Monday 13 March 2017

PEMBANGKANG BAGITAU....


1. "Pakatun" mahukan kerajaan mengurangkan pencemaran dan menjaga alam sekitar, tapi mereka jugalah yang mahukan harga minyak murah untuk menggalakkan lagi penggunaan kereta.

2. Mereka salahkan kerajaan menaikkan harga minyak RM2.30/liter tapi mereka senyap sunyi bila harga minyak di kurangkan pada tahun 2016 serendah RM 1.60/liter, malah mereka cakap harga minyak turun di sebabkan oleh pasaran global.

3. Mereka menyalak mahukan kerajaan berjimat cermat tapi mereka mahukan kerajaan meneruskan subsidi terhadap barangan supaya mereka boleh seludup ke luar negara.

4. "Pakatun" mahukan kerajaan mengurangkan jumlah penjawat awam tapi bila kerajaan menjalankan dasar berjimat cermat, mereka cakap kerajaan bankrap.

5. "Pakatun" bising apabila kerajaan perkenalkan GST tapi mereka senyap bila kerajaan mengurangkan cukai korporat pada tahun 2008, pengurangan cukai income tax, kecualikan pembayaran income tax bagi yang bergaji RM5000 sebulan, menghapuskan cukai jualan 20 peratus dan menghapuskan cukai perkhidmatan 6 peratus. 

6. "Pakatun" mendakwa sistem mahkamah tak adil, di kawal oleh kerajaan tapi bila mereka menang dalam mahkamah yang sama, mereka cakap mereka tak bersalah dan keadilan berpihak kepada mereka.

7.  Mereka mahukan kerajaan memansuhkan akta hasutan tapi bila ada pemimpin UMNO yang keluarkan kenyataan berunsurkan hasutan, mereka mahukan kerajaan pemimpin tersebut di kenakan di bawah akta hasutan.

8. 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang mahukan Kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah  di gunakan oleh orang bukan Islam, tapi pada tahun 2010, ketua menteri yang sama mengharamkan penggunaan kalimah Allah dan 39 lagi perkataan oleh orang bukan Islam dan akan dijatuhi hukuman yang lebih berat dari Brunei.

9. Bila "Pakatun" minta sokongan untuk sokong PAS sebelum ini, mereka mendakwa adalah untuk menyelamatkan dan mengekalkan kesederhanaan di Malaysia tapi bila BN mempunyai hubungan yang baik dengan PAS, mereka mendakwa BN mahu musnahkan kesederhanaan di Malaysia. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...