Friday, 30 October 2015

BILA MENTERI DAH BERKATA - KERJA KENA JALAN - 45 HARI 45 MALAM

Image result for shahidan kassim

SHAHIDAN KASSIM JAMIN 100% PENGURUSAN BENCANA NEGARA CEMERLANG DI BAWAH APBN!
 
Kuala Lumpur : 30 0ktober 2015 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri melahirkan keyakinan 100% bahawa agensi baru Pengurusan Bencana (APBN) dan JPAM berupaya menguruskan bencana lebih cemerlang tahun ini di peringkat komuniti, daerah dan Negeri. 

APBN katanya telah menganalisa kelemahan-kelemahan pengurusan bencana di Pantai Timur yang berlaku pada tahun 2014. Katanya lagi, APBN dan JPAM berupaya menangani magnitud bencana LEBIH BESAR berbanding 2014 . 
 
"Saya berada selama 45 hari semasa kejadian banjir tersebut dan berdasarkan pengalaman saya , saya mendapati peringkat komuniti memainkan peranan penting dalam menguruskan bencana , oleh yang demikian saya telah mengarahkan APBN dan JPAM untuk memperkasakan Pengurusan bencana di peringkat komuniti , daerah dan negeri. " -Shahidan Kassim. 

APBN katanya lagi telah menjalankan banyak program peringkat komuniti bagi memperkasakan komuniti meskipun APBN baru ditubuhkan pada 1 Oktober 2015. 

APBN akan memastikan setiap pengurusan daerah menepati rating "gold standard" untuk pengurusan bencana. 

Shahidan Kassim selaku Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal bencana negara sejak sebelum Pantai Timur dilanda banjir yang besar pada 2014 juga menyatakan bahawa beliau mempunyai keyakinan yang tinggi APBN dan JPAM berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk berhadapan dengan kejadian bencana yang besar. 

Friday, 23 October 2015

BAGET 2016 - DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT

                 

                                    BAGET 2016
                                            
                              
                                                                                   
  • Teks Ucapan Bajet 2016 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2016 www.treasury.gov.my pada 23 Oktober 2015 sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut: Laman Web Agensi-Agensi Kementerian Kewangan

Laporan Ekonomi

Laporan Ekonomi 2015/2016 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015 sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan.
Penjualan Laporan Ekonomi 2015/2016 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
Maklumat Penjualan Laporan Ekonomi
  • RM55.00
  • 23 Oktober 2015 (Jumaat)
  • Selepas 5.00 petang
  • Lobi Blok Tengah, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 Putrajaya.
  • Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Unit Kedai PNMB KL, Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.
  • Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Cawangan Putrajaya, No 72, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya.
  • E-Book Laporan Ekonomi 2015/2016, Harga : RM5.00.

Anggaran Perbelanjaan & Hasil

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2016 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015 sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan.

Anggaran Hasil Persekutuan 2016 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015 sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan.

Muat Turun Perisian

                                                                                                                                                                                      

                                                                

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...