Showing posts with label anjing. Show all posts
Showing posts with label anjing. Show all posts

Monday, 25 March 2013

PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PAS Guna "Ops Daulat" Untuk Kutip Dana Parti PAS!!!




Sudah la PAS!!! Pasal derma ‘Wira Lahad Datu’ memang PAS nak kebas!!
Ramai rakyat Malaysia yang prihatin nak menderma sebenarnya dah tertipu dengan taktik jijik PAS yang menerusi kutipan derma untuk Wira Lahad Datu.
      
   Kat sini teman nak ngabor, yang teman dah jumpa beberapa fakta penting mengenai kutipan derma yang dibuat oleh PAS yang bertujuan sebagai derma untuk ‘Wira Lahad Datu’. Teman ambik contoh lain 2 Tabung Derma tu:
      
      Yang Pertama :  
     Tabung Wira Lahad Datu Media Prima, akaun Maybank 5142 7133 9000. Teman rase, TV3 antara yang paling awal promo tabung derma macam ni.

Yang Kedua :
Tabung Kebajikan PDRM, akaun Maybank 5641 0000 4646.
PDRM memang sudah sekian lama guna nombor akaun ni demi untuk kebajikan semua anggota dan warga PDRM. Dah nama pun ‘Tabung Kebajikan’ memang untuk kebajikan lah, derma kilat ke, atau lain-lain yang segera demi kebajikan warga PDRM.

Ini dia, Tabung Derma PAS :
Dinamakan "Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu" , 
akaun Maybank 5640 2540 0414. 

Tabung yang Pas buat ni mula-mula di Harakahdaily cakap pada 1 Mac 2013, ‘akan dilancarkan’.. Waahh...prihatin sungguh nampaknya PAS dalam hal 'kutip derma untuk membantu', cepat bertindak. Sepantas kilauan kilat di langit!!!
Link : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17124-pemuda-pas-lancar-tabung-perajurit-tragedi-lahad-datu
Ok lah, selang beberapa hari, Mr. Eddy Awang pun lancarkan pada 7 Mac 2013.
Dah bukak tabung, mohon pulak RM1 bagi setiap ahli PAS. Kome kali lah sendiri kalau PAS betul-betul dapat kutip RM1 setiap ahli..'Kalau dapat' jer..
Link : http://pemuda.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1050
     
      Apa yang teman jumpa bila menyemak kesemua akaun tersebut menggunakan transaksi online maybank2u.com , amatlah memeranjatkan apabila mendapati Tabung Derma yang PAS buat tu adalah sebenarnya di daftarkan sebagai ‘Parti Islam Semalaysia’. Bukannya macam yang Media Prima Berhad dengan PDRM punya (Tabung yang asli)!!
.

      Lebih memeranjatkan, nombor akaun yang di jaja PAS sebagai Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu, akaun Maybank 5640 2540 0414 ini telah lama digunapakai untuk kutip pelbagai derma. Macai PAS yang buat nak kutip derma adalah Dewan Pemuda PAS Malaysia. Abistu, tabung yang dilancarkan oleh Presiden PAS sendiri tu apekedia nyer???

      Bukti pertama:
 Link : http://www.pemuda.pas.org.my/index.php/component/content/article?id=692
           
       Bukti kedua :
Link : http://pemuda.pas.org.my/index.php/berita-semasa/696-misi-kebajikan-gotong-royong-amal-ke-hulu-langat
      
    Persoalannya : Apakah hukum mintak derma, nak bagi pada orang yang memerlukan tetapi tukang kutip ambik dan salurkan kepada pihak lain?? Sah-sah la tukang kutip tu menipu, tak amanah dan makan rezeki HARAM!! macam ni lah perangai pucuk pimpinan PAS!!!

     Entah ke mane sebenarnya duit-duit yang didermakan oleh penyokong PAS untuk Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu ??  (Buat dana repair treller PAS ke?)

      PAS mempergunakan ‘isu Lahad Datu’ sebagai cara untuk menambahkan jumlah kutipan dana dalam akaun PAS, bukannya untuk disalurkan kepada Perwira Negara yang terkorban serta keluarga mangsa!! 

        PARTI PAS MEMANG PARTI PENIPU RAKYAT!!

* Tolong sebarkan maklumat ini. Mudah-mudahan orang Islam akan tahu sifat penipu PAS.

Friday, 15 March 2013

TAZKIRAH JUMAAT : "ANTARA ANJING DAN KHINZIR"

Keceluparan penyokong pembangkang telah sampai ke tahap memualkan. Pasukan keselamatan dianggap sebagai anjing sedangkan pengorbanan yang dilakukan selama ini di bayar dengan harga yang tinggi.



Memanglah dengan harga yang tinggi kerana meninggalkan keluarga dan 10 antaranya hanya pulang ke kampung halaman dalam keranda, sedangkan sebahagian besar rakyat yang lain mendapat faedah dari keamanan dan mengaut keuntungan dari transaksi perniagaan setiap hari. Tanyalah kepada masyarakat Cina siapa yang sanggup menyertai pasukan keselamatan dan kenapa mereka tidak sanggup menyertainya walaupun berbagai rayuan telah dibuat?

Ketika mereka tertawa riang menuduh anggota tentera sebagai anjing, sedarkah mereka sekurang-kurangnya anjing masih dimuliakan dalam sejarah. Sekumpulan pemuda tertidur di Gua Kahfi turut ditemani seekor anjing. Seorang pelacur dijanjikan tempatnya di syurga hanya kerana kasihan pada seekor anjing yang lapar. Pernahkah anda terfikir keadaan ini?

Tetapi kalangan pembangkang di Malaysia terlupa yang mereka sebenarnya bersifat seperti khinzir yang akan menyondol apa saja untuk mengenyangkan perut sendiri. Sifat buruk ini memang ada persamaan. Demi politik apa saja akan dilakukan. Paling hina bila dalam soal aqidah juga akan dipersoalkan hanya semata-mata untuk mendapat undi.

Ada kalangan blogger pakatan yang mempersoalkan hak asasi manusia dan menggesa pula kerajaan membuktikan tawanan tidak dianiaya. Diambil contoh bloggers >>KLIK SINI<< bolehlah diumpamakan sebagai babi atau lebih manis untuk digelar khinzir belaan PAS yang mungkin setelah dihinggapi kencing manis hingga gagal melihat jelas apa yang berlaku di seluruh dunia.

Adakah dia mengetahui apa yang berlaku di Guantanamo?

Adakah dia mahu pengganas ini dilayan makan minum sedangkan mereka telah mengeluarkan isi perut dan mencungkil mata anggota keselamatan?

Pada hari ini khinzir penganut pembangkang sedia menjulang penjenayah malah pengganas umpama sebagai ‘wira’ tetapi meletakkan ‘wira sebenarnya’ sebagai anjing.

Tetapi Allah SWT menjadikan anjing lebih mulia dari khinzir yang ditolak sama sekali tetapi sifatnya itu kini menjadi ikutan penganut pembangkang di Malaysia.

*Semoga Allah menunujukkan jalan yang benar ke atas mereka itu. AMIN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...