Monday 17 April 2017

MALAYSIA BERGANTUNG KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI DAN BUKANNYA RIZAB UNTUK HADAPI CABARAN PENINGKATAN NILAI MATAWANG USD


Tahun 2015 dan 2016 telah menyaksikan bahawa matawang Dollar Amerika Syarikat mengukuh berbanding emas dan matawang-matawang dunia. Terdapat banyak sebab mengapa matawang berkenaan mengukuh tetapi tiga sebab utama adalah:
• pengukuhan ekonomi Amerika Syarikat
• pengimbangan dagangan import dan eksport
• peningkatan kadar faedah bon U.S Treasury berbanding bon Perbendaharan negara-negara lain

Matawang-matawang negara ASEAN turut terkesan akibat pengukuhan matawang Dollar berkenaan termasuk matawang Ringgit. Tetapi para ‘pakar ekonomi’ di Pakatan Harapan dengan segeranya mengambil peluang atas faktor ekonomi berkenaan untuk menuduh bahawa matawang Ringgit jatuh disebabkan skandal 1MDB walaupun sedar bahawa tindakan mereka adalah satu sabotaj kepada negara. Apabila pembangkang menjaja isu 1MDB, sedikit sebanyak sentiment pelabur turut terkesan.

Apabila dijelaskan bahawa fenomena pengukuhan Dollar mempengaruhi semua matawang di ASEAN termasuk Indonesia, para ‘pakar ekonomi’ berkenaan menjadikan Singapura dan Brunei sebagai contoh di mana matawang kedua-dua negara berkenaan kurang merosot berbanding Malaysia dan Indonesia. Mereka menyimpulkan bahawa Singapura dan Brunei kurang terkesan kerana tiada skandal seperti di Malaysia dan Indonesia. 

Sebenarnya kesimpulan berkenaan adalah salah. Namun, memandangkan mereka sengaja memutarbelitkan fakta berkaitan kemerosotan ringgit disebabkan faktor ekonomi bagi memenuhi agenda politik mereka, perkara berkenaan boleh dijangkakan. 

Sebenarnya, seperti Ringgit, Dollar Singapura dan Dollar Brunei yang ditambatkan kepada Dollar Singapura turut merosot. Namun, Kerajaan Singapura dan Brunei menggunakan banyak rizab negara mereka untuk menstabilkan matawang mereka.

Bagaimana rizab negara digunakan untuk menstabilkan matawang?

Rizab negara boleh digunakan untuk menjual beli instrumen kewangan seperti bon Perbendaharaan Malaysia dan matawang Ringgit, kedua-duanya diniagakan di pasaran matawang antarabangsa. Pembelian tersebut akan menyebabkan bekalan kedua-duanya berkurangan di dalam pasaran tersebut dan membantu menaikkan permintaan. Peningkatan permintaan tetapi bekalan yang berkurangan membantu menaikkan nilai matawang ringgit.

Namun, untuk berbuat demikian, Malaysia perlu menggunakan rizabnya. Perlu dinyatakan bahawa Bank Negara Malaysia, seperti bank-bank negara ASEAN yang lain, turut menggunakan kaedah ini tetapi sampai peringkat yang dilakukan oleh Singapura dan Brunei. Lagipun, Perdana Menteri sedar bahawa langkah mengawal matawang tanpa disokong oleh asas ekonomi yang kukuh adalah satu tindakan yang terbalik. Oleh itu, beliau memberi fokus kepada meningkatkan kadar ekonomi dengan harapan peningkatan ekonomi akan mensejahterakan rakyat dan pada masa yang sama meningkatkan matawang Ringgit.

Dapat dilihat, langkah berhati-hati Najib memberikan kesan positif terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. KDNK Malaysia pada tahun 2016 berbanding negara-negara Asia adalah seperti berikut:
• Malaysia :  +4.50%
• Brunei :  -3.60% 
• Indonesia : +4.94%
• Singapura : +2.90%
• Vietnam : +5.10%
• Thailand : +3.00%
• China : +6.80%
• Jepun : +1.60%
• Korea Selatan : +2.40%

Dapat dilihat bahawa KDNK yang melambangkan kesejahteraan ekonomi Malaysia telah meningkatkan lebih tinggi berbanding kebanyakan negara-negara ASEAN walaupun terdapat gerakan aktif oleh Pakatan Harapan bagi mensabotaj ekonomi negara dengan menggunakan 1MDB sebagai mangsa serangan mereka.

Apa yang pasti, nasib baik ekonomi Malaysia tidak dipertanggungjawabkan kepada mereka di Pakatan Harapan. Membiarkan mereka mengendalikan ekonomi negara adalah seperti sama seperti kata pepatah, “tikus membaiki labu”. Bukan semakin baik ekonomi Malaysia, bahkan semakin rosak jadinya kelak.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...