yang menjawab kepada segala persoalan isu-isu semasa tanahair. Keberanian beliau selaku wakil parti politik daripada pihak pembangkang yang secara berani menerima jemputan bagi ditemubual oleh TV3 dengan membincangkan masalah dalaman parti secara terbuka di kaca televisyen, yang ditonton oleh masyarakat di seluruh dunia. (Dipetik dari sumber). 

*Siapalah puak PAS yang berani mengaku dah tengok TV3 masa tu. Pok Nik Ajis, Eddy Awang, Mat Saboon, Mustapa Ali nak ngaku ke??? haakktuuiihh!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...