Sunday, 9 November 2014

Jangan undang BALA !! Lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita.

 Jangan kita mengundang bala!!!!

kisah akhir zaman.. 
manusia semakin tidak takut dengan bala Allah. malah makin seronok mencabar dan mempersenda hukum Allah






Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah S.W.T.

Menurut beliau, lelaki berpakaian seperti perempuan atau pun sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru ianya perlu disekat.

Katanya, tindakan Mahkamah Rayuan itu diibaratkannya sebagai menghalalkan perkara yang haram dan ianya akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.

“Ianya adalah kehendak dan juga hukum agama Islam bukannya adat untuk kita sesuka hati menghalalkan. Haram untuk lelaki menyerupai wanita.

“Saya amat sedih, undang-undang tersebut diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak Islam. Tetapi sekarang ianya seperti dihalalkan.

“Dengan keputusan yang dibuat, masyarakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala” katanya ketika ditemui di pejabatnya pada Jumaat.

Dr. Harussani juga turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalam supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam.

“Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah S.W.T serta hukum-hukumnya.

“Memang kita digalak menjadi liberal, tetapi liberal dalam soal pembangunan, jangan sampai kita mencabar tuhan dan mengubah hukumnya sendiri,” ujarnya.

Menurut laman portal Malaysian Insider,  Mahkamah Rayuan pada Jumaat telah mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan sebulat suara itu bermakna undang-undang yang sama di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan juga tidak sah dan batal, katanya portal tersebut.


1 comment:

  1. Si Islam/Melayu-LIBERAL makin MEMPERBODOHkan dan MENGUASAI TANAH MELAYU, NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ini - akibat NAFSU BUAS si LIBERAL ini, yg. mahu MENGHALALkan yg. diHARAMkan terutamanya hak puak LGBT ! Bahkan aku syak ini perancangan mat halus utk. HAPUSkan undg-undg/Mahkamah SYARIAH, oleh puak DA>PBANGKAI/PKRSODOM serta tuan Barat-Zionisnya!
    Bayangkanlah salah seorg. hakim ialah si KAPIR, dan Hakim/Hakim Islam yg. BUKAN pakar dlm ilmu Islam - boleh pula dibenarkan mengadili undg-undg Syariah berkaitan HUKUM ISLAM, berkaitan puak Mak Nyah yg. sebenarnya adalah puak HOMO! Maka sekrg, puak HOMO kat NEGARA ISLAM kita ni makin boleh liaq BERSODOM dgn. terbuka pula tu, hanya dgn. berlagak spt. Mak Nyah (kononnya SODOM jenis ini ‘semulajadi‘) - akan dibela undg-undg PENIPU-BINATANG BUAS si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS!

    Tengoklah Prof-jenis-apa ni dari Univ Islam pula tu -yg. mempertahankan isu ini sbg. perkara kecil kerana kononnya adalah hak kebebasan puak SODOM Mak Nyah ni dlm. "demokrasi" dan "itu hak mereka buat apa mereka suka" (esok puak SODOM nak MEROGOL binatang pun mungkin diHALALkan juga) - patutlah makin ramai anak muda termasuk MAHASEWEL; dah jadi KELIRU psl. hukum BERSODOM! Lihat di - http://www.anwaraidc.com/?p=51228:

    ISMA : Kemenangan Golongan Transgender Jadi Ancaman Islam Di Malaysia

    Nov 08,2014 - by AIDC

    SHAH ALAM: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berpendapat kemenangan golongan mak nyah dalam menghapuskan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Syariah Negeri Sembilan satu lagi cubaan mencabar kesucian agama Islam.

    Naib Presiden (II) ISMA, Fauzi Asmuni berkata golongan liberal seperti itu akan menggunakan pertembungan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil sebagai rujukan kepada tuntutan mereka pada masa akan datang.

    “Apabila berlaku pertembungan antara enakmen mahkamah syariah dan keputusan mahkamah rayuan, jadi yang terpakai adalah keputusan Mahkamah Rayuan manakala keputusan Mahkamah Syariah akan terpinggir.

    “Jika tidak dikawal dari awal, ia akan membawa kepada banyak penghapusan enakmen-enakmen khusus di dalam Mahkamah Syariah,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

    Fauzi diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengisytiharkan peruntukan undang-undang syariah Negeri Sembilan yang melarang golongan mak nyah berpakaian wanita sebagai tidak sah.

    Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hishamuddin Mohd Yunus berkata Enakmen Syariah tahun 1992 itu tidak sejajar dengan peruntukan perlembagaan yang menjamin kebebasan dan kesamarataan manusia.

    Beliau berkata peruntukan Seksyen 66 Enakmen Syariah Negeri Sembilan itu gagal mengiktiraf bahawa ada golongan lelaki yang mengalami ‘gender identity disorder’ yang dikaitkan dengan golongan transesksual ataupun lelaki yang mempunyai perwatakan wanita.

    Keputusan itu lantas disambut aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan (NG0) sebagai kemenangan dalam perjuangan golongan mak nyah yang mencari kesamarataan dan penerimaan pihak berkuasa Islam.

    “Ia satu ancaman yang patutnya masyarakat perlu lebih sensitif dengan perkembangan ini. Mereka perlu berhati-hati dengan mengambil tindakan sewajarnya agar bidang kuasa Mahkamah Syariah kekal dan tidak mudah diperkotak-katik,” ulas Fauzi lagi.

    Sementara itu Dekan Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Paduka Mahmud Zuhdi Abdul Majid menganggap keputusan Mahkamah Rayuan itu bukan suatu isu yang besar sama ada dari segi agama atau perundangan.
    Tegasnya ia adalah selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

    “Bertentangan atau tidak, itu pilihan sendiri. Jika maknyah merasakan apa yang dibuat itu tidak bertentangan, maka itu pilihan mereka. Jika mereka tidak mahu ikut para ulama dan cerdik pandai di dalam agama dan mahu buat apa yang mereka nak, tiada masalah.

    “Golongan ulama hanya nak membantu mereka untuk lepas dari dosa, ia tidak menjejaskan kepentingan para ulama dan pengamal undang-undang Islam. Mereka hanya nak tolong,” katanya kepada portal ini......

    (Teruskan membaca....)

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...