Showing posts with label krisis MB Selangor. Show all posts
Showing posts with label krisis MB Selangor. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

AZMIN MB SELANGOR KE-15


Teka-teki siapa Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya terjawab apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dilantik untuk menjawat jawatan tersebut berkuat kuasa esok.

Surat pelantikan jawatan itu yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani diserahkan kepada Azmin, petang ini.



"Saya sahkan surat itu dikeluarkan oleh pihak Istana Selangor untuk melantik Azmin sebagai Menteri Besar yang baharu.

"Surat itu diserahkan sendiri kepada Azmin petang tadi," kata Mohamad Munir ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Kandungan surat tersebut menyatakan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan melantik Azmin untuk jawatan berkenaan berkuat kuasa esok.

Surat itu turut meminta Azmin untuk hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta penerimaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor yang akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang, esok.

Sebelum ini, tiga calon sudah pun disenarai pendek dan telah menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah iaitu Azmin; Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Bendahari Pas negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Sementara itu, Azmin melahirkan kesyukuran di atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa berkata, surat perkenan pelantikan beliau oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah diterimanya pada pukul 3 petang ini.

Katanya, Sultan Selangor telah menitahkannya untuk hadir di Istana Alam Shah pada pukul 10.30 pagi esok untuk mengangkat sumpah bagi jawatan tersebut.

"Saya bersyukur kepada Allah SWT. Pada sekitar pukul 3 petang ini saya telah menerima surat daripada Sultan Selangor yang memaklumkan bahawa baginda telah memperkenan pelantikan saya sebagai Menteri Besar Selangor mulai esok," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Biro Politik PKR di pejabat PKR pusat di sini hari ini.

Mesyuarat berkenaan yang bermula pada pukul 5 petang turut dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri beliau yang juga Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Yang turut hadir, ADUN Hulu Klang daripada Pas, Saari Sungip dan pimpinan tertinggi PKR.
Azmin berkata, keputusan tersebut diterima sebulat suara oleh barisan kepemimpinan PKR termasuk Wan Azizah yang sebelum ini merupakan calon tunggal PKR untuk jawatan itu.
Katanya, Anwar dan kesemua ADUN Selangor daripada PKR juga telah dimaklumkan dan bersetuju dengan keputusan Sultan Selangor itu.

"Sebaik sahaja saya menerima surat ini, seperti yang saya janjikan kepada parti, saya telah memaklumkan terus dalam perjumpaan dengan Ketua Umum tentang perkembangan ini dan kita telah memutuskan untuk mengadakan mesyuarat Biro Politik tergempar pada pukul 5 petang tadi.

"Dan saya berterima kasih kepada Presiden parti serta semua rakan kerana telah sebulat suara mencalonkan saya sebagai Menteri Besar bagi pihak PKR," jelasnya.

Ketika kemelut pengganti Abdul Khalid memuncak, hanya Pas yang mencalonkan Azmin untuk jawatan Menteri Besar selepas diminta oleh Sultan Selangor untuk mengemukakan lebih daripada dua nama bagi jawatan itu manakala DAP dan PKR tetap bertegas mencalonkan Wan Azizah sahaja.

Sementara itu Anwar ketika ditemui berkata, tiada sidang akhbar akan dibuat oleh mana-mana pemimpin PKR berhubung pelantikan tersebut sebaliknya satu kenyataan yang 'sangat positif' daripada Presiden PKR akan diedarkan kepada media.

Beliau juga enggan memberi sebarang komen mengenai pemilihan Azmin meskipun diasak dengan pelbagai soalan daripada petugas media yang berkumpul di pekarangan bangunan pejabat PKR sejak pukul 2 petang.

SUMBER: UTUSAN

REAKSI ANWAR SETERUSNYA...




Monday, 22 September 2014

AZMIN BAKAL MB SELANGOR?

MISTERIIIII....




HARI ini merupakan Rehearsal Majlis angkat sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah, Klang. Beberapa pemimpin parti politik daripada Pas kelihatan, namun masih lagi berkira-kira siapa yang bakal menjadi MB.

Azmin merupakan nama yang disebut-sebut bakal mengisi kerusi MB Selangor. Azmin juga dikatakan dah mengadap Sultan dan mengambil buku tatacara angkat sumpah.

Adakah benar Azmin MB Selangor yang baru??

Dapat dibayangkan apa jadi pada Anwar Ketum bila bini dia tak dapat jadi MB????
SERAAMMMMMM..




NAK KAK JIJAH KIPAS JUGAK


Azmin Ali, yang dikatakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, tidak mendapat sokongan daripada partinya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tiada cubaan untuk berunding dengan parti untuk mengubah pendirian parti sekiranya Azmin atau mana-mana calon mendapat sokongan majoriti, yang merupakan kriteria utama dalam pelantikan menteri besar yang baharu.

“Kami agak tertanya-tanya sekiranya pihak istana memilih nama yang selain daripada calon yang telah dipilih oleh PKR dan parti komponen Pakatan Rakyat,” katanya.

“Kriteria tunggal untuk calon menteri besar, perlu mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri. Tidak kisah sama ada calon tersebut tidak mempunyai parti sekali pun,” kata Chua.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilaporkan berkata parti tidak berganjak daripada keputusannya sebelum ini yang menamakan presiden parti Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau petik sebagai berkata keputusan dan pendirian parti itu adalah atas kepercayaan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan.

Saifuddin turut menafikan laporan berita kononnya Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan secara lisan kepada calon lain sebagai menteri besar yang baharu.

Bendahari Agung PKR, William Leong berkata parti itu juga tidak akan memberikan sokongan kepada mana-mana calon selain daripada Wan Azizah, yang juga isteri kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PKR dan DAP tidak pernah memberikan nama calon lain,” katanya.


Friday, 5 September 2014

kalau dah kaki u-turn

pulak dahhhhhh....






Krisis menteri besar di Selangor telah menemui episod baru apabila PAS dipercayai telah menolak pencalonan isteri Anwar Ibrahim Wan Azizah sebagai MB Selangor serta mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif PAS untuk jawatan itu.

Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini. 

Menurut sumber mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon. Dan lebih pasti Pas menolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana.

Sudah sampai masa Pas perlu bersuara demi mencegah kemungkaran yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan sekutunya.



#esok-esok keluar pulak kenyataan hadi nafi tolak kak jijah kipasss.. u-turn lagi.
#tak pernah tetap pendirian.. ini macam ka mau tawan putrajaya?? poraaahhh
#orang suka u-turn ni memang suka cakap belit-belit..

Thursday, 4 September 2014

Istana Hantar Surat Baharu Minta PKR Calon Lebih 2 Nama



PKR menerima surat daripada pihak Istana sebentar tadi memperingatkan agar lebih dua nama dikemukakan kepada Sultan Selangor untuk dicalon sebagai menteri besar.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan media memaklumkan parti itu menerima surat jawapan dari pihak istana berhubung isu pelantikan menteri besar yang baharu.

Surat berkenaan mengesahkan istana menerima surat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah Adun Selangor yang menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar baharu.

Bagaimanapun, surat istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada Sultan Selangor.

PKR sebelum ini hanya menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, begitu juga dengan sekutu mereka DAP.

Hanya PAS dikatakan menghantar nama Wan Azizah dan Mohamad Azmin Ali.

Berikut kenyataan media dikeluarkan PKR sebentar tadi.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat


# jangan nak buat degil membabi buta lagi nak hantar satu nama jugak!


Wednesday, 3 September 2014

PKR dan DAP tetap degil


Bukan main lagi DAP tunjuk ego membabi buta dengan tetap berdegil menamakan hanya seorang calon saja bagi jawatan MB Selangor. Titah Sultan Selangor yang minta sekurang-kurangnya 2 nama langsung DAPig ni buat bodoh je. Mencabar nampak...

Setiausaha DAPig, Tony Pua cakap "it will be Kak Wan only". ini la masalah-masalah yang timbul bila Cina kapiaqqq ni diberi kuasa sikit. Sultan pun dia buat main je. 

PAS pulak dah jadi macam tikus mabuk ketum. Tetap nak hantar nama calon dari PKR (kak wan dan Azmin Ali) sebab tak nak mungkir janji....ke sebab takoootttt 





Friday, 29 August 2014

Ahli PAS kecewa dengan parti sendiri



Kuala Lumpur -Tidak berpuas hati dengan kemelut politik yang melanda Selangor sehingga menyebabkan PAS turut diheret sama, seoang lelaki yang dipercayai sebagai ahli parti itu telah meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.

Beliau yang dikenali sebagai Harith A. Ghani mendakwa walaupun ramai tenaga pengajar parti itu mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, namun mereka dikatakan lebih cenderung untuk mengajar kebatilan, fitnah, mengumpat, ujub, takabbur dan berbohong. 

Berikut adalah kenyataan penuh beliau seperti yang dipetik:

Sukar untuk menerima hakikat tetapi kebenaran walaupun pahit, perlu juga ditelan, perlu juga dikhabarkan dan perlu juga didedahkan, biarpun akhirnya ibarat pepatah orang Melayu, tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Siapa yang tidak kasih kepada parti yang banyak berjasa kepada kita.

Walaupun mungkin sebahagian daripada ‘jasa’ tersebut membuatkan kita terpaksa membuka lebih banyak kitab, terpaksa menghadap lebih ramai guru dan terpaksa berdebat, bermuzakarah dan berbahas semata-mata untuk memurnikan ilmu yang kita pelajari namun, dilihat ‘ke belakang cermin’, hikmahnya membolehkan kita mengetahui dan mempelajari lebih banyak disiplin ilmu.

Tidak dapat dinafikan, sebilangan besar tenaga pengajar di dalam PAS, walaupun ijazah dan kelulusan mereka bergulung-gulung, apabila mereka berada dalam lingkungan POLITIK ISLAM, mereka lebih cenderung untuk mengajar kebatilan, fitnah, mengumpat, ujub, takabbur dan berbohong.

Semuanya dibuat atas nama PERJUANGAN ISLAM. Apabila diberitahu bahawa mereka telah melakukan kemungkaran mahupun kebatilan, mereka melenting dan cepat-cepat melabelkan kita sebagai ANJING UMNO.

Walhal UMNO, PAS tidak ada kaitan langsung dengan ISLAM walaupun ada yang mengajarkan bahawa antara kedua-duanya, salah satu daripadanya adalah Islam Tulen.

Baik UBN mahupun PAS, kedua-duanya lahir daripada fikrah keperluan duniawi yang mempunyai tunjang mahupun hala tuju perjuangan yang berbeza walaupun akhirnya matlamatnya tetap sama.

Perbezaan ideologi politik sebenarnya tidak mengganggu akidah selagimana akidah itu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allah Taala dan kepada Rasul-Rasul-Nya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi iktiqad yang yakin, kepercayaan yang putus sekira-kira menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut sebagaimana kepercayaan itu.

Itu sedang berlaku di dalam PAS.

Kalau ditanya, mengapa pilih PAS… yang jahil tetapi mahu cari jalan pintas untuk masuk syurga mahupun yang mahu dikatakan lebih Islam dari orang lain, akan kata PAS adalah jalan hidupnya.

Yang waras dan tahu membezakan antara batil dan haq akan mengatakan, PAS disokong dan didukung kerana prinsip perjuangannya.

Manakala yang terlebih muntahi pula akan berkata, PAS ada masa hadapan untuk berkuasa di Malaysia kerana keperluan spiritual, akhirnya mengalahkan material.

Golongan pertama dan golongan terlebih muntahi inilah yang paling ramai dalam PAS dan kedua-dua golongan inilah yang paling banyak mendatangkan kerosakan kepada PAS dengan pengeluaran hukum yang mereka fikirkan logik dan waras, tetapi sebenarnya sesat dan serba menyesatkan terutama sekali yang membabitkan pentakfiran dan melabelkan BODOH kepada orang Islam bukan PAS.

Perebutan jawatan Menteri Besar Selangor semakin mendekatkan kita ke jurang kehancuran jemaah.

Segala ilmu yang diajar selama ini, ternyata menjadi sia-sia apabila kita sendiri terperangkap dalam mainan yang sepatutnya kita lebih mahir dan lebih berpengalaman bersandarkan kepada hukum aqli – baik aqli dharuri mahupun aqli nazhari – serta naqli.

Barangkali kerana terlalu banyak membiarkan syaitan bermaharajalela, akhirnya yang tersembam adalah kita sendiri.

Dan berita terbaru, PAS Selangor yang diketuai oleh Iskandar Samad terpaksa tunduk kepada gerombolan Khalid Samad apabila bersetuju untuk menamakan tiga orang calon Menteri Besar DARIPADA PKR, bukannya dari PAS hanya kerana Anwar Ibrahim semalam membidas TGHH dengan menyatakan KERUSI MENTERI BESAR SELANGOR ADALAH HAK PKR.

Keputusan PAS Selangor itu, kemudiannya menjadi senjata kepada Khalid Samad yang telah diludah, disimbah air dan dimaki carut ketika keluar dari mahkamah untuk memberitahu jemaah PAS agar keluar dari PAS sekiranya enggan menyembah dan tunduk patuh kepada Anwar Ibrahim pada tubuh badan Wan Azizah.

Berguna lagikah semua ilmu yang dipelajari menerusi usrah, tamrin, kuliyyah dan sebagainya sebagaimana yang dianjurkan oleh PAS?

Atau ia sekadar satu topengan untuk melindungi kemunafikan golongan yang mahu menggunakan kesucian agama Allah Taala untuk kepuasan nafsu mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan sebilangan PARASIT di dalam PAS?

Sungguh mengecewakan kerana pucuk pimpinan akhirnya akur dengan kehendak orang luar parti tanpa mengambil kira perasaan serta sokongan jemaah yang begitu setia menjunjung setiap prinsip mulia parti.


# tak guna ilmu agama berkepuk-kepuk kalau masih suka melabel orang dengan perkataan tak elok, fitnah sana sini, suka putar belit dan hati penuh hasad dengki.

#patut la PAS tak hantar calon sendiri, dah ada kiblat baru rupanya--> anwar ketum & kak wan kipas!

Azwan jadi MB Selangor???


Jawatan Menteri Selangor yang baharu mungkin di kalangan bukan ahli mana-mana parti. Berkemungkinan ia akan diambil dari kalangan orang biasa.

Kini dah timbul desas desus yang sudah menjadi viral kononnya kombinasi dua nama Azmin Ali dan Wan Azizah menjadi Azwan Ali bakal dilantik menjadi Menteri Besar yang disebut-sebut itu.



Jadi tidak timbul soal gender di sini kononnya wanita tidak layak menjadi Menteri Besar kerana Azwan Ali memiliki kedua-dua sifat tersebut.

Beliau boleh reform penampilan gendernya berubah dengan sekelip mata...  

Juga tidak perlu dipersoalkan siapa Azwan Ali meskipun ia adalah adik kepada Azmin Ali.

Bahkan Azmin Ali mempunyai ikatan atau talian silang persaudaraan dengan keluarga Anwar melalui sebelah isteri Azmin; Shamsidar.


Yakinlah ini bukanlah satu bentuk korupsi, kronisme dan nepotisme (KKN) tetapi ia lebih kepada memberikan keadilan kepada yang hak. 

Iaitu hak yang berada di tangan seorang pemimpin Anugerah Tuhan dan suami kepada seorang isterinya yang tak boleh dipersoalkan kerana mungkin akan masuk neraka siapa yang mempertikaikannya.

Mungkin ini langkah awal Azwan Ali bakal menjadi Perdana Menteri sepertimana yang diidam-idamkannya selama ini.


Mana tau ratu oopps jejaka selfie ini bakal jadi PM kita?



Tuah ayam nampak di kaki...tuah Azwan Ali mungkin pada cermin mata besaunya...hehehe 






Thursday, 28 August 2014

PAS TAKUTTT nak hantar calon!



Pas tegaskan parti itu tidak menuntut jawatan Menteri Besar Selangor apabila memutuskan tidak akan menghantar nama calon dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas hanya akan menghantar nama calon Menteri Besar yang baharu daripada kalangan ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR).


"Kita akan menghantar sekurang-kurangnya tiga nama untuk calon Menteri Besar, tetapi bukan daripada kalangan pemimpin Pas sebaliknya pemimpin PKR. Kita tetap dengan keputusan sebelum ini yang memutuskan untuk tidak menuntut jawatan tersebut," katanya. - UTUSAN


#PAS dah jadi tikus @ lembu kena cucuk hidung ke???? takut sangat dengan PKR sampai langsung tak hantar calon..apa la PKR dah jampi ye..

Tuesday, 26 August 2014

Kenyataan rasmi petang ini



Pihak istana akan mengedarkan kenyataan rasmi berhubung jawatan Menteri Besar Selangor selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, petang ini.
Perkara itu dimaklumkan Pembantu Khas Sultan Selangor, Zahir Kelvin Ong Abdullah di pintu masuk utama Istana Bukit Kayangan di sini, sebentar tadi.


“Media semua diminta tunggu selepas Abdul Khalid menghadap Sultan, kita akan edarkan kenyataan rasmi… sidang media khas  ditangguhkan pada jam 5.30 petang,” katanya.-BH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...