Tuesday, 9 May 2017

Selamat Datang Perdana Menteri Laos


Bila DAP Mahu Bertindak

Pemilik Banglo Disneyland Sudah Digantung PKR, DAP Bila Hendak Gantung Pemilik Banglo Pinhorn

GADUH sesama sendiri dalam pakatan pembangkang memang amat sinonim dari dahulu lagi hinggalah sekarang. Gaduh sebab rebut kerusi, gaduh rebut jawatan dan gaduh rebut harta.

Terbaru, apabila timbulnya kes rasuah dan salahguna kuasa Ketua AMK Ampang, Adam Rosly, tampil beberapa pemimpin pro Azmin menentang dan membela anak muda itu. 

Presiden PKR mengambil keputusan gantung Adam Rosly, keputusan ini bangkit kemarahan kem pro Azmin. Rafizi pula diserang oleh kem Azmin  Pergaduhan ini telah mengiyakan wujudnya dua kem dalam PKR.

Satu pihak cuba untuk mempertahankan Adam Rosly, dan ia dilihat di bawah pengaruh Timbalan Presiden Azmin Ali. Manakala satu kem lagi cuba untuk 'membuang' Adam Rosly yakni dari pihak pro Presiden parti. Semuanya berpunca dari pemilik banglo Disneyland Ampang tersebut.

Itu cerita dalam PKR. Sama juga apa yang telah berlaku dalam DAP, iaitu parti yang menguasai Pakatan Harapan.

Apabila timbulnya isu banglo Pinhorn milik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang, berlaku juga sengketa yang amat dahsyat dalam parti cauvinis itu. Wujud juga dua kem iaitu yang mempertahankan tindakan salah guna kuasa Guan Eng itu dan yang menentang tindakan korupsi tersebut.

Ada suara suara gesa Guan Eng letak jawatan setelah kes tersebut sudah dibawa ke mahkamah dan Guan Eng berkemungkinan berhadapan hukuman penjara.

Namun DAP bertindak kejam. Lim Kit Siang selaku penguasa terbesar dalam parti itu telah mengamalkan kuasa diktatornya untuk memecat kebanyakan pemimpin parti yang ingkar dengan haluan 'Legasi Lim'.

Ini menyebabkan ramai pemimpin DAP peringkat setempat dan negeri tidak mampu bertahan. Lalu mereka keluar parti sedikit demi sedikit sepertimana yang  berlaku di Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Sarawak, Sabah dan lain-lain.

Soalnya sekarang, bila pula DAP mahu menggantung tugas atau dalam bahasa lebih baik memberi cuti kepada pemilik banglo Pinhorn ini? Sedangkan dia telah terbukti melakukan kesalahan korupsi yang paling DAP benci.

Adakah DAP sekadar 'memilih bulu' dalam menghukum pemimpin sendiri melakukan salah? Jika kesalahan itu dilakukan oleh anak penguasa parti, maka ia tidak perlu menerima hukuman parti?

Sebaliknya, jika kesalahan itu dilakukan oleh mereka yang tidak kaitan dengan 'Legasi Lim', maka dengan mudah mereka perlu dihukum?

Apa yang nyata, pergaduhan dalaman dalam DAP sebenarnya lebih serius dan amat teruk berbanding parti-parti lain dalam pembangkang. Namun, pemimpin DAP bersikap kejam untuk menutup segala kelemahan mereka.

'Legasi Lim' tidak sesekali akan menghiraukan tangisan ahli atau mana-mana pemimpin mereka yang berada dalam masalah, yang penting bagi mereka adalah kuasa. Dan yang penting anak bini 'Legasi Lim' patut terus dipertahankan walau pun mereka terbukti bersalah.

Inilah cerminan parti yang menguasai Pakatan Harapan. Apapun kita patut terus mencabar 'parti demokratik' ini supaya bersifat demokrasi dalam parti sendiri. Pecat atau beri cuti kepada pemilik banglo Pinhorn jika DAP benar benar anti pada rasuah. Bila DAP mahu bertindak?


Tulisan :
Beruang Biru
BB417, Isnin
8 Mei 2017


Wednesday, 19 April 2017

Penerima BR1M Terima Dekoder TV Digital

51,407 penerima BR1M dapat dekoder TV Digital

KUANTAN: Seramai 51,407 penerima BR1M di empat daerah di Pahang sudah menerima dekoder percuma bagi siaran televisyen digital melalui projek Pendigitalan Penyiaran Nasional yang dikendalikan MYTV Broadcasting Sdn Bhd. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin, berkata seramai 21,132 penerima di Kuantan; Temerloh (13,252), Pekan (10,370) dan Bentong (6,636).

 "Unit dekoder percuma ini juga akan diedarkan ke daerah lain seperti Bera, Cameron Highlands, Jerantut, Lipis, Maran dan Rompin sepanjang tahun ini apabila stesen pemancar masing-masing mula beroperasi," katanya. Beliau menjawab soalan Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail (BN-Chenor) yang ingin tahu perkembangan projek Pendigitalan Penyiaran Nasional di Pahang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini, hari ini. 

Secara keseluruhannya, Shahaniza berkata, Pahang akan mempunyai enam stesen pemancar TV Digital dan setakat ini empat daripadanya sudah beroperasi. Beliau berkata, stesen pemancar di Kuantan terletak di Bukit Pelindung manakala stesen pemancar Gunung Ulu Kali, Genting Highlands bagi daerah Temerloh dan Bentong. 

Stesen pemancar di Bukit Senggora, Maran untuk liputan di daerah itu, Sri Jaya, Chenor, Chini, Pekan manakala stesen di Bukit Sembilan, Rompin untuk kawasan Bukit Ibam, Muadzam Shah, Bandar Tun Razak dan Nenasi.

 "Oleh itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaku badan yang mengawal selia projek itu sedang dalam proses akhir untuk menetapkan tarikh pelancaran rasmi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi," katanya.

Dato' Shahaniza Shamsuddin Kuala Sentul Di Hati
Credit Berita Harian

Jika benar Rafizi takut Allah..


Jika benar Rafizi Ramli mendedahkan kes rasuah kerana takutkan balasan Allah, mengapa Ahli Parlimen Pandan itu tidak mendedahkan DAP menerima RM1.2 bilion untuk menjatuhkan BN.

Bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng, Razali Abdul Rahman mendedahkan DAP menerima wang itu daripada Israel untuk menumbangkan BN khususnya UMNO pada PRU13.

DAP berjanji untuk menjadikan Port Dickson sebagai pangkalan tentera Israel jika mereka memerintah.


Rafizi berdiam diri dalam isu rasuah Guan Eng, pembelian SPLASH RM2.8 bilion oleh kerajaan Selangor dan penyelewengan Tabung Warisan Anak  Selangor (YAWAS).


Monday, 17 April 2017

PKR dan helahnya







JIKA KITA "MERASA'.....

Wahai rakyat Malaysia, kepada Allah kita bersyukur dan kepada Kerajaan kita berterima kasih



"Mereka" Sanggup Khianati ISLAM Kerana Ikut Telunjuk Lim Kit Siang




MALAYSIA BERGANTUNG KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI DAN BUKANNYA RIZAB UNTUK HADAPI CABARAN PENINGKATAN NILAI MATAWANG USD


Tahun 2015 dan 2016 telah menyaksikan bahawa matawang Dollar Amerika Syarikat mengukuh berbanding emas dan matawang-matawang dunia. Terdapat banyak sebab mengapa matawang berkenaan mengukuh tetapi tiga sebab utama adalah:
• pengukuhan ekonomi Amerika Syarikat
• pengimbangan dagangan import dan eksport
• peningkatan kadar faedah bon U.S Treasury berbanding bon Perbendaharan negara-negara lain

Matawang-matawang negara ASEAN turut terkesan akibat pengukuhan matawang Dollar berkenaan termasuk matawang Ringgit. Tetapi para ‘pakar ekonomi’ di Pakatan Harapan dengan segeranya mengambil peluang atas faktor ekonomi berkenaan untuk menuduh bahawa matawang Ringgit jatuh disebabkan skandal 1MDB walaupun sedar bahawa tindakan mereka adalah satu sabotaj kepada negara. Apabila pembangkang menjaja isu 1MDB, sedikit sebanyak sentiment pelabur turut terkesan.

Apabila dijelaskan bahawa fenomena pengukuhan Dollar mempengaruhi semua matawang di ASEAN termasuk Indonesia, para ‘pakar ekonomi’ berkenaan menjadikan Singapura dan Brunei sebagai contoh di mana matawang kedua-dua negara berkenaan kurang merosot berbanding Malaysia dan Indonesia. Mereka menyimpulkan bahawa Singapura dan Brunei kurang terkesan kerana tiada skandal seperti di Malaysia dan Indonesia. 

Sebenarnya kesimpulan berkenaan adalah salah. Namun, memandangkan mereka sengaja memutarbelitkan fakta berkaitan kemerosotan ringgit disebabkan faktor ekonomi bagi memenuhi agenda politik mereka, perkara berkenaan boleh dijangkakan. 

Sebenarnya, seperti Ringgit, Dollar Singapura dan Dollar Brunei yang ditambatkan kepada Dollar Singapura turut merosot. Namun, Kerajaan Singapura dan Brunei menggunakan banyak rizab negara mereka untuk menstabilkan matawang mereka.

Bagaimana rizab negara digunakan untuk menstabilkan matawang?

Rizab negara boleh digunakan untuk menjual beli instrumen kewangan seperti bon Perbendaharaan Malaysia dan matawang Ringgit, kedua-duanya diniagakan di pasaran matawang antarabangsa. Pembelian tersebut akan menyebabkan bekalan kedua-duanya berkurangan di dalam pasaran tersebut dan membantu menaikkan permintaan. Peningkatan permintaan tetapi bekalan yang berkurangan membantu menaikkan nilai matawang ringgit.

Namun, untuk berbuat demikian, Malaysia perlu menggunakan rizabnya. Perlu dinyatakan bahawa Bank Negara Malaysia, seperti bank-bank negara ASEAN yang lain, turut menggunakan kaedah ini tetapi sampai peringkat yang dilakukan oleh Singapura dan Brunei. Lagipun, Perdana Menteri sedar bahawa langkah mengawal matawang tanpa disokong oleh asas ekonomi yang kukuh adalah satu tindakan yang terbalik. Oleh itu, beliau memberi fokus kepada meningkatkan kadar ekonomi dengan harapan peningkatan ekonomi akan mensejahterakan rakyat dan pada masa yang sama meningkatkan matawang Ringgit.

Dapat dilihat, langkah berhati-hati Najib memberikan kesan positif terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. KDNK Malaysia pada tahun 2016 berbanding negara-negara Asia adalah seperti berikut:
• Malaysia :  +4.50%
• Brunei :  -3.60% 
• Indonesia : +4.94%
• Singapura : +2.90%
• Vietnam : +5.10%
• Thailand : +3.00%
• China : +6.80%
• Jepun : +1.60%
• Korea Selatan : +2.40%

Dapat dilihat bahawa KDNK yang melambangkan kesejahteraan ekonomi Malaysia telah meningkatkan lebih tinggi berbanding kebanyakan negara-negara ASEAN walaupun terdapat gerakan aktif oleh Pakatan Harapan bagi mensabotaj ekonomi negara dengan menggunakan 1MDB sebagai mangsa serangan mereka.

Apa yang pasti, nasib baik ekonomi Malaysia tidak dipertanggungjawabkan kepada mereka di Pakatan Harapan. Membiarkan mereka mengendalikan ekonomi negara adalah seperti sama seperti kata pepatah, “tikus membaiki labu”. Bukan semakin baik ekonomi Malaysia, bahkan semakin rosak jadinya kelak.




Seks Bawah Umur vs Perkahwinan Remaja


```Apa sudah jadi?```

*Seks Bawah Umur vs Perkahwinan Remaja*

"Ahli Parlimen Kulai (DAP), Teo Nie Ching mencadangkan “sweetheart defence”, perbuatan seks yang dilakukan dengan persetujuan gadis bawah umur tanpa berkahwin oleh pasangan bawah umur tidak dikenakan tindakan undang-unda


Sebenarnya, isu kebenaran perkahwinan ini merujuk kepada "statutory rape", iaitu hubungan seks yang dilakukan dengan persetujuan bersama (dibawah umur), dan bukanlah rogol (paksaan) seperti yang diketahui umum. 

Sebelum kita berbincang lebih lanjut mengenai keberdayaan bagi seseorang yang berkahwin di bawah umur, kita perlu tahu bahawa fenomena ini bukanlah sesuatu yang unik kepada Malaysia. Sebanyak 248,000 perkahwinan kanak-kanak dianggarkan berlaku antara tahun 2000 dan 2010 di Amerika Syarikat. 
  
Negara Amerika Syarikat hanya diambil sebagai contoh untuk menunjukkan bahawa perkahwinan kanak-kanak berlaku dan wujud di seluruh dunia.



Azmin Ali - Skandal SPLASH, YAWAS Dan SMUE

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kini nampak benar sedang terperangkap dalam himpitan skandal yang dibiarkan lapuk tidak dijawab sedangkan persoalan dan kontroversi melibatkannya semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Taktik berdiam diri Azmin akan membuat isu isu ini menjadi nanah dan akhirnya akan meletus juga. Sampai bila mahu lindung skandal ini dari pengetahuan rakyat? 

Pada November 2016, Azmin mula terpalit kontroversi melibatkan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) apabila ia dibayar RM2.975 bilion, sedangkan Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menawarkan jumlah bayaran sebanyak itu.

Azmin mendakwa kerajaan negeri ada menawarkan sejumlah wang berkenaan kepada SPLASH. Namun bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim menidakkan dakwaan Azmin itu. 

Khalid mendakwa Azmin hanya mahu mengalihkan topik perbincangan menghalalkan pentadbirannya membayar sebanyak RM2.7 bilion kepada SPLASH.

Ia adalah 10 kali ganda lebih tinggi daripada tawaran asal iaitu RM250.6 juta. Mengapa Rafizi tidak mahu tanya soal duit SPLASH ini? 

“Kami tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9 bilion untuk ekuiti Splash seperti yang didakwa oleh Azmin," kata Abdul Khalid.

Selain isu SPLASH, Azmin terpalit pula dengan kontroversi skandal wang Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).  Azmin dituntut memberikan penjelasan yang masih tidak dibuat sehinggalah hari ini.

Ia berlaku apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu melantik Kamsani Nasir sebagai Pengurus Besar YAWAS padahal Kamsani berstatus muflis dan bankrap. 

Dikatakan pelantikan beliau adalah untuk melarikan wang YAWAS sebanyak RM500 juta setahun seperti mana projek di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diserap kepada anak syarikat GLC di bawah Kerajaan Negeri Selangor seperti PKNS (Rumah, Kad Kesihatan), KDEB (Air dan pelupusan sampah), dan YAWAS (Tabung, SMUE, tadika, kesihatan wanita).

Apabila menggunakan GLC dan Yayasan ia hanya perlu kuasa MB Selangor.

Bagaimanapun, melantik individu yang muflis adalah satu kesalahan besar yang mesti dipersoalkan. Bagi Azmin siapa sahaja boleh dilantik ke jawatan itu asalkan mahu menurut kata dan taat kepada Menteri Besar. Boleh jadi begitu?

Skandal YAWAS turut berkait dengan skandal Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang juga dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Seseorang individu yang muflis tidak boleh dilantik dari menjalankan mana-mana perniagaan atau menjadi seorang Pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana syarikat kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.

Kamsani sudah diisytiharkan muflis sejak 2008.

Kemudian muncul pula kes skandal SMUE yang merupakan program khusus untuk rakyat Selangor atau mereka yang bermastautin 15 tahun ke atas di negeri Selangor serta berusia 60 tahun ke atas iaitu yang lahir sebelum 1 Februari 1974.

Ia berupa sumbangan Khairat Kematian berjumlah RM2,500 kepada rakyat negeri Selangor.

Bagaimanapun yang menjadi pelik ialah ia dikendalikan dan diuruskan oleh kawasan Parlimen di luar Selangor iaitu di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antaranya dikendalikan oleh Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw (DAP), Ahli Parlimen Batu Tian Chua (PKR), Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (DAP).

Banyak skandal masih belum dijawab oleh Azmin dan semua pihak sudah terlalu lama menunggu penjelasan diberikan oleh beliau tapi beliau sendiri berdendam apabila mahu menuntut semula bayaran pampasan RM2.7 juta yang diberikan kepada bekas kakitangan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor.

Mahkamah Tinggi pada Khamis lepas memutuskan bayaran berkenaan adalah sah.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapati bayaran itu dibuat mengikut peraturan berdasarkan Enakmen MBI 1994.

Sehubungan itu, mahkamah menolak tuntutan MBI, anak syarikat kerajaan Selangor yang difailkan pada 11 Mei 2015, meminta tujuh bekas kakitangan itu memulangkan kembali pampasan RM2.7 juta yang dibayar menerusi Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2014.

Azmin Ali kini bergelumang dengan skandal ini. Azmin pilih jalan diamkan diri, tidak jawab. Sama macam isu tanah Wetlands, DEIG dan kos pintu gerbang Selangor. 

RM2.7 billion duit SPLASH bukannya jumlah yang kecil. RM500 setahun duit SMUE juga besar nilainya. Memang tepatlah bila ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nazari semalam meminta agar siasatan SPRM terhadap Azmin dibuka semula.

Ini bukan kali pertama Azmi buat diam pasal kes dan skandal, sejak 1995 lagi bila Azmin memiliki kekayaan yang luar biasa, Azmin memilih untuk buat diam sampailah sekarang. 

Mungkin kajian oleh Zaaba Institute Leadership (ZIL) bahawa Azmin akan kalah di tangan PAS dan hilang kerusi MB ada logiknya. Punca utama Azmin akan kalah adalah kerana skandal dan isu isu tertunggak yang didiamkan ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB361, Selasa
4 April 2017




Friday, 31 March 2017

TUDUHAN RAFIZI

Rafizi cuba menyerang kerjasama Petronas & Saudi Aramco. Rafizi telah membuat 2 tuduhan ;

(i) TUDUHAN PERTAMA RAFIZI :
Petronas tak memerlukan rakan kongsi atau menerima rakan kongsi apabila sesuatu projek telah dimulakan.

• Kenyataan ini adalah salah! Petronas membawa masuk rakan kongsi dalam sesuatu projek megikut peringkat tertentu sama ada sebelum, semasa atau selepas projek dimulakan. Rafizi sepatutnya tau kerana ini adalah norma yang telah diamalkan Petronas selama ini.

• Gumusut-Kakap dimiliki Shell Sabah sebanyak 33% bersama-sama dengan rakan kongsi yang terdiri daripada syarikat seperti ConocoPhillips Sabah (33%), Petronas Carigali (20%) & Murphy Oil (14%).

• Projek Mega Petronas di Canada di miliki majoriti oleh Petonas bersama rakan kongsi minoriti iaitu Sinopec, JAPEX, Indian Oil Corporation & PetroleumBRUNEI.

• Kesemua syarikat menilai untuk kemasukan rakan kongsi baru dalam projek tersebut bergantung kepada apa sumbangan yang boleh diberikan oleh rakan kongsi baru tersebut.

• Bagi kes projek RAPID pula, Petronas telah menjemput Saudi Aramco untuk menjadi rakan kongsi dalam projek tersebut sejak 2 tahun lalu kerana kerjasama dengan Aramco akan memastikan pembekalan minyak terjamin & juga meyakinkan pelabur-pelabur untuk melabur dalam Projek di Pengerang. 

(ii) TUDUHAN KE-2 RAFIZI:
Projek tersebut telah dikira & sepatutnya memberikan pulangan yang tak cukup kepada syarikat Aramco untuk melabur ke dalam projek RAPID. Jadi, Petronas perlu menaikkan harga minyak yang ingin di beli daripada syarikat Aramco untuk meyakinkan Aramco supaya melabur ke dalam projek Petronas.

• Rafizi ternyata tak faham bahawa pelabur yang ingin melabur dalam projek berharga juta/bilion perlu ambil kira
risiko negara & risiko politik dalam kiraan pulangan hasil daripada pelaburan dalam sesuatu projek.

• Para pelabur meggunakan kaedah seperti 'Risk Adjusted Return On Capitol (RAROC)' atau 'discounted cash flow analysis using weighted average cost of capital (WACC)'. Kedua-dua kaedah ini mengambil kira risiko negara & risiko politik. Kalau risiko kedua-duanya tinggi, maka kiraan pulangan akan menjadi rendah.

• Bagi kes projek RAPID & Pengerang, Aramco sudah semestinya mengambil kira risiko bahawa DAP telah berjaya mensabotaj pelaburan sebanyak RM35 bilion dari Taiwan di Pengerang sebelum ini.

• Lebih teruk lagi, Aramco juga mengambil kira risiko mengenai hasrat PKR untuk membatalkan projek Pengerang jika mereka menang PRU-14.

• Selain itu, khabar angin bahawa Malaysia akan bankrupt juga menjadi propaganda negatif terhadap orang luar.

Kesemua ini adalah suatu isu besar yang menyumbang kepada risiko negara & risiko politik yang membuatkan pelabur kurang yakin untuk melabur.

Jika Datuk Rahman Dahlan berjaya meyakinkan mereka bahawa risiko negara & politik tidak tinggi & Pakatan hanyalah parti yang tiada harapan untuk menang serta ingin membatalkan projek Pengerang, pulangan yang septutnya di terima oleh Aramco pasti akan meningkat selepas menolak segala risiko palsu yang berjaya di wujudkan oleh Parti Pakatan.

Monday, 27 March 2017

Inilah Tun Mahathir - Pembangkang

PRU 14 semakin dekat dan kita boleh lihat pelbagai pemimpin terutama dari parti pembangkang terus memunculkan diri. Sebelum ini, tidak pernah tahu apa kerja mereka dan dimana pembangkang ini berada. Mereka seolah - olah tuli dan menutup mata atas apa kebaikan yang Kerajaan telah lakukan sebaliknya mengadu domba dan meyebarkan fitnah. Itu semua kerana kuasa. 

1. Rasionalisasi subsidi diperkenalkan oleh kerajaan yang antara tujuannya adalah untuk :  (i) . Untuk menampung pembiayaan projek pembangunan kerajaan (ii). Rasionalisasi subsidi juga perlu disusun semula agar mereka yang benar - benar layak sahaja yang menikmatinya. (iii). Menangani penyelewengan dan ketirisan, penyeludupan dan salahguna kuasa (iv). Menstabilkan dan mengimbangi perbelanjaan negara.

Penyokong Mahathir patut lebih cakna bahawa Rasionalisasi subsidi yang diamalkan pada zaman Tun adalah subsidi pukal (subsidi menyeluruh) - subsidi yang turut dinikmati oleh rakyat mewah, berpendapatan tinggi dan rakyat asing. Tun mungkin gemar dengan pemberian subsidi pukal ini yang barangkali mampu mengenyangkan kroni - kroninya. Ya, kita memang tahu, zaman Tun adalah zaman dimana hanya kroni - kroni sahaja yang memegang jawatan - jawatan dalam kerajaan. 

2. Ini Johor. Parti Bersatu atau pembangkang yang lain tidak perlu khuatir dengan cara Johor menyelesaikan masalah rasuah yang melanda Negeri Johor. Ini azam dan ikrar YAB Menteri Besar Johor yang dengan tenang menyerahkan segala siasatan kepada Pihak Berkuasa. Walaupun yang disiasat itu merupakan Exco yang selama ini menjadi kepercayaan beliau. Ya, rasuah perlu dibersihkan, dan Kerajaan Johor dengan rela menyerahkan pelaku - pelaku rasuah kepada pihak berkuasa tanpa ada halangan. 

Johor tetap tidak akan menjadi seperti Selangor dan Pulau Pinang yang mana Kerajaan Negeri mereka berada di dalam tangan Pembangkang. Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal rasuah masih lagi memegang jawatan Ketua Menteri. Di mana salakan - salakan pihak pembangkang? Begitu juga dengan skandal rumah urut di Selangor. Mengapa Azmin Ali membisu dan tidak mahu bertanggungjawab? Teresa Kok menghina Islam pun dibiarkan senyap oleh parti Liberal yang didokongi oleh PKR, DAP, Amanah dan Bersatu. 

Adakah mereka tahu di zaman Tun Mahathir juga berlaku banyak penyelewangan dan rasuah? Mujurlah SPRM dibentuk pada tahun 2009. Sebelum dikenali dengan nama SPRM, BPR merupakan sebuah jabatan yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang sudah tentu dikawal oleh Perdana Menteri ketika itu. Siapa? Tun Mahathir yang disanjungi. 

Ketika itu juga, tidak ada media sosial dan media alternatif untuk rakyat  mendapakan berita terkini. Rakyat terkurung dalam berita utama yang juga sudah tentu dikawal oleh seseorang yang dikenali dengan nama Mahafiraun pada zaman pemerintahan beliau. Siapa? Tun Mahathir yang disayangi. 

3. Semestinya tidak ramai yang tahu fakta ini akibat ketaksuban mereka kepada Tun Mahathir. Hutang negara pada 1990 (9 tahun pemerintahan Tun M) ialah 80.74% daripada KDNK Malaysia. Pada tahun 1986 hutang negara pada paras 104% berbanding KDNK Malaysia. 

Hutang negara pada tahun 2016 (8 tahun Najib Razak menjadi PM) ialah pada kadar 54% daripada KDNK Malaysia. Kelebihan Dato’ Seri Najib Razak adalah dia berkelulusan Ekonomi manakala Tun Mahathir hanyalah sebagai seorang doktor. Kita mengetahui jasa Tun Mahathir tetapi tidak terlalu taksub dan mengagung - agungkan beliau, seolah - olah beliau merupakan tuhan ekonomi. 

Akhir sekali, janganlah kerana taksub kepada Tun Mahathir, makanya kita pun memuja beliau seolah - olah beliau maksum tidak berdosa. Apa jadi dengan tuduhan beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim? Bagaimana pula dengan tuduhan ‘Bapa Rasis' kepada Lim Kit Siang yang telah beliau lontarkan? Masih ingat dengan peristiwa MEMALI? 

JADI MANUSIA BIARLAH BERADAB DAN MEMAKMURKAN MASYARAKAT. BUKAN DENGAN FITNAH.

Thursday, 23 March 2017

Janji DAP yang sudah tertunai!


3 golongan PEMUSNAH negara


Pentadbiran PM Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan terbaik dalam sejarah PM Malaysia

KUALA LUMPUR – Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan yang terbaik dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia, kata bekas Setiauasaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat.

Menurut beliau, pencapaian Najib mentadbir negara adalah jauh lebih baik berbanding sewaktu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sungguhpun terdapat banyak tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang.

“Saya tahu ramai tak gemarkan Najib pada waktu ini, tetapi sebagai pembangkang selama 18 tahun, Perdana Menteri sekarang adalah Perdana Menteri terbaik.Perdana Menteri mana yang pernah mencatatkan pasaran saham setinggi sekarang?

“Bila kita bercakap mengenai ekonomi, Malaysia antara yang terbaik di dunia sekarang. Tambahan lagi penarafan oleh syarikat penilaian Moody’s dan S&P,  Malaysia dibawah pemerintahan Najib mendapat penarafan A-.

“Itu sudah cukup baik. Berbanding zaman Mahathir cuma taraf B. Orang ramai tak sedar perkara ini,” katanya kepada Malaysian Digest.

Tegasnya, rakyat tidak seharusnya memberi ruang kepada pembangkang yang diteraju oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang mentadbir negara dan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir Malaysia.

“Saya bersama pembangkang selama 18 tahun, dan saya tidak suka cara mereka berpolitik. Sebab itu saya meletakkan jawatan dari DAP. Setelah saya meletakkan jawatan, mereka kata saya dipecat.

“DAP adalah parti pertama di alam semesta yang memecat individu yang sudah meletakkan jawatan,” ujarnya.

Menyentuh pencapaian ekonomi Malaysia dibawah pemerintahan Najib, Tuan Tat menjelaskan pelbagai inisiatif telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Malaysia akan terus maju sekiranya pembangkang tidak merosakkan imej negara diperingkat antarabangsa.

“Jika pembangkang turut membantu dalam melonjakkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa daripada ke luar negara dan memburukkan imej negara, ekonomi Malaysia akan terus maju.

“Mengenai kejatuhan nilai mata wang, bukannya disebabkan masalah dalaman Malaysia. Ini adalah masalah dunia. Singapura juga mengalami masalah sama. Jadi apa yang mereka (pembangkang) katakan ekonomi Malaysia lembab?” soalnya.

Justeru kata beliau, rakyat perlu membuka minda dan berpandangan lebih luas dalam menilai segala tomahan dan dakwaan pembangkang terhadap kerajaan.

“Kita tak boleh benarkan si bodoh (pembangkang) ini mentadbir negara.

“Apa yang pembangkang tuduh terhadap kerajaan, rakyat harus berfikir samaada dakwaan berkenaan rasional ataupun tidak.

“Pada pandangan saya, pembangkang cemburu dengan kejayaan yang dicapai pentadbiran Perdana Menteri,” katanya lagi. – Malaysian Digest


Presiden Bola Sepak Malaysia - TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diisytihar menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas lawannya, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan keputusan menarik diri daripada merebut kerusi panas itu.

Dalam sidang media yang diadakan hari ini, Annuar berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira komitmen TMJ terhadap sukan bola sepak Malaysia dan perkenan Sultan Johor.


"Saya buat ketetapan untuk beri penghormatan pada calon satu lagi, TMJ agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding dan diisytihar presiden FAM yang baru.

Usaha Malaysia



Rezeki untuk Pekebun Kecil RISDA






Adakah LYNAS akan kembali sebagai ISU PRU 14?


Selamat tinggal Azmin Ali

Ramai penganalisis politik bebas termasuk saya menjangkakan bahawa Azmin Ali bakal kecundang di Parlimen dan juga Dun di Selangor pada Pru 14 akan datang. Ini adalah penggal terakhir beliau menjadi Menteri Besar Selangor dari PKR selepas merampas jawatan tersebut melalui fitnah 91 muka surat yang turut didalangi pemimpin PKR.

Ditambah pula krisis dalaman PKR, salahlaku dan salahguna kuasa beberapa pimpinan PKR Selangor dibawah pentadbiran Azmin Ali dan juga sentimen penolakan rakyat Selangor terhadap PKR.

Muktamar Agong Tahunan Pas yang sedang berlansung turut mengusulkan agar kerjasama dengan PKR diputuskan. Ini merupakan tampatan hebat terhadap PKR. Jika usul ini diluluskan dan PAS memutuskan hubungan dengan PKR maka talian hayat PKR akan musnah dan PKR akan terkubur dalam PRU 14.

Krisis dalaman dari dua kem ( Kem Anwar/ Wan Azizah dan Kem Azmin ) dalam PKR yang sering bertelagah merebut jawatan dan habuan juga antara faktor yang turut menyumbang kepada kejatuhan Azmin Ali dan PKR di Selangor.

Melihat kepada dua statistik dibawah ramai penganalisis meramalkan Azmin Ali akan kecundang di Parlimen Gombak dan juga di DUN Bukit Antarabangsa kerana akar umbi dan penyokong PAS tidak akan mengundi Azmin Ali.

Parlimen Gombak
Azmin Ali (PKR)-54,287
Datuk Dr Rahman Ismail (BN)-50,093
Datuk Paduka Said Nazar (Bebas)-474
Majoriti : PKR menang dengan majoriti 4734
Undi Rosak : 1353
Jumlah Kertas Undi Keluar : 107,162

Bukit Antarabangsa
Jumlah Pengundi: 34,467 
Mohamad Nadzim Bin Ibrahim (BN) - 12,458
Azmin Ali ( PKR) - 16,502
MAJORITI: 4,044 
Jumlah undi: 29,264 | Peratus mengundi: 84.90% | Undi rosak: 304 

Krisis terbaru akibat keceluparan Azmin Ali semakin meruncing apabila dengan angkuhnya Azmin memerli PAS dan Nik Abduh didalam twitter miliknya yang berbunyi " ADA TOK LEBAI NAK TAWAN SELANGOR. KAWASAN SENDIRI PUN KALAH TERSUNGKUR" telah menaikkan lagi kebencian ahli dan penyokong PAS serta mendapat kecaman pengguna media seluruh negara. 

Selamat tinggal Azmin Ali.


Ikhlas dari
Dato' Rahman
Penganalisis Politik Bebas.
Copy.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...