Perasaan tidak puas
hati terhadap pemerintahan elit Dinasti Lim dalam DAP semakin meningkat antara
kalangan ahli DAP dan penyokong parti itu sehingga menyebabkan 182 ahli DAP
keluar parti itu.
Antara sebab utama ini
adalah kerana mereka kecewa dengan kerjasama yang terjalin antara DAP dan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia terutamanya dengan pengerusi parti itu, Tun Dr
Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai hipokrit kerana tidak selaras dengan identiti
perjuangan DAP.
Bagi kebanyakan
pengikut dan penyokong DAP, Mahathir akan sentiasa menjadi musuh yang lebih
besar setelah melabelkan parti DAP sebagai parti yang rasis setelah sekian
lama. Mereka sendiri nampak bahawa pemimpin-pemimpin mereka sanggup
mengorbankan perjuangan mereka untuk mengejar kuasa.
No comments:
Post a Comment