Selagi DAP berkuasa di Pulau Pinang, isu ini tidak akan lapuk..
anak Melayu akan merempat di bumi sendiri
tidak mampu untuk memiliki kediaman dan kehidupan lebih sempurna
oleh itu sedarlah anak Melayu..
jangan biarkan diri kita terleka dan tertipu dengan helah licik puak DAP ini
atau masing-masing rela untuk dimanipulasi oleh mereka
Indeks harga rumah Malaysia bagi tahun 2014 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta tidak menjadikan orang Melayu di negeri ini sebagai `kambing hitam’ dengan sengaja melengahkan-lengahkan kelulusan 15 projek perumahan mampu milik yang mahu dilaksanakan agensi Kerajaan Pusat.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak rungutan timbul disebabkan tindakan kerajaan negeri melengahkan kelulusan projek berkenaan.
Dalam hal ini, katanya, agensi seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan JKP Sdn. Bhd. menjadi mangsa apabila seolah-olah disekat daripada menjalankan projek untuk rakyat.
“Alasan tiga daripada 15 cadangan projek berkenaan masih mempunyai masalah setinggan tidak masuk akal melainkan kerajaan negeri takut pada bayang-bayang sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kemelut pembinaan rumah rakyat membabitkan kerajaan negeri yang dilihat sengaja melengah-lengahkan kelulusan sehingga mengabaikan kepentingan rakyat negeri ini.
Rahmad berkata, tindakan yang dilakukan kerajaan Pulau Pinang itu seolah-olah mahu menghukum orang Melayu kerana majoriti rumah mampu milik dan kos rendah yang mahu dibina disasarkan kepada kaum tersebut.
Menurutnya, jika kerajaan negeri mempunyai sifat simpati terhadap pembangunan untuk orang Melayu di negeri ini, soal kelulusan pelan projek tidak sepatutnya menjadi isu.
“Kelulusan pelan kebenaran merancang dan pelan bangunan wajib diluluskan jika semua keperluan teknikal dipatuhi, bukannya bertindak `mendera’ disebabkan projek berkenaan diusahakan agensi Kerajaan Pusat,” katanya.
jangan sampai berumah di atas pokok!
No comments:
Post a Comment