Wednesday 5 March 2014

# TIADA LAIN TUHAN SELAIN ALLAH # KALIMAH ALLAH WAJIB PERTAHANKAN

AYUH MUSLIMIN TURUN KE MEDAN JIHAD!
copy paste from mymassa...

Hari ini adalah hari penentuan. Hari yang akan menentukan samada kesucian agama Islam dan kesucian kalimah Allah dapat kita pertahankan atau tidak. Ketepikan soal politik kepartian, ayuh sebagai kaum muslimin wajib kita mempertahankan kalimah Allah dari penyalahgunaan dan penyimpangan yang cuba dilakukan oleh kaum musyrikin.

ketahuilah kaum musyrikin yahudi dan nasrani tidak pernah jemudan putus asa untuk menghancurkan umat Islam sejak zaman Rasulullah s.a. w sehinggalah kita dalam pelbagai bentuk ancaman dan serangan.  

Kita berhadapan dengan dugaan dan cubaan yang getir. namun percayalah jika kita bersatu mempertahankan dan melindungi agama Islam ini, Insya Allah Allah akan memberikan kejayaan buat kita dengan pelbagai cara kemenangan.

Kepada para Hakim, Tuan-tuanlah bertanggungjawab memustukan keputusan. Andaikata Tuan-Tuan khianat sesungguhnya kutukan Allah dan manusia jualah yang akan Tuan-Tuan terima kelak. Sesungguhnya umat Islam akan terus mengenang apa yang telah Tuan-Tuan lakukan terhadap agama Islam ini.

Ayuh kita turun bersatu mempertahankan kesucian kalimah agung ini. Kepada yang tidak dapat hadir teruskan berdoa kepada Allah semoga kita beroleh kemenangan jua akhirnya.

Allah Akhbar...Allah Akhbar....Allah Akhbar!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...