Showing posts with label ghost. Show all posts
Showing posts with label ghost. Show all posts

Friday, 1 February 2013

SERAM!!! " PUAKA KELDAIAN RAPIK (PKR)"

Seram..memang seram..
Si Kak Wan Jijah bagitau seluruh dunia yang PKR akan terima kunjungan Pemimpin Hamas pada Khamis, tapi difahamkan pagi Jumaat 1 Feb 2013.
Sedangkan Pemimpin Hamas tersebut, Abdel Aziz al-Rantissi telah kembali ke Rahmatullah (mati syahid) pada tahun 2004..Subhanallah!!

Agak-agak lah kan nak buat 'promo' kata PKR pun baik dengan Hamas.
PKR dah takde cara lain ke, sebab YAB PM Najib kita dah sampai Gaza minggu lepas dengan delegasi termasuk YB Nasha?? kenapa ajak Pemimpin Hamas datang Malaysia.permainan politik sampaikan 'org mati' pun dipermainkan!!

Kalau ada **** pergilah ke bumi Gaza macam Najib buat? ada brann?? untuk China Doll berani aaa.. tp satu dunia sedia maklum **** Anuwar memang ciput!! kihkihkih..itu pasal Anuwar tak berani.. kahkahkah!!

Teman "tabik spring" kat PM dan delegasi Malaysia yang pi Gaza ni!!

PAS mana? kenapa tak ajak sama?? Oh,lupa sebab YB Nasha pun dah pegi Gaza. memang ketinggalan sungguh geng PKR ni dengan Gaza.

Lagi satu, Pemimpin PAS jumpa Pastor-Pastor kat Gereja je. Mana best pegi Gaza.

Perjumpaan PAS di Gereja St Michael, Ipoh diketuai oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
DAP? Lagi macam haram nak ke Gaza!!

* Al-Fatihah kepada Allahyarham Abdel Aziz al-Rantissi, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Monday, 28 January 2013

RCI Sabah : Siapa pun yang salah akan ditangkap

RCI Sabah: Kerajaan Sedia Ambil Tindakan – Peguam Negara

TAN SRI GANI PATAIL

TAWAU: Kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap apa jua laporan dan resolusi daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang menyiasat kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata sekiranya terdapat unsur jenayah maka tindakan akan diambil dan jika didapati terdapat sesuatu yang tidak betul ia akan diperbetulkan.

“Ya (kita sedia ambil tindakan). Kita semua mesti ingat, kalau kesalahan jenayah, kita akan ambil tindakan. Kalau ada perkara yang tak betul akan dibetulkan. Itu janji kerajaan. Itu sebab kita ada RCI. Kalau kerajaan tak mahu buat (RCI), tak ada RCI.

“Tetapi kita mesti ingat, apabila kita bercakap tentang pendakwaan jenayah ini, kita kena tengok lagi adakah cukup bukti. Dalam RCI ini apa-apapun orang cakap boleh diterima, tanpa buktipun kita terima. Bukti keterangan khabar angin pun kita terima.

“Tapi untuk kita ke mahkamah, kita kena tengok keterangan yang boleh diterima. Itu kita mesti tengok tetapi itu bukan satu alasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap orang yang telah buat salah. Tak ada. Tetapi kita akan mengambil tindakan tetapi mesti mengikut lunas-lunas undang-undang.

“Jika saya tidak mengikut lunas undang-undang, orang akan kata, oh saya tak adil atau kerajaan tidak adil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan pembukaan Tahun Perundangan 2013 di Mahkamah Tawau di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Sehubungan itu, Abdul Gani meminta semua pihak supaya memberi kepercayaan penuh kepada RCI berkenaan yang disifatkannya setakat ini telah melakukan siasatan yang benar-benar mendalam dan menyeluruh dengan semua perkara dikeluarkan.

“Semua orang pun tahu, ramai yang kena tangkap (termasuk) yang ada kad pengenalan pun dikeluarkan (dalam siasatan RCI). Itu menunjukkan ketelusan kerajaan. Satu lagi, kalau dipandang dari segi ini, itu adalah betul-betul janji ditepati kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) berkata dia akan membuat satu RCI yang telus dan dijamin perkara ini akan dibuat dengan cara telus dan baik. Kalau tidak takkanlah semua perkara ini keluar,”  katanya.

“Dan saya sangat bangga dan sukacita dengan perkara itu kerana itu yangkita mahu. Sebab apa, kebenaran pasti wujud sepertimana yang ada. Jadi kita tunggu. Lagi satu, jangan kelam kabbut memikirkan perkara itu. Kerajaan tidak akan membuat satu RCI, kalau kerajaan memang salah takkan kerajaan tangkap sampai 98 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya.

Menurut Abdul Gani mungkin ada kesilapan telah dilakukan sebelum ini dan kesilapan itulah yang ingin disiasat sama ada dilakukan pegawai-pegawai kerajaan, atau kerajaan sendiri ataupun ada unsur penipuan ataupun rasuah seterusnya diselesaikan yang akhirnya menggembirakan semua pihak.

“Dan kesilapan itu kita mesti dibendung, adalah penting bagi negeri ini (Sabah), ini negeri saya. Kita mesti lakukan sesuatu. Jadi janganlah kelam kabut, kita tunggu dan tengok (lihat), biarlah RCI itu buat kerjanya dengan baik,” katanya.


http://merdeka-online.com/home/rci-sabah-kerajaan-sedia-ambil-tindakan-peguam-negara/

Saturday, 19 January 2013

Cerpen Allah ini menhiris jantung kita

CERPEN ALLAH INI MENGHIRIS JANTUNG KITA

RUMAH ALLAH ST. JOSEPH LIM GUAN ENG 20 OKTOBER 2027
Aku berjalan terhenjot-henjot, perlahan-lahan di tepi bahu Jalan Lim Guan Eng Street, ALor Setar. Bangunan pencakar langit melimpah-limpah dari hujung kampung ke hujung kedai, negariku ini benar-benar sudah berubah, di mana hilangnya bangunan tempat aku mengaji dulu, Madrasah Solihiyyah

Apa dah bertukar menjadi Shopping Complex. Ya sungguh cantik Shopping Complex itu kata hatiku "The Guan Eng Shopping Center" Alor Setar.

Di sekolah-sekolah berselang seli dengan sebuah rumah batu seperti gereja tertera papan tanda "Rumah Allah St. Joseph Lim Guan Eng". Hatiku berdebar-debar, semakin kencang, merah pipiku semakin marak. Aku tak tahu aku marah atau panas cuaca.

Tetiba seorang anak kecil berlari-lari anak dan terjatuh tersepak batu di hadapanku.

"Kenapa nak, mari atok tolong bangunkan", aku berusaha membantu.

ANAK TUHAN JESUS KONONNYA MENYELAMATKAN DALAM BUKU CERITA, PERISTIWA 20/10/2027

"Tak apa uncle, saya boleh bangun. Imam (Father) sudah tunggu di rumah Allah(Gereja)".

Aku termangu. Imam! Rumah Allah! Rumah Allah yang mana. Keliru.

Tiba-tiba bunyi loceng yang sangat kuat..ting ting ting ting ting ting ting ting ting ting ting ting ting...13 kali. Angka kesukaan Ortodok kataku. Aku tahu dulu aku belajar di West Ham ramai orang hitam di sana. Bukan Azan, Rumah Allah ada Loceng! Aku semakin keliru dunia baru ini.

Di tepi rumah Allah (gereja) itu, beberapa orang yang memakai baju putih dan hitam, yang wanitanya kelihatan seperti rahib-rahib di West Ham. Mereka menjual buku-buku, dan aku mencuri-curi pandang tajuk-tajuk buku mereka.

Hatiku semakin gamat panas dan membara. antara tajuk-tajuknya, Tuhan-Tuhan Jesus, anak-anak Tuhan Jesus, Bapak-Bapak Tuhan Jesus, Jesus-Allah, Allah, bunyi-bunyian, replika-replika, patung-patung Jesus semuanya bernamakan Allah. 

MP7, MP20, CD, DVD, Thumbdrive semuanya bertemakan Allah. Ada tajuk-tajuk "Yesus Allah", "Allah Our God" dan banyak lagi. Merah mata kemarahanku melihat-lihat semua itu seakan aku mau membakar semuanya.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni dosa-dosa hambaMU ini, mengapa semua ini terjadi ya Allah. Astagfirullah Al Azim.

Kemudian saya menghampiri pondok bas. Di situ dua anak kecil berumur agak-agak 7 atau 8 tahun sedang bercerita. Si Cina bernama Harry Ah Chong di nametagnya, si Melayu bernama Aminah sahaja.

BUKU-BUKU CERITA TUHAN JESUS ALLAH BIBLE STORY

Harry Ah Chong : Minah mana Allah kau?

Aminah : Allah kami tak boleh nampak!

Harry Ah Chong : Teroklah Allah kamu, Allah kami boleh nampak. Ini tengok ne Allah kami boleh terbang, Allah kami boleh selamatkan orang sakit.

Aminah : Wah hebatnya Allah kamu...

Ait mata panasku menitis menjatuhi pipiku. Bagaimana ini boleh terjadi?

Komen Editorial Mymassa : Bersambung tak sanggup kami membacanya lagi....kamu mahu kami teruskan atau setakat ini sahaja?

***Peristiwa di atas berlaku pada  20 OKTOBER 2027 iaitu hari lahir Hj Hadi Awang yang ke 120 tahun.


Credit to http://mymassa.blogspot.com/2013/01/cerpen-allah-ini-menghiris-jantung-kita.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...