Menteri Besar
Selangor, Azmin Ali kini nampak benar sedang terperangkap dalam himpitan
skandal yang dibiarkan lapuk tidak dijawab sedangkan persoalan dan kontroversi
melibatkannya semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Taktik berdiam diri
Azmin akan membuat isu isu ini menjadi nanah dan akhirnya akan meletus juga.
Sampai bila mahu lindung skandal ini dari pengetahuan rakyat?
Pada November 2016,
Azmin mula terpalit kontroversi melibatkan Syarikat Pengeluar Air Selangor
(SPLASH) apabila ia dibayar RM2.975 bilion, sedangkan Kerajaan Negeri Selangor
tidak pernah menawarkan jumlah bayaran sebanyak itu.
Azmin mendakwa
kerajaan negeri ada menawarkan sejumlah wang berkenaan kepada SPLASH. Namun
bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim menidakkan dakwaan Azmin itu.
Khalid mendakwa Azmin
hanya mahu mengalihkan topik perbincangan menghalalkan pentadbirannya membayar
sebanyak RM2.7 bilion kepada SPLASH.
Ia adalah 10 kali
ganda lebih tinggi daripada tawaran asal iaitu RM250.6 juta. Mengapa Rafizi
tidak mahu tanya soal duit SPLASH ini?
“Kami tidak pernah
bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9 bilion untuk ekuiti Splash
seperti yang didakwa oleh Azmin," kata Abdul Khalid.
Selain isu SPLASH,
Azmin terpalit pula dengan kontroversi skandal wang Yayasan Warisan Anak
Selangor (YAWAS). Azmin dituntut memberikan penjelasan yang masih tidak
dibuat sehinggalah hari ini.
Ia berlaku apabila
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu melantik Kamsani Nasir
sebagai Pengurus Besar YAWAS padahal Kamsani berstatus muflis dan
bankrap.
Dikatakan pelantikan
beliau adalah untuk melarikan wang YAWAS sebanyak RM500 juta setahun seperti
mana projek di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diserap kepada anak
syarikat GLC di bawah Kerajaan Negeri Selangor seperti PKNS (Rumah, Kad
Kesihatan), KDEB (Air dan pelupusan sampah), dan YAWAS (Tabung, SMUE, tadika,
kesihatan wanita).
Apabila menggunakan
GLC dan Yayasan ia hanya perlu kuasa MB Selangor.
Bagaimanapun, melantik
individu yang muflis adalah satu kesalahan besar yang mesti dipersoalkan. Bagi
Azmin siapa sahaja boleh dilantik ke jawatan itu asalkan mahu menurut kata dan
taat kepada Menteri Besar. Boleh jadi begitu?
Skandal YAWAS turut
berkait dengan skandal Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang juga dikendalikan oleh
Kerajaan Negeri Selangor.
Seseorang individu
yang muflis tidak boleh dilantik dari menjalankan mana-mana perniagaan atau
menjadi seorang Pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana
syarikat kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
Kamsani sudah
diisytiharkan muflis sejak 2008.
Kemudian muncul pula
kes skandal SMUE yang merupakan program khusus untuk rakyat Selangor atau
mereka yang bermastautin 15 tahun ke atas di negeri Selangor serta berusia 60
tahun ke atas iaitu yang lahir sebelum 1 Februari 1974.
Ia berupa sumbangan
Khairat Kematian berjumlah RM2,500 kepada rakyat negeri Selangor.
Bagaimanapun yang
menjadi pelik ialah ia dikendalikan dan diuruskan oleh kawasan Parlimen di luar
Selangor iaitu di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Antaranya dikendalikan
oleh Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw (DAP), Ahli Parlimen Batu Tian Chua
(PKR), Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) dan Ahli Parlimen
Seputeh, Teresa Kok (DAP).
Banyak skandal masih
belum dijawab oleh Azmin dan semua pihak sudah terlalu lama menunggu penjelasan
diberikan oleh beliau tapi beliau sendiri berdendam apabila mahu menuntut
semula bayaran pampasan RM2.7 juta yang diberikan kepada bekas kakitangan
Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor.
Mahkamah Tinggi pada
Khamis lepas memutuskan bayaran berkenaan adalah sah.
Hakim Datuk Wan Ahmad
Farid Wan Salleh mendapati bayaran itu dibuat mengikut peraturan berdasarkan
Enakmen MBI 1994.
Sehubungan itu,
mahkamah menolak tuntutan MBI, anak syarikat kerajaan Selangor yang difailkan pada
11 Mei 2015, meminta tujuh bekas kakitangan itu memulangkan kembali pampasan
RM2.7 juta yang dibayar menerusi Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2014.
Azmin Ali kini
bergelumang dengan skandal ini. Azmin pilih jalan diamkan diri, tidak jawab.
Sama macam isu tanah Wetlands, DEIG dan kos pintu gerbang Selangor.
RM2.7 billion duit
SPLASH bukannya jumlah yang kecil. RM500 setahun duit SMUE juga besar nilainya.
Memang tepatlah bila ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nazari semalam meminta agar
siasatan SPRM terhadap Azmin dibuka semula.
Ini bukan kali pertama
Azmi buat diam pasal kes dan skandal, sejak 1995 lagi bila Azmin memiliki
kekayaan yang luar biasa, Azmin memilih untuk buat diam sampailah
sekarang.
Mungkin kajian oleh
Zaaba Institute Leadership (ZIL) bahawa Azmin akan kalah di tangan PAS dan
hilang kerusi MB ada logiknya. Punca utama Azmin akan kalah adalah kerana
skandal dan isu isu tertunggak yang didiamkan ini.
Tulisan :
Beruang Biru
BB361, Selasa
4 April 2017