Hazzirah Izzati Mat Lazim memang tidak sepopular Adam Adli. Hazirah hanyalah gadis biasa tapi mempunyai kebolehan yang luar biasa dengan pencapaian cemerlang didalam bidang akademik memperolehi Phd pada awal usia 24 tahun.Pencapaian beliau seharusnya mendapat liputan meluas media dan wajar dijadikan ikon kepada generasi kini khususnya anak-anak Melayu.Tentunya gadis ini memberikan keutamaan kepada pelajaran berbanding perkara-perkara lain adalah antara kunci utama kejayaan beliau.
Bukan dengan niat mempolitikkan gadis ini tetapi jika perbandingan dibuat dengan tujuan kebaikan anak bangsa apa salahnya dan dimana silapnya.Kejayaan menempa nama sebagai pelajar Melayu yang mendapat usia 24 tahun jauh lebih bermakna dari kejayaan Adam Adli menjadi bekas pelajar di pusat pengajian tinggi berulang alik ke balai polis menghadapi pelbagai tuduhan jenayah.Naik turun mahkamah dan menjadi buruan lensa Adam Adli kelihatan berbangga dan riak.Mempunyai pengikut yang menyokong membabi buta tanpa memikirkan kesan kepada generasi muda khususnya pelajar Melayu yang berada di menara gading.
Mahasiswa serta mahasiswi dihasut menjadi kurang ajar dan bersikap seperti extremis kononnya ingin menjadi pejuang dengan menjadi alat perkakasan parti politik pembangkang.Berguling-guling dijalanraya menjadi riadah mereka di setiap hujung minggu sambil menjaja sepanduk perjuangan di jalanan begitu meloyakan.Tutur kata kesat provokasi kepada pemerintah menjadi siulan dan tentunya tersemat di benak mereka seakan lupa siapakah diri mereka sebenarnya.
Antara mereka berdua Hazzirah Izzati dan Adam Adli ..siapakah wajar menjadi wira atau wirawati.Jika watak antagonis lebih menarik perhatian anak -anak Melayu,betapa malangnya segala pengorbanan generasi terdahulu untuk memastikan Melayu mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama tinggi dengan bangsa yang lebih terkehadapan berbanding kita.
BOLEH BACA BIODATA HAZZIRAH DI SINI: KLIK
No comments:
Post a Comment