Petikan dari Kenyataan
Rasmi Pengarah Strategik PKR pada 7 Ogos 2015
---
KEADILAN akan
membantah sebarang usaha mencekik kebebasan media yang semakin merosot. Jika
KKMM membawa akta pindaan untuk menyekat kebebasan internet, kami tidak akan
teragak-agak untuk mengambil tindakan. Jika betul-betul berlaku, kami akan
mempertimbangkan menghantar petisyen kepada semua syarikat Fortune 500 untuk
menerangkan tindakan kerajaan mengongkong internet.
Kami juga akan
menghantar surat kepada MSC International Advisory Panel termasuk Bill Gates
yang merupakan salah satu bekas penasihat MSC. Kami mengharap komunti Biznes
akan memberi maklum balas sebenar dan jujur kepada sebarang tindakan yang akan
mengacam kepentingan mereka. Tekanan daripada komuniti biznes amat penting
kerana Negara memerlukan pelaburan mereka.
YB Sim Tze Tzin,
Ahli Parlimen Bayan
Baru dan Pengarah Strategik
Parti Keadilan Rakyat
7 Ogos 2015
---------
No comments:
Post a Comment