Thursday, 28 February 2013

Video!! Anwar nyanyi Anak Kecil Main Api Depan Kapir

video



Dulunya pasti semua umat Melayu tak kira ideologi politik akan menyanyikan lagu ini.  Lagu yang meruntum perasaan ; lagu yang menaikkan semangat bangsa ; lagu yang menyatupadukan kita sesama melayu. Besor percaya ada antara kita akan menitiskan air mata menghayati lirik lagu ini terutamanya pada rangkap " Air Mata Darah Bercampur Keringat, Bumi Dipijak Milik Orang ".

Dari satu sudut lagu ini menunjukkan betapa dominannya kaum Bumiputera di negara Malaysia dan diikuti dengan kaum-kaum lain yang bebas melata di Malaysia.  Besor melihat bahawa lagu ini adalah lagu sejagat, lagu untuk semua bangsa..yang mana bangsa Melayu mewakili bangsa lain di Malaysia.  Tidak ada niat lain yang cuba diselindungi oleh pencipta lagu ini. 
Namun, ianya telah dirosakkan oleh seorang Melayu yang dulunya seorang Menteri menjaga hal ehwal bangsa Melayu menghasut kaum lain untuk menghukum akan lagu ini yang dianggap menidakkan kaum lain khususnya kaum Cina.
Wujud salah faham dikalangan orang Cina terhadap lagu ni..dan memang menyakitkan hati bila melihat seorang Melayu cuba menjatuhkan air muka orang melayu dihadapan Cina...fikir-fikirlah..
Semoga beri manfaat.




Lirik Lagu : WARISAN
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya-Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Di Antara Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Peribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang 

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Maha Perkasa
Janganlan Terlalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

Melayu Kan Gagah Di Nusantara
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...