PAS Selangor
menganggap ucapan Anggota Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen, sebagai
biadab dan menggambarkan sikap DAP apabila mengalahkan BN.
Setiausaha PAS
Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata kenyataan dibuat Chong semasa
berbahas di Dewan Rakyat semalam jelas menunjukkan pendirian DAP dan sekutunya
yang antiguru Islam di negara ini.
Katanya, jika DAP
diberi peluang menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum nanti, perbalahan
agama boleh tercetus.
"Dan kita yakin
semua masyarakat termasuk Tionghua tidak bersetuju dengan provokasi DAP
ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam semasa
membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Chong membantah tindakan
kerajaan menghantar guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.
Katanya, tindakan itu
mengganggu keharmonian antara kaum di negeri berkenaan.
DAP, kata ADUN Paya
Jaras itu, dilihat tidak pernah cuba berbaik-baik dalam isu Islam sedang mereka
sedar ia adalah agama Persekutuan.
"Apakah ini
polisi sebenar Pakatan Harapan? Kita mahu mendengar pendirian daripada rakan
Pakatan Harapan yang lain," katanya merujuk kepada gabungan pembangkang
ketika ini yang membabitkan PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.k".
No comments:
Post a Comment