USAHA SABOTAJ NEGARA, KERAJAAN PERLU AMBIL TINDAKAN SEGERA
1. Semalam, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib mendedahkan bahawa terdapat beberapa rakyat Malaysia
yang tidak bertanggungjawab cuba memberi maklumat palsu kepada syarikat minyak
Saudi Aramco supaya mereka tidak melabur hampir RM 31 billion dalam projek
Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) di Pengerang,
Johor.
2. Malah, ini bukan
pertama kali usaha sabotaj sebegini telah dilakukan oleh rakyat Malaysia
terhadap ekonomi negara kita. Pemimpin-pemimpin DAP juga antara yang paling
aktif mensabotaj ekonomi negara dengan menghantar wakil-wakil mereka ke luar
negara untuk memburukkan imej negara dan kerajaan. Cubaan ini adalah untuk
menggagalkan usaha kerajaan menarik pelaburan asing ke negara ini.
3. Contohnya, pada 18
Julai 2013 yang lalu, pemimpin DAP dari Johor terutamanya ADUN Mengkibol Tan
Hong Pin; ADUN Tangkak Ee Chin Li; ADUN Bentayan Chua Wee Beng dan Pemimpin PAS
Mazlan Aliman telah pergi ke Taiwan untuk memprotes penyertaan syarikat GLC
Taiwan Kuokuang Petrochemical Technology Company (KPTC) dari melabur dalam
projek RAPID. Akibatnya, sebulan selepas protes diadakan di Taiwan oleh
wakil-wakil DAP ini, KPTC pun telah menarik diri dari melabur di RAPID atas
sebab-sebab tertentu.
4. Malah, pemimpin DAP
juga antara yang sangat konsisten memburukkan imej negara di luar. Lim Guan Eng
umpanya, pernah memburukkan imej negara di Hong Kong apabila beliau
menjangkakan Malaysia tidak akan mencapai sasaran KDNK antara 4.5% – 5% yang
disasarkan kerajaan. Ini sekaligus memberikan imej kepada pelabur Hong Kong
bahawa kerajaan Malaysia tidak mampu mentadbir ekonomi dengan baik dan
menjadikan negara kita kurang menarik bagi pelabur-pelabur negara asing untuk
melabur.
5. Selain cuba untuk
sabotaj projek RAPID, pihak pembangkang juga pada suatu ketika dahulu telah cuba
mensabotaj projek LYNAS di Kuantan, Pahang. Mereka telah turun berdemonstrasi
di hadapan pejabat pesuruhjaya tinggi Australia di Kuala Lumpur dan juga telah
melakukan beberapa demonstrasi di hadapan kilang Lynas di Gebeng.
6. Malah Ahli Parlimen
Kuantan dari PKR, Fuziah Salleh juga antara yang kuat membantah pembangunan
Lynas dan menggunakan isu Lynas sebagai modal politik kempen PRU beliau. Namun
sekarang, isu LYNAS ini sudah tiba-tiba diam dan bukan lagi satu isu. Ini
membuktikan segala kenyataan terhadap LYNAS yang dikeluarkan oleh pihak
pembangkang merupakan satu fitnah dan penipuan semata-mata untuk membangkitkan
kemarahan rakyat dan digunakan sebagai modal politik untuk meraih undi.
Rujukan: http://fuziahsalleh.my/?page_id=999
7. Saya berharap pihak
kerajaan memandang serius segala usaha pihak pembangkang untuk mensabotaj
ekonomi negara. Ini kerana tindakan jijik dan tidak bertanggungjawab mereka ini
mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap kemajuan serta pembangunan
negara tercinta kita ini. Bayangkan berapa banyak peluang pekerjaan, latihan
keusahawanan sama ada dalam industri kecil mahupun sederhana, industri
perkhidmatan dan aktiviti ekonomi lain hasil daripada pelaburan ini yang tidak
akan wujud sekiranya pembangkang berjaya dalam agenda jahat mereka untuk
mensabotaj ekonomi negara.
8. Pihak kerajaan
terutamanya pihak polis dan pejabat peguam negara wajar melihat undang-undang
apa yang boleh dikenakan kepada pengkhianat negara seperti ini supaya tindakan
mensabotaj ekonomi negara ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang.
Huan Cheng Guan
Naib Presiden Parti
Cinta Malaysia.
No comments:
Post a Comment