Anwar belum puas hati senarai calon
Anwar ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Rakyat di Ipoh pada 23 Jun 2012
Anwar Ibrahim tidak akan bertolak
ansur mengenai kelayakan pimpinan PKR yang akan bertanding terutama
untuk barisan pemuda dan wanita. Kelayakan seseorang calon merupakan faktor utama yang akan
memastikan kemenangan parti itu dengan memantapkan kewibawaan
calon-calon yang dipilih.
Bagaimanapun, senarai pimpinan wanita dan pemuda yang dikemukakan
setakat ini
masih tidak mencapai sasaran seperti yang dijanjikannya
sebelum ini.
“Senarai setakat ini menunjukkan kuota pemilihan calon pemuda tidak
sampai 10 peratus dan begitu juga dengan wanita. Kita telah menjanjikan
sebelum ini kuota wanita adalah 30 peratus.
“Tidak adil mengetepikan anak-anak muda dengan hanya menempatkan calon
lama sahaja. Suara anak muda inilah yang akan mewakili semua kaum kerana
parti kita didominasi golongan muda berbanding parti lain,” katanya.
Beliau berucap demikian ketika me-rasmikan penutupan Konvensyen
Keadilan Perak dengan tema Memacu Keadilan dan Kedaulatan Rakyat di
Dewan Chin Woo pada 23 Jun 2012
Anwar telah mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
sekiranya dibuat pada Julai ini.
“Kita tidak menolak pilihan raya ini akan diadakan seminggu sebelum
Ramadan. Sekiranya ia tidak berlaku, ia suatu bonus kepada kita kerana
kita telah bersedia.
“Jangan terkejut sekiranya Sabah akan memberi kejutan pada pilihan raya
nanti dengan menempelak kekuatan Umno dan BN di negeri itu,” katanya.
Katanya, pimpinan PKR harus mengambil peluang meletakkan calon yang
setia kepada parti selain mempunyai integriti dan berwibawa dalam
kepimpinan.
TAK HABIS HABIS NAK MESONGKAN KEPADA HOTAK PENYONGKONG KONGKEK KUAT DEPA NIE..SAMPAI BILA ANWAR NAK KELENTONG HANYA DIA YANG TAU..YANG PASTI PENGIKUT KONGKEKUAT DEPA AKAN TERUS MENYANJUNG TINGGI PEMIMPIN BERKATA BOHONG INI..