Showing posts with label SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

PESTA ARAK: SUDAH TAKUTTT TERUS TUKAR IKLAN!





Tidak sampai 24 jam selepas Kosmo! mendedahkan mengenai penganjuran pesta mabuk arak di Selangor, pihak yang terlibat dengan acara Oktoberfest mula takut apabila bertindak menurunkan papan iklan gergasi di Jalan Subang, Seksyen U2, Shah Alam.

Tinjauan semula wartawan Kosmo! di lokasi tersebut mendapati papan iklan gergasi Oktoberfest yang sebelum ini didakwa telah dipasang sejak hujung bulan lalu telah digantikan dengan iklan promosi makanan secara bufet sebuah hotel di Shah Alam.

Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad mendakwa, siasatan awal pihaknya mendapati papan iklan gergasi Oktoberfest yang mencetuskan kontroversi itu telah dipasang tanpa kebenaran MBSA.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.





Semalam Kosmo! pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengecam tindakan kerajaan negeri Selangor membenarkan pesta jualan arak Oktoberfest diadakan di negeri ini sejak bulan lalu tanpa mengira sensitiviti umat Islam.

Menurut mereka, sikap biadab kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membenarkan promosi pesta anjuran Carlsberg Malaysia itu secara keterlaluan tidak patut berlaku.

Oktoberfest merupakan pesta jualan arak yang menjadi tradisi turun-temurun di Jerman dan cuba dikembangkan di negara ini secara terbuka oleh syarikat pengeluar arak ternama itu.

Lebih menyedihkan, kerajaan negeri Selangor memandang sebelah mata terhadap tindakan penganjur menyewa papan iklan gergasi milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Subang, Seksyen U2 untuk mempromosikan iklan festa tersebut sedangkan majoriti penduduk Shah Alam adalah orang Islam.

Presiden Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDS), Rosdi Long berkata, kebenaran bagi pemasangan papan iklan Oktoberfest di sekitar bandar raya Shah Alam seolah-olah menggalakkan orang Islam di Selangor menyertai aktiviti mempromosi minuman keras terbabit.







Friday, 3 October 2014

Azmin Ali kaki balas dendam!!!


Itulah perkataan yang cukup untuk menggambarkan perilaku Azmin yang dilihat lebih keanak-anakan yang suka membalas semula apabila berasa tidak berpuas hati dengan seseorang. Mungkin itu memang sikap tradisi dalam PKR kot. Ye la, tengok Anwar Ketum pun dah tau.

Azmin dilihat lebih banyak memberi tumpuan untuk melunaskan dendam politik terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Antara langkah sumbang yang sudah diambil olehnya adalah:

  • Masih tidak membentangkan apa-apa agenda untuk memajukan Selangor dan rakyatnya...Tak habis2 pikir macam mana nak balas dendam pada Tan Sri Khalid.
  • Membatalkan satu persatu tindakan atau keputusan yang dibuat ketika kerajaan negeri di bawah pentadbiran Abdul Khalid. Antaranya ialah:

§  Membatalkan kenaikan kadar elaun empat jawatan utama iaitu Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri.
§  Melantik semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
§  Mengkaji semula perjanjian penstrukturan semula industri air negeri.

Rakyat Selangor memang dah bosan dengan pertelingkahan dan kemelut politik yang dicetuskan oleh PKR berikutan `Langkah Kajang' yang direkacipta oleh parti itu.

Cukuplah mereka yang jadi mangsa selama hari ini. Pemimpin PKR seronok bersuka ria, rakyat Selangor menderita. Mereka bukan nak tengok Azmin tunjuk HERO dengan membalas dendam pada Khalid. Depa tak heran pun. Mereka tidak tuntut benda yang berlebihan pun, cuma mahukan nasib mereka terbela, tak dibelenggu lagi dengan masalah air atau denggi.



Tuesday, 23 September 2014

AZMIN MB SELANGOR KE-15


Teka-teki siapa Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya terjawab apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dilantik untuk menjawat jawatan tersebut berkuat kuasa esok.

Surat pelantikan jawatan itu yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani diserahkan kepada Azmin, petang ini.



"Saya sahkan surat itu dikeluarkan oleh pihak Istana Selangor untuk melantik Azmin sebagai Menteri Besar yang baharu.

"Surat itu diserahkan sendiri kepada Azmin petang tadi," kata Mohamad Munir ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Kandungan surat tersebut menyatakan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan melantik Azmin untuk jawatan berkenaan berkuat kuasa esok.

Surat itu turut meminta Azmin untuk hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta penerimaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor yang akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang, esok.

Sebelum ini, tiga calon sudah pun disenarai pendek dan telah menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah iaitu Azmin; Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Bendahari Pas negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Sementara itu, Azmin melahirkan kesyukuran di atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa berkata, surat perkenan pelantikan beliau oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah diterimanya pada pukul 3 petang ini.

Katanya, Sultan Selangor telah menitahkannya untuk hadir di Istana Alam Shah pada pukul 10.30 pagi esok untuk mengangkat sumpah bagi jawatan tersebut.

"Saya bersyukur kepada Allah SWT. Pada sekitar pukul 3 petang ini saya telah menerima surat daripada Sultan Selangor yang memaklumkan bahawa baginda telah memperkenan pelantikan saya sebagai Menteri Besar Selangor mulai esok," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Biro Politik PKR di pejabat PKR pusat di sini hari ini.

Mesyuarat berkenaan yang bermula pada pukul 5 petang turut dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri beliau yang juga Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Yang turut hadir, ADUN Hulu Klang daripada Pas, Saari Sungip dan pimpinan tertinggi PKR.
Azmin berkata, keputusan tersebut diterima sebulat suara oleh barisan kepemimpinan PKR termasuk Wan Azizah yang sebelum ini merupakan calon tunggal PKR untuk jawatan itu.
Katanya, Anwar dan kesemua ADUN Selangor daripada PKR juga telah dimaklumkan dan bersetuju dengan keputusan Sultan Selangor itu.

"Sebaik sahaja saya menerima surat ini, seperti yang saya janjikan kepada parti, saya telah memaklumkan terus dalam perjumpaan dengan Ketua Umum tentang perkembangan ini dan kita telah memutuskan untuk mengadakan mesyuarat Biro Politik tergempar pada pukul 5 petang tadi.

"Dan saya berterima kasih kepada Presiden parti serta semua rakan kerana telah sebulat suara mencalonkan saya sebagai Menteri Besar bagi pihak PKR," jelasnya.

Ketika kemelut pengganti Abdul Khalid memuncak, hanya Pas yang mencalonkan Azmin untuk jawatan Menteri Besar selepas diminta oleh Sultan Selangor untuk mengemukakan lebih daripada dua nama bagi jawatan itu manakala DAP dan PKR tetap bertegas mencalonkan Wan Azizah sahaja.

Sementara itu Anwar ketika ditemui berkata, tiada sidang akhbar akan dibuat oleh mana-mana pemimpin PKR berhubung pelantikan tersebut sebaliknya satu kenyataan yang 'sangat positif' daripada Presiden PKR akan diedarkan kepada media.

Beliau juga enggan memberi sebarang komen mengenai pemilihan Azmin meskipun diasak dengan pelbagai soalan daripada petugas media yang berkumpul di pekarangan bangunan pejabat PKR sejak pukul 2 petang.

SUMBER: UTUSAN

REAKSI ANWAR SETERUSNYA...




Monday, 22 September 2014

AZMIN BAKAL MB SELANGOR?

MISTERIIIII....




HARI ini merupakan Rehearsal Majlis angkat sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah, Klang. Beberapa pemimpin parti politik daripada Pas kelihatan, namun masih lagi berkira-kira siapa yang bakal menjadi MB.

Azmin merupakan nama yang disebut-sebut bakal mengisi kerusi MB Selangor. Azmin juga dikatakan dah mengadap Sultan dan mengambil buku tatacara angkat sumpah.

Adakah benar Azmin MB Selangor yang baru??

Dapat dibayangkan apa jadi pada Anwar Ketum bila bini dia tak dapat jadi MB????
SERAAMMMMMM..




NAK KAK JIJAH KIPAS JUGAK


Azmin Ali, yang dikatakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, tidak mendapat sokongan daripada partinya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tiada cubaan untuk berunding dengan parti untuk mengubah pendirian parti sekiranya Azmin atau mana-mana calon mendapat sokongan majoriti, yang merupakan kriteria utama dalam pelantikan menteri besar yang baharu.

“Kami agak tertanya-tanya sekiranya pihak istana memilih nama yang selain daripada calon yang telah dipilih oleh PKR dan parti komponen Pakatan Rakyat,” katanya.

“Kriteria tunggal untuk calon menteri besar, perlu mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri. Tidak kisah sama ada calon tersebut tidak mempunyai parti sekali pun,” kata Chua.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilaporkan berkata parti tidak berganjak daripada keputusannya sebelum ini yang menamakan presiden parti Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau petik sebagai berkata keputusan dan pendirian parti itu adalah atas kepercayaan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan.

Saifuddin turut menafikan laporan berita kononnya Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan secara lisan kepada calon lain sebagai menteri besar yang baharu.

Bendahari Agung PKR, William Leong berkata parti itu juga tidak akan memberikan sokongan kepada mana-mana calon selain daripada Wan Azizah, yang juga isteri kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PKR dan DAP tidak pernah memberikan nama calon lain,” katanya.


Tuesday, 12 August 2014

Sultan perkenan Khalid jadi MB ---> buat Anwar makin mabuk!



SHAH ALAM 11 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus kekal sebagai Menteri Besar walaupun telah dipecat keahliannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sabtu lalu.

Perkenan baginda itu diumumkan sendiri oleh Abdul Khalid dalam sidang akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini hari ini selepas Dewan Diraja Selangor mengadakan mesyuarat hampir empat jam di Istana Alam Shah, Klang bagi membincangkan kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut Abdul Khalid, dalam mesyuarat itu, Sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasan beliau ketika menghadap baginda mengenai statusnya yang ketika ini masih lagi memperoleh kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) walaupun menjadi wakil rakyat Bebas.

"Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Sultan Selangor) telah bertanyakan sama ada saya masih lagi memperoleh kepercayaan majoriti ADUN. Saya telah menjelaskan (kepada baginda) di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperoleh kepercayaan majoriti ADUN.

"Sehubungan itu, baginda berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan baginda selanjutnya telah memperkenankan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

"Maka, sehingga ada perkembangan terbaharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar dan menjalankan tugas seperti biasa," katanya.

Ditanya mengenai status barisan ahli susulan daripada keputusan hari ini, Abdul Khalid memberitahu, berdasarkan Artikel 53(2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, beliau berhak menasihati baginda untuk melantik sekurang-kurangnya empat atau tidak lebih daripada 10 orang ADUN sebagai exco.
Buat masa ini jelas Abdul Khalid, empat exco kerajaan negeri daripada Pas sedia ada telah mengumumkan menerusi media menyokong kepemimpinan beliau sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, beliau sedia mengkaji semula kedudukan enam lagi ahli exco iaitu masing-masing tiga daripada PKR dan DAP.

"Untuk menjalankan pentadbiran negeri dan mesyuarat exco, sekurang-kurangnya perlu ada empat anggota exco. Buat masa ini empat ahli exco daripada Pas bersama-sama dalam kerajaan negeri di bawah kepemimpinan saya. Oleh itu saya boleh teruskan mengadakan mesyuarat exco.

"Sekiranya ada perubahan anggota exco, saya akan cadangkannya kepada Sultan Selangor, namun buat masa ini, saya akan jumpa setiap daripada mereka terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada mereka menyokong saya atau tidak.

"Sekiranya mereka merasakan tiada lagi kepercayaan terhadap saya sebagai Menteri Besar, adalah lebih baik mereka tidak lagi menjadi exco," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Abdul Khalid ketika ditanya sama ada beliau mengadakan perbincangan dengan Sultan Selangor mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau menjelaskan, perkara tersebut tidak dibangkitkan.

Malah katanya, baginda juga tidak menerima apa-apa laporan setakat ini mengenai usul undi tidak percaya terhadapnya.

"Untuk undi tidak percaya terhadap saya, proses mengikut tatacara undang-undang perlu dilakukan iaitu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Jika ADUN memutuskan tiada majoriti sokongan terhadap saya, saya perlu membawa keputusan tersebut kepada Sultan Selangor dan saya nasihatkan baginda mengenai apa-apa perkara yang perlu dibuat pada masa itu. Mengenai pembubaran DUN, siapa sebenarnya yang inginkan perkara itu dilakukan, bukan saya," ujarnya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

.
.
.
.
.
.
.
.

khalid masih jd MB.. anwar dah jadi gini

http://mymassa.blogspot.com/

..kesian..





































Monday, 11 August 2014

Pecat Tan Sri Khalid: Bukti Anwar Bakal Bazirkan Rm50juta Duit Rakyat Untuk Pilihan Raya Negeri Selangor?



Krisis MB Selangor: RM50 Juta Kos Adakan Pilihan Raya Negeri - SPR




PETALING JAYA: Kos untuk mengadakan pilihan raya negeri di Selangor menelan belanja sebanyak RM50 juta, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. 

Beliau berkata parti politik yang terlibat dengan krisis Menteri Besar Selangor harus cuba mengelakkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan kerana ia menyebabkan pembaziran masa dan wang.

"Tiada ragu-ragu, SPR sedang bersiap sedia dan tiada pilihan untuk mengadakan pilihan raya negeri sekiranya terpaksa berbuat demikian.

"Bagaimanapun, adalah tidak masuk akal untuk mengadakan pilihan raya hanya selepas 15 bulan pilihan raya umum ke-13 diadakan," katanya kepada The Star Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Terdapat 56 kerusi DUN kerana Selangor merupakan salah sebuah negeri yang terbesar, kata Aziz.

Beliau berkata dana yang dibelanjakan untuk mengadakan pilihan raya negeri itu sepatutnya dibelanjakan kepada perkara yang lebih berfaedah untuk kepentingan rakyat.

"Kita perlu membayar pekerja SPR dan membelanjakan wang untuk menyewa. Ia melibatkan kerja yang banyak dan menggangu banyak pihak yang berkepentingan," katanya.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk pentadbiran kerajaan negeri 'bermain dengan perasaan pengundi' yang menjangkakan wakil rakyat yang mereka pilih dapat berkhidmat selama lima tahun selepas pilihan raya umum Mei tahun lalu.

"Pakatan Rakyat harus mentadbir negeri Selangor seperti yang dijanjikan selepas mereka memenangi pilihan raya umum. Inilah jangkaan pengundian," katanya.

Bagaimanapun, Aziz berkata SPR bersedia pada bila-bila masa, kerana pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berada dalam keadaan tertekan apabila beliau didesak supaya melepaskan jawatannya untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sekiranya Khalid dipecat atau dipaksa untuk meletakkan jawatan, pilihan raya negeri tidak dapat dielakkan kerana MB boleh memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.

Pada ketika ini Pakatan Rakyat mempunyai 44 kerusi di Selangor, sementara Barisan Nasional memiliki 12 kerusi.



*PEMBAZIRAN YANG SANGAT TIDAK PERLU HANYA UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR NI.. DEMI KEPENTINGAN PERIBADI, DIA SANGGUP BUAT APA SAJA. 

Thursday, 7 August 2014

MENJELANG 16 SEPTEMBER. TAK DAPAT JADI PM, ISTERI JADI MB PUN JADILAH!





Mamat ni memang bercita-cita besar!!




Dari dulu nak jadi PM. Dah bertahun-tahun menunggu, pada tahun 2008 Anwar umum akan jadi Perdana Menteri pada 16 September. Katanya, dia dah cukup kerusi untuk jadi Perdana Menteri.




Bukan pengikutnya di Malaysia percaya, malah satu dunia Anwar dok sembang yang dia akan jadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Pak Lah. Tak percaya? Jom tengok bukti pembohongan Anwar bukan sahaja di Malaysia tapi turut melibatkan pembohongan peringkat antarabangsa.


Kali ini, menjelang sekali lagi 16 September, Anwar tidak lagi menjanjikan bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri tetapi sedang berusaha menjadikan isterinya sebagai Menteri Besar Selangor.

Tak habis-habis agenda Anwar nak rampas kuasa. Dulu pernah cuba rampas jawatan Perdana Menteri dari parti lawan iaitu Pak Lah tapi projek 16 September gagal. Lepas tu cuba rampas kuasa Menteri Besar Perak dari parti sesama pakatan iaitu DS Nizar, pun tak berjaya.



Kali ini dia cuba sesama parti sendiri. Cuba rampas jawatan Menteri Besar Selangor dari TS Khalid Ibrahim. Adakah Anwar akan berjaya kali ini?




*Kau ingat Negeri Selangor ni kau yang punya?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...