Wednesday, 22 March 2017

Pakatan tidak akan teragak-agak untuk memburukkan dan mensabotajkan negara

Petikan dari Kenyataan Rasmi Pengarah Strategik PKR pada 7 Ogos 2015
---
KEADILAN akan membantah sebarang usaha mencekik kebebasan media yang semakin merosot. Jika KKMM membawa akta pindaan untuk menyekat kebebasan internet, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. Jika betul-betul berlaku, kami akan mempertimbangkan menghantar petisyen kepada semua syarikat Fortune 500 untuk menerangkan tindakan kerajaan mengongkong internet. 

Kami juga akan menghantar surat kepada MSC International Advisory Panel termasuk Bill Gates yang merupakan salah satu bekas penasihat MSC. Kami mengharap komunti Biznes akan memberi maklum balas sebenar dan jujur kepada sebarang tindakan yang akan mengacam kepentingan mereka. Tekanan daripada komuniti biznes amat penting kerana Negara memerlukan pelaburan mereka.

YB Sim Tze Tzin,
Ahli Parlimen Bayan Baru dan Pengarah Strategik
Parti Keadilan Rakyat
7 Ogos 2015
---------

No comments:

Post a Comment