"Sesungguhnya banyak jaringan
keselamatan yang disediakan oleh sektor korporat dan Kerajaan akan
lenyap disebabkan persaingan global dalam dunia yang rata, tetapi
sebahagian daripada bentuk perlindungan seperti itu masih perlu untuk
dikekalkan, malah diperbanyakkan. Seseorang yang mementingkan kesihatan
akan mengetahui bahawa, terdapatnya "lemak yang menyihatkan" dan "lemak yang membahayakan" - namun setiap orang pasti memerlukan sejumlah lemak. Begitu jugalah halnya dengan sesetengah negara dalam dunia yang rata. Keselamatan Sosial adalah "lemak yang menyihatkan". Kita perlu menyimpannya. Sistem kebajikan yang tidak menggalakkan orang ramai bekerja adalah "lemak yang membahayakan".
-Terjemahan dari Buku The World Is Flat karya Thomas L. Friedman
Apabila Bawani mula diangkat sebagai wira kerana memperjuangkan PENDIDIKAN TINGGI (YURAN UNIVERSITI) PERCUMA, MyMassa ingin bertanya kepada para penyokong Bawani dan pembangkang:
ADAKAH PENDIDIKAN TINGGI PERCUMA ADALAH LEMAK YANG MENYIHATKAN ATAU LEMAK YANG MEMBAHAYAKAN?
Bagi MyMassa, sistem pendidikan tinggi di Malaysia adalah LEMAK YANG MENYIHATKAN. Pendidikan Tinggi memang percuma jika anda mendapat kelas pertama. Pinjaman PTPTN akan ditukarkan kepada biasiswa.
Tetapi jika sistem pendidikan tinggi percuma tanpa mahasiswa perlu berusaha, yang gagal pun tak perlu membayar yuran, tidakkah ianya menjadi LEMAK YANG MEMBAHAYAKAN?
Baca seterusnya di sini : http://mymassa.blogspot.com/2013/01/lemak-yang-menyihatkan-listen.html
*Besor Sebelah kate : Pembangkang yang dah naik lemak sekrang ni.
No comments:
Post a Comment