Azmin
Ali, yang dikatakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Menteri Besar
Selangor, tidak mendapat sokongan daripada partinya.
Naib
Presiden PKR, Tian Chua berkata tiada cubaan untuk berunding dengan
parti untuk mengubah pendirian parti sekiranya Azmin atau mana-mana calon
mendapat sokongan majoriti, yang merupakan kriteria utama dalam pelantikan
menteri besar yang baharu.
“Kami
agak tertanya-tanya sekiranya pihak istana memilih nama yang selain daripada
calon yang telah dipilih oleh PKR dan parti komponen Pakatan Rakyat,” katanya.
“Kriteria
tunggal untuk calon menteri besar, perlu mendapat sokongan majoriti daripada
ahli Dewan Undangan Negeri. Tidak kisah sama ada calon tersebut tidak mempunyai
parti sekali pun,” kata Chua.
Setiausaha
Agung PKR, Saifuddin Nasution dilaporkan berkata parti tidak
berganjak daripada keputusannya sebelum ini yang menamakan presiden parti Wan
Azizah sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu.
Beliau
petik sebagai berkata keputusan dan pendirian parti itu adalah atas kepercayaan
mempertahankan Undang-Undang Tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan.
Saifuddin
turut menafikan laporan berita kononnya Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar
Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan secara lisan kepada calon
lain sebagai menteri besar yang baharu.
Bendahari
Agung PKR, William Leong berkata parti itu juga tidak akan memberikan
sokongan kepada mana-mana calon selain daripada Wan Azizah, yang juga isteri
kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“PKR
dan DAP tidak pernah memberikan nama calon lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment