Monday, 17 April 2017
MALAYSIA BERGANTUNG KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI DAN BUKANNYA RIZAB UNTUK HADAPI CABARAN PENINGKATAN NILAI MATAWANG USD
Tahun 2015 dan 2016
telah menyaksikan bahawa matawang Dollar Amerika Syarikat mengukuh berbanding
emas dan matawang-matawang dunia. Terdapat banyak sebab mengapa matawang
berkenaan mengukuh tetapi tiga sebab utama adalah:
• pengukuhan ekonomi
Amerika Syarikat
• pengimbangan
dagangan import dan eksport
• peningkatan kadar
faedah bon U.S Treasury berbanding bon Perbendaharan negara-negara lain
Matawang-matawang
negara ASEAN turut terkesan akibat pengukuhan matawang Dollar berkenaan
termasuk matawang Ringgit. Tetapi para ‘pakar ekonomi’ di Pakatan Harapan
dengan segeranya mengambil peluang atas faktor ekonomi berkenaan untuk menuduh
bahawa matawang Ringgit jatuh disebabkan skandal 1MDB walaupun sedar bahawa
tindakan mereka adalah satu sabotaj kepada negara. Apabila pembangkang menjaja
isu 1MDB, sedikit sebanyak sentiment pelabur turut terkesan.
Apabila dijelaskan
bahawa fenomena pengukuhan Dollar mempengaruhi semua matawang di ASEAN termasuk
Indonesia, para ‘pakar ekonomi’ berkenaan menjadikan Singapura dan Brunei
sebagai contoh di mana matawang kedua-dua negara berkenaan kurang merosot
berbanding Malaysia dan Indonesia. Mereka menyimpulkan bahawa Singapura dan
Brunei kurang terkesan kerana tiada skandal seperti di Malaysia dan
Indonesia.
Sebenarnya kesimpulan
berkenaan adalah salah. Namun, memandangkan mereka sengaja memutarbelitkan
fakta berkaitan kemerosotan ringgit disebabkan faktor ekonomi bagi memenuhi
agenda politik mereka, perkara berkenaan boleh dijangkakan.
Sebenarnya, seperti
Ringgit, Dollar Singapura dan Dollar Brunei yang ditambatkan kepada Dollar
Singapura turut merosot. Namun, Kerajaan Singapura dan Brunei menggunakan
banyak rizab negara mereka untuk menstabilkan matawang mereka.
Bagaimana rizab negara
digunakan untuk menstabilkan matawang?
Rizab negara boleh
digunakan untuk menjual beli instrumen kewangan seperti bon Perbendaharaan
Malaysia dan matawang Ringgit, kedua-duanya diniagakan di pasaran matawang
antarabangsa. Pembelian tersebut akan menyebabkan bekalan kedua-duanya
berkurangan di dalam pasaran tersebut dan membantu menaikkan permintaan.
Peningkatan permintaan tetapi bekalan yang berkurangan membantu menaikkan nilai
matawang ringgit.
Namun, untuk berbuat
demikian, Malaysia perlu menggunakan rizabnya. Perlu dinyatakan bahawa Bank Negara
Malaysia, seperti bank-bank negara ASEAN yang lain, turut menggunakan kaedah
ini tetapi sampai peringkat yang dilakukan oleh Singapura dan Brunei. Lagipun,
Perdana Menteri sedar bahawa langkah mengawal matawang tanpa disokong oleh asas
ekonomi yang kukuh adalah satu tindakan yang terbalik. Oleh itu, beliau memberi
fokus kepada meningkatkan kadar ekonomi dengan harapan peningkatan ekonomi akan
mensejahterakan rakyat dan pada masa yang sama meningkatkan matawang Ringgit.
Dapat dilihat, langkah
berhati-hati Najib memberikan kesan positif terhadap Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) Malaysia. KDNK Malaysia pada tahun 2016 berbanding negara-negara
Asia adalah seperti berikut:
• Malaysia :
+4.50%
• Brunei :
-3.60%
• Indonesia : +4.94%
• Singapura : +2.90%
• Vietnam : +5.10%
• Thailand : +3.00%
• China : +6.80%
• Jepun : +1.60%
• Korea Selatan :
+2.40%
Dapat dilihat bahawa
KDNK yang melambangkan kesejahteraan ekonomi Malaysia telah meningkatkan lebih
tinggi berbanding kebanyakan negara-negara ASEAN walaupun terdapat gerakan
aktif oleh Pakatan Harapan bagi mensabotaj ekonomi negara dengan menggunakan
1MDB sebagai mangsa serangan mereka.
Apa yang pasti, nasib
baik ekonomi Malaysia tidak dipertanggungjawabkan kepada mereka di Pakatan
Harapan. Membiarkan mereka mengendalikan ekonomi negara adalah seperti sama
seperti kata pepatah, “tikus membaiki labu”. Bukan semakin baik ekonomi
Malaysia, bahkan semakin rosak jadinya kelak.
Seks Bawah Umur vs Perkahwinan Remaja
```Apa sudah jadi?```
*Seks Bawah Umur vs
Perkahwinan Remaja*
"Ahli Parlimen
Kulai (DAP), Teo Nie Ching mencadangkan “sweetheart defence”, perbuatan seks
yang dilakukan dengan persetujuan gadis bawah umur tanpa berkahwin oleh
pasangan bawah umur tidak dikenakan tindakan undang-unda
Sebenarnya, isu
kebenaran perkahwinan ini merujuk kepada "statutory rape", iaitu hubungan
seks yang dilakukan dengan persetujuan bersama (dibawah umur), dan bukanlah
rogol (paksaan) seperti yang diketahui umum.
Sebelum kita
berbincang lebih lanjut mengenai keberdayaan bagi seseorang yang berkahwin di
bawah umur, kita perlu tahu bahawa fenomena ini bukanlah sesuatu yang unik
kepada Malaysia. Sebanyak 248,000 perkahwinan kanak-kanak dianggarkan berlaku
antara tahun 2000 dan 2010 di Amerika Syarikat.
Negara Amerika
Syarikat hanya diambil sebagai contoh untuk menunjukkan bahawa perkahwinan
kanak-kanak berlaku dan wujud di seluruh dunia.
Azmin Ali - Skandal SPLASH, YAWAS Dan SMUE
Menteri Besar
Selangor, Azmin Ali kini nampak benar sedang terperangkap dalam himpitan
skandal yang dibiarkan lapuk tidak dijawab sedangkan persoalan dan kontroversi
melibatkannya semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Taktik berdiam diri
Azmin akan membuat isu isu ini menjadi nanah dan akhirnya akan meletus juga.
Sampai bila mahu lindung skandal ini dari pengetahuan rakyat?
Pada November 2016,
Azmin mula terpalit kontroversi melibatkan Syarikat Pengeluar Air Selangor
(SPLASH) apabila ia dibayar RM2.975 bilion, sedangkan Kerajaan Negeri Selangor
tidak pernah menawarkan jumlah bayaran sebanyak itu.
Azmin mendakwa
kerajaan negeri ada menawarkan sejumlah wang berkenaan kepada SPLASH. Namun
bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim menidakkan dakwaan Azmin itu.
Khalid mendakwa Azmin
hanya mahu mengalihkan topik perbincangan menghalalkan pentadbirannya membayar
sebanyak RM2.7 bilion kepada SPLASH.
Ia adalah 10 kali
ganda lebih tinggi daripada tawaran asal iaitu RM250.6 juta. Mengapa Rafizi
tidak mahu tanya soal duit SPLASH ini?
“Kami tidak pernah
bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9 bilion untuk ekuiti Splash
seperti yang didakwa oleh Azmin," kata Abdul Khalid.
Selain isu SPLASH,
Azmin terpalit pula dengan kontroversi skandal wang Yayasan Warisan Anak
Selangor (YAWAS). Azmin dituntut memberikan penjelasan yang masih tidak
dibuat sehinggalah hari ini.
Ia berlaku apabila
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu melantik Kamsani Nasir
sebagai Pengurus Besar YAWAS padahal Kamsani berstatus muflis dan
bankrap.
Dikatakan pelantikan
beliau adalah untuk melarikan wang YAWAS sebanyak RM500 juta setahun seperti
mana projek di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diserap kepada anak
syarikat GLC di bawah Kerajaan Negeri Selangor seperti PKNS (Rumah, Kad
Kesihatan), KDEB (Air dan pelupusan sampah), dan YAWAS (Tabung, SMUE, tadika,
kesihatan wanita).
Apabila menggunakan
GLC dan Yayasan ia hanya perlu kuasa MB Selangor.
Bagaimanapun, melantik
individu yang muflis adalah satu kesalahan besar yang mesti dipersoalkan. Bagi
Azmin siapa sahaja boleh dilantik ke jawatan itu asalkan mahu menurut kata dan
taat kepada Menteri Besar. Boleh jadi begitu?
Skandal YAWAS turut
berkait dengan skandal Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang juga dikendalikan oleh
Kerajaan Negeri Selangor.
Seseorang individu
yang muflis tidak boleh dilantik dari menjalankan mana-mana perniagaan atau
menjadi seorang Pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana
syarikat kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
Kamsani sudah
diisytiharkan muflis sejak 2008.
Kemudian muncul pula
kes skandal SMUE yang merupakan program khusus untuk rakyat Selangor atau
mereka yang bermastautin 15 tahun ke atas di negeri Selangor serta berusia 60
tahun ke atas iaitu yang lahir sebelum 1 Februari 1974.
Ia berupa sumbangan
Khairat Kematian berjumlah RM2,500 kepada rakyat negeri Selangor.
Bagaimanapun yang
menjadi pelik ialah ia dikendalikan dan diuruskan oleh kawasan Parlimen di luar
Selangor iaitu di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Antaranya dikendalikan
oleh Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw (DAP), Ahli Parlimen Batu Tian Chua
(PKR), Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) dan Ahli Parlimen
Seputeh, Teresa Kok (DAP).
Banyak skandal masih
belum dijawab oleh Azmin dan semua pihak sudah terlalu lama menunggu penjelasan
diberikan oleh beliau tapi beliau sendiri berdendam apabila mahu menuntut
semula bayaran pampasan RM2.7 juta yang diberikan kepada bekas kakitangan
Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor.
Mahkamah Tinggi pada
Khamis lepas memutuskan bayaran berkenaan adalah sah.
Hakim Datuk Wan Ahmad
Farid Wan Salleh mendapati bayaran itu dibuat mengikut peraturan berdasarkan
Enakmen MBI 1994.
Sehubungan itu,
mahkamah menolak tuntutan MBI, anak syarikat kerajaan Selangor yang difailkan pada
11 Mei 2015, meminta tujuh bekas kakitangan itu memulangkan kembali pampasan
RM2.7 juta yang dibayar menerusi Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2014.
Azmin Ali kini
bergelumang dengan skandal ini. Azmin pilih jalan diamkan diri, tidak jawab.
Sama macam isu tanah Wetlands, DEIG dan kos pintu gerbang Selangor.
RM2.7 billion duit
SPLASH bukannya jumlah yang kecil. RM500 setahun duit SMUE juga besar nilainya.
Memang tepatlah bila ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nazari semalam meminta agar
siasatan SPRM terhadap Azmin dibuka semula.
Ini bukan kali pertama
Azmi buat diam pasal kes dan skandal, sejak 1995 lagi bila Azmin memiliki
kekayaan yang luar biasa, Azmin memilih untuk buat diam sampailah
sekarang.
Mungkin kajian oleh
Zaaba Institute Leadership (ZIL) bahawa Azmin akan kalah di tangan PAS dan
hilang kerusi MB ada logiknya. Punca utama Azmin akan kalah adalah kerana
skandal dan isu isu tertunggak yang didiamkan ini.
Tulisan :
Beruang Biru
BB361, Selasa
4 April 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)




