KONSPIRASI, DISKRIMINASI DAN NASIB LIMA HARIMAU DALAM DAP
Hari ini adalah hari ketiga saya berblog. Walaupun masih baru blog ini
telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia. Ada
pemimpin DAP yang pro Dinasti Lim sudah mula kepanasan. Anthony Loke
telah menghalang twitter DAP Insider dari mengkutinya. Malah akaun
twitter DAP Insider telah disekat. Lim Guan Eng dan Anthony Loke kini
menuduh bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, Chen Man Hin sebagai batu api
sehingga wujudnya blog ini.
Seperti yang dijanjikan,hari ini saya ingin mendedahkan kisah Lima Harimau.
Kumpulan ini sangat menakutkan Dinasti Lim. Orang-orang ini mampu
mendatang ancaman kepada perjalanan politik Lim Guan Eng. Walaupun mereka
kelihatan jinak tetapi bila-bila masa sahaja mereka mampu menerkam Lim Guan
Eng. Mereka ialah;
- Teng Chang Kim – Selangor
- Chow Kon Yeow – Pulau Pinang
- Boo Cheng Hau – Johor
- Nga Kor Ming – Perak
- Ngeh Koo Ham – Perak
Kesemua lima diatas adalah musuh Lim Guan Eng yang
perlu dibunuh oleh Dinasti Lim sebelum Lim Kit Siang meninggalkan
DAP.
Teng Chang Kim adalah satu-satunya Adun
DAP yang paling senior di Selangor. Beliau menang sejak beberapa pilihanraya
yang lepas termasuk di bawah pemerintahan BN.
Apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan
di Selangor pada tahun 2008, Teng Chang Kim telah dinafikan haknya untuk
dilantik sebagai Exco yang mewakili DAP. Sebaliknya Dinasti Lim lebih rela
memilih budak hingusan, Ean Yong Hian Wah. Juga melantik Ronnie Liu sebagai
exco. Ini kerana kedua-dua orang ini adalah orang suruhan Dinasti Lim untuk
mereka mencari wang di Selangor.
Akhirnya kita menyaksikan bagaimana Teoh
Beng Hock yang bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah
membunuh diri kerana mahu melindungi kegiatan rasuah majikannya. Sedangkan
kegiatan rasuah majikannya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.
Ronnie Liu diarahkan oleh Dinasti Lim
agar mencari wang sebanyak mungkin dari kegiatan haram di Selangor untuk kegunaan DAP
Pusat. Sehingga Ronnie dilabel sebagai bapa kepada kegiatan haram. Perkara
itu memang benar. Namun ianya dilakukan atas arahan Dinasti Lim. Akhirnya nama
Ronnie rosak dan kalah dalam pemilihan CEC 2012. Ronnie juga tidak dicalonkan
semula dalam pilihanraya umum ke 13 kerana kata Dinasti Lim ianya boleh
menyebabkan nama DAP tercemar dalam usaha mereka untuk membentuk Kerajaan
Persekutuan bersama PKR dan PAS.
Akhirnya Teng Chang Kim dipilih oleh
Dinasti Lim sebagai exco yang mewakili DAP selepas Pakatan Rakyat berjaya
pertahankan Selangor dalam pilihanraya umum ke 13. Dinasti Lim tahu jika Teng
Chang Kim tidak dipilih huru hara pasti akan timbul. Dinasti Lim meletakkan
Teng Chang Kim sebagai exco bukan dengan ikhlas hati. Ianya tidak lebih sebagai
opera cina sahaja. Dinasti Lim dengan bantuan anggota war room mereka, Anthony
Loke dan Tony Pua sedang merangka jalan yang paling halus untuk menyingkirkan
Teng Chang Kim serta Empat Harimau lagi daripada DAP. Saya akan dedahkan kepada
anda nanti apa rancangan halus mereka.
Chow Kon Yeow pula sebagai Pengerusi DAP
Pulau Pinang sepatutnya dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP
Berjaya menubuhkan kerajaan di negeri itu pada 2008. Bagaimanapun haknya telah
dinafikan oleh Lim Kit Siang apabila dia melantik anaknya sebagai Ketua
Menteri.
Boo Cheng Hau pula selaku Pengerusi DAP
Johor telah dinafikan haknya untuk mencadangkan calon-calon DAP dalam
pilihanraya umum ke 13. Semuanya diputuskan oleh Dinasti Lim demi untuk
memastikan Boo Cheng Hau hilang pengaruh di Johor.
Dua sepupu dari Perak, Nga Kor Ming dan
Ngeh Koo Ham sedang bergaduh besar dengan proksi Dinasti Lim di Perak,
M.Kulasegaran.
Masalah kekalutan berhubung pemilihan CEC
tahun 2012 menjadi peluang terbaik untuk untuk Dinasti Lim menyingkirkan Lima
Harimau di atas.
Rancangan yang sedang dilakukan oleh
Dinasti Lim umpama satu batu yang berjaya bunuh tiga ekor burung.
No comments:
Post a Comment