Thursday 18 December 2014

LIM KIT SIANG: TERKEJUT KE PURA-PURA TERKEJUT???



Bila hukum Allah pun mereka cabar, PAS nak berdiam diri lagi ke?

Penasihat DAP melahirkan rasa terkejut apabila hasrat PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud tanpa memaklumkan kepada beliau dan juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

“Pengumuman oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengenai persidangan khas DUN Kelantan pada 29 Disember untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah II 1993 sebagai permulaan kepada pembentangan usul peribadi di Parlimen untuk mendapatkan kelulusan bagi Kelantan melaksanakan hudud telah menimbulkan rasa terkejut di kalangan pimpinan PKR dan DAP dan juga majlis pimpinan Pakatan Rakyat memandangkan tidak ada sebarang makluman pun diberikan terlebih dahulu.

“Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan juga kepada saya bahawa beliau turut tidak tahu-menahu tentang perancangan kerajaan negeri PAS Kelantan untuk mengadakan sidang DUN khas untuk membincangkan pelaksanaan hudud.

“Ini adalah satu pelanggaran kepada persetujuan bersama bahawa sebarang langkah berkaitan hudud hendaklah diperbincangkan terlebih dahulu bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, sambil menghormati dan mengambil maklum keputusan PAS Kelantan mengenai hudud sebelum pembentukan Pakatan Rakyat,”kata Kit Siang dalam Kenyataan media, 15 Dis lapor roketkini.

Menurut Kit Siang, jika PAS kekal untuk meneruskan agenda hudud, ia akan mengakibatkan risiko kekalahan pada Pilihanraya Umum ke-14 bukan sahaja di Kelantan, malah di negeri-negeri lain.

“Adalah satu kesilapan jika kita memilih untuk percaya bahawa PAS bergantung kepada isu hudud untuk kekal berkuasa di Kelantan pada Pilihanraya Umum ke-14 demi memenangi pilihanraya buat kali ke tujuh sejak 1990.

“Agenda bersama Pakatan Rakyat dengan urus tadbir yang baik dan keadilan buat individu, kumpulan, kaum-kaum dan negeri) boleh menjamin kemenangan Pakatan Rakyat di Putrajaya dan juga di Kelantan.

“Malah sebenarnya hudud bukan sahaja boleh menjadi sebab Pakatan Rakyat tewas dalam usaha memenangi Putrajaya, tetapi juga kehilangan Kelantan – dan membatalkan apa sahaja kelebihan yang telah diusahakan PAS di luar kawasan kubu kuatnya seperti di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Perak dan Pulau Pinang,”katanya lagi.

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...