Wednesday 7 May 2014

MASANYA SUDAH SAMPAI KENYATAAN LIM KIT SIANG






Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak menolak kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah sekiranya isu hukum hudud menjadi semakin besar.
“Jika hudud menjadi isu besar, Pakatan mungkin mengikut langkah seperti Barisan Alternatif,” katanya.

Barisan Alternatif (BA) adalah gabungan parti pembangkang untuk mencabar Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1999, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkok di penjara Sungai Buloh.

Ketika itu, parti-parti pembangkang yang bergabung di bawah BA adalah Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Rakyat (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Ketika itu PAS berkempen untuk melaksanakan Negara Islam menyebabkan dua pemimpin utama DAP, Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kerusi parlimen yang ditandingi mereka.

Lalu, pada 21 September 2001, DAP mengumumkan keluar dari BA.

Pada tahun 2008, BA dijenamakan semula menjadi Pakatan Rakyat (PR).

Kit Siang dilaporkan Roketkini membayangkan masa depan PR semakin celaru selepas Pilihanraya Umum ke-13.

“Genap setahun juga menyaksikan kemungkinan berbahaya akan perpecahan Pakatan. Ini tidak boleh dipandang ringan.

“Majoriti besar yang mengundi Pakatan dalam pilihanraya lalu menginginkan pertukaran kerajaan dan dasar negara, bukan undang-undang hudud. Lagi pula, sesiapa yang tidak menyokong hudud bukanlah anti-Islam, tetapi kerana Perlembagaan Persekutuan memnyediakan Malaysia sebagai negara sekular yang demokratik,” katanya.

Katanya lagi, Pakatan tentunya tidak akan dapat terus menafikan majoriti dua pertiga BN, malah akan kalah teruk jika hudud menjadi agenda mereka pada pilihanraya umum lalu.

“Rakyat ingin Pakatan terus bertambah kuat dan mencapai peralihan di peringkat persekutuan pada PRU ke-14 nanti. Namun jika hudud menjadi isu utama, Pakatan akan menerima nasib sama seperti Barisan Alternatif.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...