LAPORAN PENUH: KLIK DI SINI
Pesawat
Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai
lalu, disahkan telah ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Armsterdam ke
Kuala Lumpur berdasarkan laporan awal berhubung insiden itu yang disiarkan oleh
Lembaga Keselamatan Belanda (DSB), hari ini.
Menurut
laporan DSB, pesawat MAS yang membawa 298 penumpang itu berkecai di udara
selepas ditembusi sejumlah besar objek berkelajuan tinggi dari luar pesawat
berkenaan ketika melintasi ruang udara timur Ukraine.
Laporan
tersebut sekali gus dilihat mengukuhkan lagi dakwaan sebelum ini bahawa pesawat
Boeing 777 berkenaan, terkena serpihan akibat tembakan peluru berpandu.
Berdasarkan
siasatan ke atas serpihan pesawat MH17, DSB mendapati banyak kesan tembusan
'objek' dari luar pesawat dan menyebabkan kerosakan struktur pesawat sebelum
berkecai di udara.
"Kesan
tembakan ini juga menjelaskan punca komunikasi perakam kokpit dengan pusat
kawalan trafik terputus secara tiba-tiba, serentak dengan kehilangan pesawat
itu daripada radar.
"Pesawat
MH17 disahkan berkecai di ruang udara berdasarkan penemuan serpihan yang
berselerak di wilayah Donetsk," tambah laporan itu.
SUMBER: UTUSAN
No comments:
Post a Comment