Teka-teki siapa Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya terjawab apabila Timbalan Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dilantik untuk menjawat jawatan tersebut
berkuat kuasa esok.
Surat
pelantikan jawatan itu yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Sultan
Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani diserahkan kepada Azmin, petang ini.
"Saya
sahkan surat itu dikeluarkan oleh pihak Istana Selangor untuk melantik Azmin
sebagai Menteri Besar yang baharu.
"Surat
itu diserahkan sendiri kepada Azmin petang tadi," kata Mohamad Munir
ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Kandungan
surat tersebut menyatakan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah
berkenan melantik Azmin untuk jawatan berkenaan berkuat kuasa esok.
Surat
itu turut meminta Azmin untuk hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar
Aku Janji serta penerimaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor yang
akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang, esok.
Sebelum
ini, tiga calon sudah pun disenarai pendek dan telah menghadap Sultan
Sharafuddin Idris Shah iaitu Azmin; Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul
Samad dan Bendahari Pas negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi.
Sementara
itu, Azmin melahirkan kesyukuran di atas pelantikannya sebagai Menteri Besar
Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Azmin
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa berkata, surat
perkenan pelantikan beliau oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
telah diterimanya pada pukul 3 petang ini.
Katanya,
Sultan Selangor telah menitahkannya untuk hadir di Istana Alam Shah pada pukul
10.30 pagi esok untuk mengangkat sumpah bagi jawatan tersebut.
"Saya
bersyukur kepada Allah SWT. Pada sekitar pukul 3 petang ini saya telah menerima
surat daripada Sultan Selangor yang memaklumkan bahawa baginda telah
memperkenan pelantikan saya sebagai Menteri Besar Selangor mulai esok,"
katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Biro Politik PKR di pejabat PKR pusat di
sini hari ini.
Mesyuarat
berkenaan yang bermula pada pukul 5 petang turut dihadiri Penasihat PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan isteri beliau yang juga Presiden parti, Datin Seri Wan
Azizah Wan Ismail.
Yang
turut hadir, ADUN Hulu Klang daripada Pas, Saari Sungip dan pimpinan tertinggi
PKR.
Azmin
berkata, keputusan tersebut diterima sebulat suara oleh barisan kepemimpinan
PKR termasuk Wan Azizah yang sebelum ini merupakan calon tunggal PKR untuk
jawatan itu.
Katanya,
Anwar dan kesemua ADUN Selangor daripada PKR juga telah dimaklumkan dan
bersetuju dengan keputusan Sultan Selangor itu.
"Sebaik
sahaja saya menerima surat ini, seperti yang saya janjikan kepada parti, saya
telah memaklumkan terus dalam perjumpaan dengan Ketua Umum tentang perkembangan
ini dan kita telah memutuskan untuk mengadakan mesyuarat Biro Politik tergempar
pada pukul 5 petang tadi.
"Dan
saya berterima kasih kepada Presiden parti serta semua rakan kerana telah
sebulat suara mencalonkan saya sebagai Menteri Besar bagi pihak PKR,"
jelasnya.
Ketika
kemelut pengganti Abdul Khalid memuncak, hanya Pas yang mencalonkan Azmin untuk
jawatan Menteri Besar selepas diminta oleh Sultan Selangor untuk mengemukakan
lebih daripada dua nama bagi jawatan itu manakala DAP dan PKR tetap bertegas
mencalonkan Wan Azizah sahaja.
Sementara
itu Anwar ketika ditemui berkata, tiada sidang akhbar akan dibuat oleh
mana-mana pemimpin PKR berhubung pelantikan tersebut sebaliknya satu kenyataan
yang 'sangat positif' daripada Presiden PKR akan diedarkan kepada media.
Beliau
juga enggan memberi sebarang komen mengenai pemilihan Azmin meskipun diasak
dengan pelbagai soalan daripada petugas media yang berkumpul di pekarangan
bangunan pejabat PKR sejak pukul 2 petang.
SUMBER: UTUSAN
REAKSI ANWAR SETERUSNYA...
No comments:
Post a Comment