Tuesday, 14 March 2017

seBENARnya.my


Pelbagai fitnah dalam media sosial sedang tular/viral pada setiap hari oleh mereka yang tidak ada langsung untuk bertanggungjawab atas penyebaran maklumat tersebut. Perbuatan tersebut boleh memesongkan pengetahuan pembaca terhadap maklumat yang SEBENARNYA. Oleh itu semak maklumat sebelum tular/viral. TAPI di mana anda ingin semak? Portal SEBENARNYA.MY boleh membantu. Laman web kementerian dan agensi juga boleh membantu.

Monday, 13 March 2017

Bantuan Pendidikan di bawah PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA



Tidak Puas Hati Dinasti Lim Dalam DAP

Perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan elit Dinasti Lim dalam DAP semakin meningkat antara kalangan ahli DAP dan penyokong parti itu sehingga menyebabkan 182 ahli DAP keluar parti itu.

Antara sebab utama ini adalah kerana mereka kecewa dengan kerjasama yang terjalin antara DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia terutamanya dengan pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai hipokrit kerana tidak selaras dengan identiti perjuangan DAP.

Bagi kebanyakan pengikut dan penyokong DAP, Mahathir akan sentiasa menjadi musuh yang lebih besar setelah melabelkan parti DAP sebagai parti yang rasis setelah sekian lama.  Mereka sendiri nampak bahawa pemimpin-pemimpin mereka sanggup mengorbankan perjuangan mereka untuk mengejar kuasa.


JARI PALSU LAGI?

FITNAH BESAR PKR MENJELANG PRU 14 : KONONNYA ADA JARI PALSU DARI CHINA DI BAWA MASUK KE MALAYSIA.

Akhbar keadilan minggu ini sudah mengeluarkan siri provokasi dan rekacipta fitnah menjelang PRU 14.

Dilaporkan dalam akhbar mereka, jari palsu dari china di bawa masuk untuk PRU ke 14.

Jika berdasarkan sistem pilihanraya di Malaysia, pengenalan mencelup jari ke dalam dakwat hitam sudah diimplementasikan perlaksanaannya pada PRU 13 yang lepas.

Halaan tajuk besar akhbar keadilan ini sebenarnya cuba mencipta persepsi kononnya bakal berlaku pengundian berulang kali oleh 'pemilik jari-jari' yang berkenaan kerana jari itu adalah baru dan tidak bertanda dakwat hitam.

Berdasarkan foto yang digunakan oleh akhbar tersebut, sebenarnya jikalau diselidiki punca foto itu, ianya menyamai satu artikel terbitan ABC news yang disiarkan pada tarikh 7 jun 2013.

Apa pun gambar jari itu sebenarnya PKR telah cedok dari sebuah laman web luar negara klik sini.


Artikel mengenai jari palsu di Jepun ini menyentuh mengenai siri-siri kes pemotongan jari oleh kumpulan Yakuza terhadap bekas ahli mereka yang melanggar peraturan Yakuza.

Konsep potong jari ini digelar ' yubitsume ' yang akan memotong setiap jari ahli Yakuza jika berlaku pengulangan kesilapan/keingkaran terhadap kumpulan mereka.
Kepada akhbar keadilan, anda perlulah lebih tenang dan jujur dalam menyampaikan berita.

Kaedah mencipta persepsi dan fitnah yang menghala provokasi tidak sepatutnya berlaku dalam sistem pilihanraya malaysia yang amat adil dilaksanakan oleh SPR.

Jika pilihanraya tidak adil sepertimana SPR difitnah, takkanlah pada PRU 2008 dan 2013 pembangkang terus menang di Selangor dan Pulau Pinang ??


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...