Thursday 7 February 2013

VIDEO NI PADAT!!! ISU KALIMAH - ALLAH GREATER THAN JESUS!!!


TIADA TUHAN DISEMBAH MELAIN ALLAH





Jesus menyembaha Allah..setuju tak? KENAPA KRISTIAN NAK GUNA NAMA ALLAH?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Keterangan/Hujah: 
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
     
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
     
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
     
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
     
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
     
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
     
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
     
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
     
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
     
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
     
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.



Sekarang sudah jelas bagi seluruh umat Islam di Malaysia untuk menilai siapakah dalang di sebalik gamatnya isu kalimah Allah yang hendak digunakan di dalam bible berbahasa Malaysia.

Sehubungan itu, ia juga menyerlahkan sebab mengapa tiba-tiba dalam Muktamar PAS lalu, Dewan Ulama Syura seolah-olah berpaling arah tidak mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Urutan isu ini mudah sekali difahami. Di ambang 25 Disember lalu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu di seluruh negara.
Kononnya gesaan itu ialah untuk menyeragamkan keperluan penyebaran ajaran Kristian di seluruh Malaysia. Ia seolah-olah mahu menghujahkan bahawa jika pengertian siapa Tuhan boleh diseragamkan dalam bahasa Melayu di kalangan Kristian, ia akan mudah meningkatkan kefahaman ajaran Kristian di kalangan penganutnya.
Bagaimanapun apabila diasak oleh gerakan bukan kerajaan, ulama dan umat Islam, Guan Eng membuat pusingan-U dengan mengatakan bahawa gesaannya itu ialah untuk dilaksanakan di Sabah dan Sarawak sahaja.
Pembetulan itu dibuat oleh Setiausaha Politiknya yang kini menjadi anak emas DAP Zairil Khir, anak bekas menteri UMNO, Allahyarham Khir Johari.
Rahmat di sebalik gesaan Guan Eng
Rakyat tahu itu hanya helah menyelamatkan diri bagi Guan Eng. Namun rahmat di sebalik ujian Guan Eng ialah ia menyerlah siapa harus dipertanggungjawabkan memainkan isu sensitif ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyungguhkan supaya mesyuarat khas Majlis Presiden Pakatan Rakyat dipanggil.
Presiden PAS diberi mandat untuk menerangkan pendirian Pakatan Rakyat bahawasanya menurut konsensus 2010, penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, PKR pula mentafsirkan ia sebagai lesen untuk digunakan dalam bible!
Semangat “syura bainahum”
Dewan Syura Ulama nampaknya mahu menggigit isu kalimah Allah dengan gerahamnya hingga ia berjaya membentangkan kebenaran kepada umat.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempengerusikan mesyuarat Dewan dengan semangat “syura bainahum” (bermesyuarat di kalangan kamu) dan pasrah bahawa sesiapa sahaja boleh berinteraksi menggunakan istilah Allah namun ia tidak boleh diabadikan dalam bible. Ini kerana pengertian Tuhan dalam bible ialah “tuhan itu ada tiga unsur” walhal dalam Islam Allah itu Esa.
Lantas keberangkalian makna istilah Allah itu terpesong atau memesongkan pasti akan lebih kuat menimpa umat Islam daripada penganut Kristian. Jika orang Kristian tergelincir daripada landasan trinity – Tuhan itu Tiga – itu adalah satu rahmah bagi diri dan keluarganya.
Bagaimanapun besarlah malapetaka bagi seseorang Muslim jika dipengaruhi pengertian Allah dalam bible bahawasanya “Tuhan itu tiga”. Segala mudarat wajib dielakkan. PAS mesti tegas dengan uslub ini.
Adakah PAS mempunyai iltizam dan keberanian politik?
Namun isunya sekarang ialah adakah PAS mempunyai iltizam dan keberanian politik untuk menunjukkan kepada kepemimpinan beragama Islam di dalam PKR seperti Anwar Ibrahim, anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden, Datuk Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) dan Dr Mohd Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR) bahawa ketetapan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat hampir tiga tahun lalu akan membahayakan akidah umat?
Bagaimanapun apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan bahawa PKR menolak pendirian ulama PAS dengan alasan bahawa Dewan ulama hanya sebahagian kecil daripada organisasi PAS maka keputusannya berhubung isu kalimah Allah tidak perlu dipertimbangkan pemakaiannya, maka tanggungjawab memperbetulkan keadaan kini terletak di bahu dua orang pemimpin PAS sahaja.
Yang pertama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau perlu dengan tegas dan jelas menyatakan bahawa partinya tidak lagi menyokong pendirian Pakatan Rakyat 2010.
Kedua ialah Mursyidul Am PAS yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Syura Ulama Ahad lalu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebagai pengerusi beliau wajib memperjelaskan kepada setiap lapisan ahli PAS bahawa PAS tidak akan mengizinkan kalimah Allah digunakan dalam bible.
Tanggungjawab PAS perjelas isu kalimah Allah
Ini adalah satu kewajipan untuk menghindarkan krisis aqidah di kalangan umat, Ia adalah jihad. Lari daripada tanggungjawab ini berdosa dan boleh rosak iman!
Ketetapan Dewan Syura Ulama perlu dihujahkan dengan jelas. Bahawasanya, bahasa asal kitab Injil (kemudian jadi bible) adalah bahasa Greek atau Latin. Dalam kedua-dua bahasa itu tidak ada istilah Allah. Jadi mengapa di Malaysia orang Kristian mahu menuntut penggunaannya dalam bible?
Isunya sekarang bukan kerajaan cuba menginjak hak orang Kristian tidak boleh guna perkataan Allah dalam bible. Ini kerana ia tidak pernah menjadi hak penganut Kristian di mana-mana dan bila-bila jua.
Motif PKR memang jelas politik
Motif PKR memang jelas politik. Ia mahu menguja pengundi Sabah dan Sarawak yang ramai beragama Kristian untuk merasakan bahawa kejayaan penggunaan nama Allah adalah satu kemenangan simbolik bahawa cengkaman Umno dalam Barisan Nasional terhadap mereka dapat dileraikan.
BN mahu terus dikotakkan sebagai musuh pribumi Sabah dan Sarawak dan paling utamanya ia adalah musuh Kristian!
Anwar dan Mohd Nur Manuty adalah bekas Presiden ABIM (Angkatan Belia Malaysia). Kini Abim pun sudah berpecah kerana generasi da’ie baru dalam Angkatan itu lebih berilmu dan mengerti mengapa mudarat sebesar kerosakan akidah perlu dihindarkan.
Sejak menyertai Umno pada 1981, Anwar tidak pernah menoleh ke belakang dan menghargai idealisme perjuangan ABIM. Semasa dalam kerajaan ramai kawan-kawan ABIM ditinggalkannya. Saban hari beliau sibuk bertarung dengan politik dalaman UMNO hingga menjadi Timbalan Presiden.
Kini Anwar sudah terkucil daripada perjuangan UMNO. Maka obsesinya sekarang ialah cuba mentelanjangkan kelemahan dan kerapuhan perjuangan UMNO. Anwar nampaknya bersedia menggunakan apa jua isu termasuk agama.
PAS kini harus insaf bahawa asas perjuangannya ialah membawa khabar gembira melalui Islam dan berpesan supaya umat insaf betapa besarnya amarah Allah jika sesiapa juga mensyirikkan Allah. Allahu Ahad!
Sebagai satu gerakan PAS perlu memusatkan kekuatan umat menghadapi cabaran memelihara akidah ini. InsyaAllah perjuangan PAS akan dirahmati Ilahi. Sudah tentu ini lebih luhur dan tulus daripada didorong oleh nafsu mahu berkuasa dan sibuk mengkafirkan orang lain. Ini perjuangan mulia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...