Saturday 29 September 2012

Kenali Anak Didik Sam Bacile

 Ini adalah salah seorang daripadanya...teman rase ada ramai lagi nihh...laman fb mamat ni dah di tutup..tak tau le pulak pasai apa...tapi teman rase pihak berkuasa kena ambik tindakan atas mamat nih...



Yang ni pulak tak payah cerita la satu Malaya dah tau...


Dan lagi sorang ni hah...bapak segala musibat...!!!!!



Teman terpanggil untuk menulis lagi di dalam laman ini, bukannya apa teman hairan kenapa segelintir rakyat Malaysia yang mengaku rakyat Malaysia dan tinggal di dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan pelbagai agama, budaya dan adat resam ini sanggup menghina agama selain daripada agama yang mereka anutinya.Kenapa semakin dekat kita dengan PRU13 semakin ramai yang membuat provokasi mengenai Islam.

Kita sedia maklum semenjak akhir-akhir ini penghinaan ke atas junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w semakin berleluasa dimulakan dengan Sam Bacile yang telah kita sedia maklum asal keturunannya yahudi laknattullah, yang cuba pada pandangan teman membuat satu eksperimen ke atas umat Islam untuk menilai sejauh mana umat Islam cuba bertindak di seluruh dunia.Inilah dia Dajjal seperti dalam hadis nabi s.a.w.
 
 Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik."Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dari hadis di atas bolehlah kita katakan Malaysia tidak terkecuali dari di masukki oleh Dajjal, dan kenapa kita masih lagi tidak menyedari siapa di depan dan belakang kita, di kanan dan di kiri kita, adakah kita masih tidur? atau kita terlampau senang hinggakan kita membiarkan sahaja penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w berlaku di depan mata kita.

Mana suara PAS dan PKR semasa Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan beliau di twetter dan facebook, ke mana hilangnya suara orang-orang kuat PAS yang dahulunya ingin menegakkan negara Islam apa bila Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan di Scotsman.com? Azmin Ali kenapa tidak bersuara?Apakah peranan PAS dalam menangani isu-isu seumpama ini? Atau mereka menutup sebelah mata hanya semata-mata untuk memenangi PRU13 dan sampai ke Putrajaya?

 Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di
mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang
yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang
sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab,
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir,
dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan
Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat
bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan
takut pada mati"
.
Hadis Riwayat Abu Daud

Pada teman Islam adalah satu perkara yang harus kita pertahankan dan kita letakkan ke tahap yang tertinggi tanpa memikirkan ideologi politik sendiri.Yang haq tetap haq, tanpa perlu kita mewujudkan kebathilan dalam diri kita sendiri.Kita harus sedar yang Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dan maju, oleh kerana itu banyak anasir-anasir luar yang cuba menjatuhkan negara kita supaya segala hasil mahsyul kekayaan bumi Malaysia ini dapat dibolot, dan ini sedang dan akan dilakukan secara besar-besaran oleh makhluk-makhluk perosak ini melalui agen-agen mereka di dalam negara kita sendiri.

Oleh kerana itu kita harus menghargai kerajaan yang sedia ada sekarang yang telah berjaya membawa suatu persekitaran  harmoni dan  sejahtera di dalam Malaysia yang kita cintai ini.Nabi s.a.w ada berpesan,

 Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi


 Maka bersatulah seluruh umat Islam di Malaysia ini kita tinggalkanlah sekejap ideologi politik masing-masing untuk kita sama-sama menegakkan syiar Islam di Malaysia ini


surah As-Shaaf ayat 9:
"Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya mengatasi  segala agama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya".
 

3 comments:

  1. baru aku tau rupa2nya

    ReplyDelete
  2. Bangsat betol FUCKATAN ni, selamatkan bumi Perak, selamatkan Malaysia, lindungilah Agama kami Agama Islam, lindungilah bangsa kami Bangsa Melayu. Kami tidak mahu menjadi pencacai di tanah sendiri!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...