Monday, 13 March 2017
PEMBANGKANG BAGITAU....
1. "Pakatun" mahukan kerajaan mengurangkan
pencemaran dan menjaga alam sekitar, tapi mereka jugalah yang mahukan harga
minyak murah untuk menggalakkan lagi penggunaan kereta.
2. Mereka salahkan kerajaan menaikkan harga minyak
RM2.30/liter tapi mereka senyap sunyi bila harga minyak di kurangkan pada tahun
2016 serendah RM 1.60/liter, malah mereka cakap harga minyak turun di sebabkan
oleh pasaran global.
3. Mereka menyalak mahukan kerajaan berjimat
cermat tapi mereka mahukan kerajaan meneruskan subsidi terhadap barangan supaya
mereka boleh seludup ke luar negara.
4. "Pakatun" mahukan kerajaan mengurangkan jumlah
penjawat awam tapi bila kerajaan menjalankan dasar berjimat cermat, mereka
cakap kerajaan bankrap.
5. "Pakatun" bising apabila kerajaan perkenalkan GST
tapi mereka senyap bila kerajaan mengurangkan cukai korporat pada tahun 2008,
pengurangan cukai income tax, kecualikan pembayaran income tax bagi yang
bergaji RM5000 sebulan, menghapuskan cukai jualan 20 peratus dan menghapuskan
cukai perkhidmatan 6 peratus.
6. "Pakatun" mendakwa sistem mahkamah tak adil, di
kawal oleh kerajaan tapi bila mereka menang dalam mahkamah yang sama, mereka
cakap mereka tak bersalah dan keadilan berpihak kepada mereka.
7. Mereka mahukan kerajaan memansuhkan akta
hasutan tapi bila ada pemimpin UMNO yang keluarkan kenyataan berunsurkan
hasutan, mereka mahukan kerajaan pemimpin tersebut di kenakan di bawah akta
hasutan.
8. 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang mahukan
Kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah di gunakan oleh
orang bukan Islam, tapi pada tahun 2010, ketua menteri yang sama mengharamkan
penggunaan kalimah Allah dan 39 lagi perkataan oleh orang bukan Islam dan akan
dijatuhi hukuman yang lebih berat dari Brunei.
9. Bila "Pakatun" minta sokongan untuk sokong PAS
sebelum ini, mereka mendakwa adalah untuk menyelamatkan dan mengekalkan
kesederhanaan di Malaysia tapi bila BN mempunyai hubungan yang baik dengan PAS,
mereka mendakwa BN mahu musnahkan kesederhanaan di Malaysia.
Friday, 10 March 2017
BR1M: Kerajaan Mahu Bantu Rakyat Yang Memerlukan Bukan Yang Malas
- BR1M adalah polisi bantuan menangani kos sara hidup yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.
- Negara kita telah beberapa kali mengalami masalah inflasi pada zaman Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Najib Razak.
- Hanya Najib Razak memperkenalkan skim bantuan ini bagi membantu golongan sasar iaitu keluarga yang berpendapatan bawah RM 4,000.00.
- Pemberian BR1M bukan "sedekah politik" tetapi satu penyusunan sosial rakyat yang berteraskan wang kerajaan.
- Justeru pemberian BR1M harus mematuhi garis panduan dan prosedur supaya ia mencapai golongan sasar. Ia tidak boleh dilakukan secara mudah atau sambil lewa atas alasan tidak mahu menyusahkan rakyat.
- Jika anda benar-benar memerlukan bantuan ini maka ikutlah peraturan dan kehendak yang telah ditetapkan.
- Sejak awal BR1M, pemohon BR1M perlu mendaftar dan mengisytiharkan pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). LHDN ialah pihak yang layak menentukan jumlah pendapatan anda dan sama ada anda layak menerima BR1M.
- Jika anda atau pasangan anda mendaftar syarikat dengan SSM dan tidak menghantar penyata kewangan, maka LHDN tidak dapat mengesahkan pendapatan anda. Jadi permohonan anda tidak boleh diproses atau terpaksa ditolak
- Jadi jika tiada perniagaan dan tidak mahu menyediakan laporan penyata kewangan anda, tutup sahajalah perniagaan tersebut.
- Tidak perlulah maki-maki kerajaan kononnya tidak prihatin kepada orang miskin. Jika anda boleh daftar syarikat di SSM, mengapa anda tidak boleh laporkan kewangan anda kepada SSM seperti mana syarat dalam penubuhan syarikat.
- Paling tidak, apakah anda boleh daftar syarikat tetapi tidak boleh berusaha menutupnya?
- Ia bukan soal menyusahkan sesiapa. Tapi jika kita mahu bantuan kenalah ada usaha sedikit.
- Orang buta pun sanggup jalan jual tisu, ramai pula yang buka syarikat maki-maki kerajaan kerana mereka tidak mahu usaha sikit memenuhi prosedur untuk bantuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

