Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts

Tuesday, 11 November 2014

GUAN ENG LUPA DIRI, ASAL-USUL HANYA DARI MANGKUK GANGSA

HADI PRESIDEN PARTI, GUAN ENG BUKAN PRESIDEN, TAK SAMA TARAF, SO APA KELAS GUAN ENG NAK ARAH HADI






Kepada Guan Eng yang maha Bongkak,
Kamu Tak Sama Taraf Dengan Hadi, Sedar diri Dan Cermin diri dulu. 
Kamu Kuli, Hadi Presiden.

1. Hadi tak perlu menjawab kepada Guan Eng kerana tidak hadir mesyuarat. Sedarlah sikit, Guan Eng hanya Setiausaha parti, bahasa mudahnya tukang catat minit mesyuarat, tukang mesyuarat, tukang sediakan urusetia mesyuarat dan tukang pastikan minuman Halal disediakan. Jangan pula sedia makanan Haram, kita tahulah DAP bukan boleh dipercayai, kami perlu was-was.

So, apa kelas Guan Eng banding Hadi. Bagai langit dengan bumi. Pepatah China lama kata,"Bubur Mangkuk Emas Hanya Untuk Ketua, Bubur Mangkuk Gangsa Hanya Untuk Orang Suruhan". So, Guan Eng kalau dah lupa peribahasa nenek moyang kamu, silalah melawat Kampung Tze Shin di negeri Zhejiang, China.

2. Guan Eng yang maha Biadap, kurang ajar lagi Bongkak bila lagi kamu nak hormat Presiden kami. Kamu kata Hadi kena datang Mesyuarat kerana takut persepsi umum kepada PR tidak bagus. Belajarlah wahai Guan Eng yang maha Biadap, Kurang ajar lagi bongkak untuk hormat Presiden kami. Menghormati Presiden juga penting untuk persepsi Rakyat dan pengikut !

3. Presiden kami memang ada kuasa Veto. Lebih-lebih lagi bila keputusan yang dibuat dalam mesyuarat PR adalah dibuat oleh budak gaji Guan Eng (orang Suruhan Guan Eng). Mengapa Presiden MESTI ikut rentak keputusan itu yg merugikan PAS.

4. Dalam semua hal, PAS hilang jawatan di Penang, di Selangor kami hilang Exco Selangor....adakah PAS dipanggil bermesyuarat atau berbincang semasa kamu mencuri jawatan Exco kami?.

Bila kamu sudah teruk bermati-matian, sekarang baru kamu nak PAS semula. Kamu sedarlah Guan Eng, kamu hanya mangkuk Gangsa, Presiden kami mangkuk Emas. Bodoh nama saja Keturunan China, peribahasa China pun tidak tahu!!!

Setiausaha PAS Kawasan,

Negeri Selangor
------------------
* Diterima pagi ini melalui kotak emel.

Saturday, 6 September 2014

GEMPAR! HADI vs ANWAR

Audio rakaman suara ustaz Azariza Alawi 
(ketua penerangan dewan pemuda pas kelantan) 
mengenai konflik dalaman hj hadi vs anwar ibrahim.



Saturday, 27 April 2013

Islam dan Kebangsaan apa kaitannya?


Islam dan Kebangsaan: Nik Aziz semakin meracau


Mungkin demam panasnya semakin tinggi tempias bahang PRU 13. Dalam ceramahnya yang terbaru Tok Guru PAS ini  mendakwa sembahyang orang UMNO tak ada pahala pula.


"UMNO tolak Islam,tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam."



"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," 





Sepatutnya  ‘ahli-ahli akedemik’ yang ‘cerdik’ dalam PAS sudah lama "sekolahkan" Nik Aziz supaya jangan bercakap sesuatu yang beliau tidak faham. Tahukah dia erti ‘kebangsaan’ yang jadi modal dia menghentam UMNO?  Memang patutlah rakan baik beliau (semasa dalam PAS),  Mohd. Nor Idris menempelaknya semasa PR Galas dulu “Nik Aziz, mu tobat dulu sebelum mu mapoh…”

Mengikut Kamus Dewan: Kebangsaan  1. yg berkaitan dgn negara secara keseluruhan, nasional: Semangat  2. dipilih utk melambangkan keperibadian sesebuah negara spt bahasa, pakaian, dsb: pakaian ~; bunga ~; bahasa ~; 3. yg dicipta khas utk dinyanyikan sbg menyatakan taat setia kpd negara: lagu ~; Kamus Dewan Edisi Keempat
Semangat kebangsaan - semangat cinta terhadap bangsa dan negara dan sanggup berjuang utknya.

Sebenarnya telah terbukti UMNO mengangkat kedua-duanya sekali, Islam dan Kebangsaan. Jika dilihat kepada Perkara 3.3 asas dan tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam dan ayat dalam perlembagaan UMNO ini langsung tidak terdapat dalam perlembagaan Pas yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam.

Nik Aziz tak faham yang Kebangsaan dan Islam perlu seimbang.  Hubbul watan minal iman bukankah bermaksud sayangkan tanah air sebahagian dari iman?

Tanpa semangat kebangsaan, semangat cinta terhadap bangsa dan negara dan sanggup berjuang  adakah kita akan dapat meneruskan amal ibadat dengan selesa?  Sejarah penindasan terhadap umat Islam telah berlaku di seluruh dunia dan sesiapa yang tidak mengetahui sejarah akan melakukan kesilapan yang berulang-ulang . Contoh terakhir adalah yang berlaku di Myanmar. Oleh kerana masyarakat Islam tidak berkuasa menentukan hak sebagai penganut Islam, mereka ditindas oleh penganut agama lain. Sebab atau alasannya sangat mudah, kerana mereka tidak berkuasa langsung di Myanmar.

Dalam banyak sejarah kebangsaan atau nasionalisme, sejarah penubuhan negara Pakistan mungkin boleh membuka mata kita. Nasionalis seperti *Choudhry Rahmat Ali telah merintis penubuhan Pakistan untuk umat Islam yang berselerak di India yang akhirnya dapat bersatu di negara ini dan memperkasakan syiar Islam. Jika mereka masih di bawah kuasa kerajaan India bolehkah mereka  menegakkan syiar Islam? Apakah Nik Aziz lupa tentang penghinaan kepada umat islam di India apabila Masjid Babri dibakar?

Realiti kehidupan tidak dapat menolak kepentingan duniawi. Rasulullah SAW pernah bersabda: Beramallah seperti akan mati esok hari dan bekerjalah seperti akan hidup seribu tahun lagi.  Dan seribu tahun hidup membawa maksud tersirat bahawa manusia tertakluk kepada hukum fitrah manusia: perlu makan minum, pakaian dan tempat tinggal  dalam suasana yang sejahtera. Soalannya: adakah kita boleh hidup sejahtera tanpa negara sendiri yang kita menentukan hala tujunya?

*Choudhry Rahmat Ali (Urdu: چودھری رحمت علی‎) (16 November 1895 – February 1951) was a Pakistani  Muslim nationalist who was one of the earliest proponents of the creation of the state ofPakistan. He is credited with creating the name "Pakistan" for a separate Muslim homeland in South Asia and is generally known as the founder of the movement for its creation. He is best known as the author of a famous 1933 pamphlet titled "Now or Never; Are We to Live or Perish Forever", also known as the Pakistan Declaration. The pamphlet started with a famous statement: "At this solemn hour in the history of India, when British and Indian statesmen are laying the foundations of a Federal Constitution for that land, we address this appeal to you, in the name of our common heritage, on behalf of our thirty million Muslim brethren who live in PAKSTAN – by which we mean the five Northern units of India, Viz: Punjab, North-West Frontier Province (Afghan Province), Kashmir, Sind and Baluchistan."






Dalam penyelidikan yang dijalankan, Arkib Negara telah menemui dokumen yang ditandatangani oleh seorang yang bernama Encik Mohamed bin Hamzah dihantar kepada 'Clerk of Councils' , The Council Chamber, Kuala Lumpur, memajukan cadangan rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Salinan lakaran Bendera Persekutuan Tanah Melayu juga telah diperolehi dari koleksi fail Jabatan Kerja Raya, Johor yang ditandatangani oleh Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Tandatangan yang terdapat di dalam surat di atas dan tandatangan pada lakaran bendera adalah sama.


Berdasarkan kepada penemuan ini, besar kemungkinan bahawa pencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu itu ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah.


Kini kita perhatikan pula lihat pula prinsip-prinsip rukun negara yang mungkin segelintir dari kita tidak mengetahui secara lengkap dan  menyeluruh :-

a)Kepercayaan kepada Tuhan
  • agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.
  • rakyat yang beragama mudah diurus.
  • perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.

b)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

  • semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.
  • Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.
  • Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
  • penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

c)Keluhuran Perlembagaan

  • perlembagaan merupakan undang-undang utama
  • perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul
  • rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

d)Kedaulatan Undang-Undang

  • rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
  • rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.
  • rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

e)Kesopanan Dan Kesusilaan

  • rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.
  • ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.
  • amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati. 

     Kita lihat pula apa yang dikatakan oleh mantan MB Perak di dalam sidang DUN


    Apa punya sengal la si Nizar lambai aka sang kelembai nii...patut la 11 bulan je jadi MB Perak...

    Kita tonton pulak video kat bawah ni...Nizar ni jadi MB pun pasai sifat ihsan dari Sultan Perak kalau tak...jadi batang kayu le kau..


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...