Monday 3 March 2014

Krisis Air Yang Tak Sudah

Post Pic


PETALING JAYA: Perjanjian air yang dimeterai oleh kerajaan Selangor dan Putrajaya adalah berat sebelah, malah mungkin haram kerana ia tidak dibentangkan untuk kelulusan Exco kerajaan negeri terlebih dahulu.

Pengarah Strateginya Rafizi Ramli mendakwa Memorandum Persefahaman (MoU) itu juga akan membawa kepada kenaikan harga air secara mendadak di Selangor.

Kenyataan Rafizi itu menyerlahkan penentangan terbuka PKR terhadap tindakan Khalid menandatangani MoU itu pada Rabu lalu, tanpa memaklumkan Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Rafizi menekankan bahawa kuasa kerajaan negeri adalah di tangan Exco, justeru kelulusan badan itu adalah wajib untuk MoU berkenaan.

“Kuasa urus tadbir negeri adalah terletak pada Exco, jadi kesahihan MoU dipertikaikan kerana ia ditandatangani (oleh Khalid) tanpa dibentangkan kepada Exco,” kata beliau.

Khalid mendakwa PKR dipinggirkan daripada MoU itu kerana bimbang makluman mengenai perjanjian itu di seleweng oleh pihak tertentu untuk agenda peribadi.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin bagaimanapun berkata, kandungan MoU berkenaan sudah dimaklumkan kepada wakil rakyat PKR dan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Ia termasuklah RM9.65 bilion ditawarkan kepada empat syarikat konsesi air untuk kerajaan negeri mengambil alih aset mereka.

Kerajaan negeri juga bersetuju memberikan  kebenaran kepada Putrajaya meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Rafizi mendakwa kandungan MoU hanya mengikat kerajaan negeri untuk memberikan segala kelulusan yang diperlukan oleh Putrajaya untuk pelaksanaan Langat 2.

“Pada masa yang sama, semua tanggungjawab Kerajaan Persekutuan mengenai penstrukturan air hanyalah satu persefahaman yang tidak mengikat di sisi undang-undang," jelas beliau.

Rafizi berkata MoU itu jelas berat sebelah Putrajaya dan “Kerajaan Selangor seolah-olah melepaskan satu-satunya senjata yang ada untuk berdepan dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Projek Langat 2 tanpa mendapat apa-apa komitmen yang mengikat dari Kerajaan Persekutuan".

Beliau juga berkata pengambilahan aset syarikat konsesi akan dilakukan penerbitan bon yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

Selepas pengambilalihan empat syarikat itu, aset-aset air seperti empangan, loji rawatan, sistem paip dan lain-lain akan dipajak  kepada syarikat baru.

Beliau berkata sudah tentu aset berkenaan akan dipajak dengan harga yang bagi menanggung bon-bon yang dijamin Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna tarif air di Selangor dinaikkan untuk menanggung kosnya termasuk bayaran pajakan tahunan kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...