Friday, 17 March 2017

Kenyataan BIADAP dari Chong Chieng Jen, Parlimen Kuching

PAS Selangor menganggap ucapan Anggota Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen, sebagai biadab dan menggambarkan sikap DAP apabila mengalahkan BN.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata kenyataan dibuat Chong semasa berbahas di Dewan Rakyat semalam jelas menunjukkan pendirian DAP dan sekutunya yang antiguru Islam di negara ini.

Katanya, jika DAP diberi peluang menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum nanti, perbalahan agama boleh tercetus.

"Dan kita yakin semua masyarakat termasuk Tionghua tidak bersetuju dengan provokasi DAP ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam semasa membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Chong membantah tindakan kerajaan menghantar guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.

Katanya, tindakan itu mengganggu keharmonian antara kaum di negeri berkenaan.

DAP, kata ADUN Paya Jaras itu, dilihat tidak pernah cuba berbaik-baik dalam isu Islam sedang mereka sedar ia adalah agama Persekutuan.

"Apakah ini polisi sebenar Pakatan Harapan? Kita mahu mendengar pendirian daripada rakan Pakatan Harapan yang lain," katanya merujuk kepada gabungan pembangkang ketika ini yang membabitkan PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.k".


No comments:

Post a Comment